RSS

jangan menilai orang,nilailah dirimu!


dia,

dia mungkin tak pandai berdebat mahupun berhujah
tapi dialah yang paling menjaga hak sahabatnya

dia mungkin bukan yang bertajahud sepanjang malam
mahupun yang berpuasa sunat selalu,
tapi dialah yang paling menjaga hati orang di sekililingnya

dia mungkin bukanlah huffaz yang baik
tapi dialah yang paling menjaga tutur bicaranya

dia mungkin seorang yang sangat pendiam
tapi dialah yang paling banyak mengalunkan kalamullah

dia mungkin tidak berjubah mahupun berniqab
tapi dialah yang paling tidak suka bersangka buruk pada orang

dia mungkin nampak janggal bersama orang
tapi dialah yang  tidak pernah memandang rendah pada orang lain

dia mungkin tidak pernah menjadi pemimpin
tapi dia tidak pernah mengabai tanggungjawabnya yang terpikul

dia mungkin nampak tidak sibuk
tapi dialah yang paling banyak menuturkan zikir di bibirnya

dia mungkin orang yang sedikit amal ibadahnya
tapi dia tak pernah riak dengan perbuatannya

dia mungkin nampak hina di mata orang
tapi dialah yang paling mulia di sisi allah!


tetapi

kamu,

kamu nampak bersih luaranmu
tapi hatimu kotor

kamu pandai berkata memberi nasihat
tapi kamulah yang paling susah membuatnya

kamu banyak beribadat
tapi kamu riak dengan perbuatanmu

kamu berniqab berjubah
tapi kamu punya hati busuk yang selalu memandang keji orang lain

kamu huffaz a'lim
tapi kamulah yang paling tidak menjaga tutur bicaramu

kamu pemimpin mereka
tapi kamulah yang paling sering meninggalkan hak yang patut kamu penuhi

kamu yang khatam berbagai kitab
tapi kamulah yang selalu memandang rendah orang lain dan merasa kamu lebih dari semua

kamu yang nampak lembut pada katamu
tapi kamulah yang paling kasar dengan ibubapamu

kamu yang selalu mengambil berat hal besar2
tapi kamulah yang sering lupa menjaga hak kamu pada adik kakak mu

kamu,
 kamu nampak mulia di pandangan manusia
tapi
kamulah yang paling hina di sisi ALLAH!


jangan terlalu suka dan cepat menilai orang padahal kamu belum kenal siapa dia.Dan jangan kamu merasa kamu lebih daripada mereka kerana kamu tidak tahu sehari-hari apa dia lakukan.Jangan terlalu lancang katamu menghina orang tanpa kamu sedar dia jauh lebih baik dari kamu.

kamu adalah kamu yang hina.Kamu tidak tahu apa nilaian allah pada kamu.Maka , kamu langsung tak layak meletak level pada orang sedangkan tanpa kamu sedar,di sebalik ibadah2 mu serta amalan baikmu,kamu sebenarnya di takuk paling bawah! Nauzubillah..


Wallahualam

jumaat 20/11/09

adik sayang



khamis,19/11-hari terakhir sekolah




adik : kakak,adik dapat 5A exm akhir thun.
kakak: wah!..bagus2...

adik: tapi kakak,hari ini,adik xgi skolah.Hujan,cik xbg adik g.Xdpt adik hadiah
          sekolah bg hadiah hari ini.

kakak: alalala..rugi la adik..

adik: hari ni kuar result UPSR.Alif dapat 5A.Sekolah adik 32org dapat 5A..ramai

kakak: wah~ nati adik pun cmtu la eh...

adik : adik takut la kak.Klu adik srg je dpt 5A malu la.Thun2 laen ramai dapat 5A..




bla2....bla.....bla....


kakak: adik,adik....cuti sekolah sbulan ni , adik meh la mesir.
          nati kakak bawa adik g jalan2..makan2 byk.Jom la adik!

adik : xnak la kakak.adik ade kelas tambahan la.Stat 6hb12 ni.3mggu..Keje sekolah
        adik pun banyak.Adik xnak g jalan mana2.

kakak: ala dik....meh la sini,teman kakak.Kakak rindu adik

adik : kakak ajak je along.Dia banyak duit



bla....bla.....bla... (for another half an hour)



kakak: adik,cuti sekolah ni,adik ajak la ayah jalan2.rehat2 semua

adik: kakak,adik ade kelas tambahan.3 minggu.Kerja sekolah adik pun banyak.Buku teks pun
         adik da ada.Cikguda siap bagi keje sekolah semua.Adik nak siapkan semua...
         ni persediaan n persiapan awal adik utk UPSR.Adik xnak g mane2.adik nak          
         BELAJAR!


kakak: T_T




Semangatnya adik kecil ini mahu belajar hinggakan cuti baginya tiada apa.


Moga semangat adik mengalir pada kakak yang sedang malas untuk belajar.


Adik jangan lupa doakan kakak selalu.


Kakak ada exam 23hb dan 25hb ni.


Kakak sayang adik!!!


 








marriage in islam


syukur 21



Salam sayang untuk semua.
Moga sentiasa dalam rahmat dan keampunan ALLAH.


Alhamdulillah,Subhanallah,Allahuakbar.
Masih lagi saya dan kalian semua bernafas dalam nikmat Islam.Dalam kebosanan semalam,untuk setelah sekian lama,saya kembali menonton satu filem yang dah lama rasanya.Zaman ketika masih saya bersekolah.Saya akui dulu masa pertama kali melihat filem ini,hati saya kosong,biasa dan tiada apa rasa.Namun untuk satu jangka masa yang lama,melihat kembali filem ini hampir membuat saya menitiskan air mata.


Syukur 21


Filem yang menggambarkan bagaimana muslim dapat mewujudkan satu bandar tercanggih di dunia yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup sepenuhnya.Mempunyai teknologi satelit sendiri,sistem keselamatan dan perhubungan yang paling tinggi standardnya,sistem kawalan cuaca  tetapi nilai alam dan kehijauan begitu dipelihara dan dijaga.Dan semua ini hasil dari tangan muslimin yang mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya.


Taman Raudhah dihidupkan dengan zikir2 pada ALLAH,kanak-kanak,wanita,lelaki, semuanya berpakaian menutup aurat dan diajar mengenal ALLAH ,Rasul dan cara hidup Islam.Kanak- kanak juga diajarkan memanah,berkuda dan berenang sesuai dengan sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah.


Ucapan salam antara penduduk Raudhah jadi amalan.Nasihat menasihati,amal makruf nahi mungkar begitu tertegak di Raudhah.


Saya jadi sebak...Filem ini dibuat sebagai manifestasi kepada bayangan kemajuan umat ISLAM di abad ke 21.Sekarang,saya di abad itu.Tetapi,apa yang saya lihat di dalam filem ini,tak mampu saya rasai di dunia luar yang nyata.


Walaupun ada,tetapi belum sepenuhnya,muslimin,umat Islam yang mampu untuk bangkit menjadi rujukan dunia dalam segala hal sedangkan dulu,Islam pernah menguasai 2/3 dunia ini.2/3 di bawah pemerintahan khalifah Islam!


Bila Islam mampu untuk menjadi sebegini hebat kembali.Apakah mampu untuk saya lihat dan rasai dunia Islam yang sebenar? Mengapa umat Islam kini hanya seperti buih2 di lautan yang terlalu banyak tetapi terlalu ampuh di pukul ke sana kemari.Perpecahan,peperangan,kemelut politik.Bilakan berakhir dan bilakan Islam kembali bersinar??


Saya bertanya pada diri.Apa yang dah aku lakukan pada Islam.Tetapi ternyata,saya kecewa dengan diri saya sendiri.


Moga ALLAH membantu usaha memartabatkan Islam di muka bumi ini.


" sesungguhnya agama di sisi ALLAH adalah ISLAM"


Pasti ALLAH kan menjadi pelindung kita wahai orang2 yang yakin dengan kuasa NYA!

Daripada Abu Musa al asya'ri,Nabi s.a.w bersabda:


"Siapa berjuang untuk menjadikan kalimah ALLAH sebagai kalimah yang tertinggi,maka ia berada di jalan ALLAH"


                                              ( Riwayat Al Bukhari dan Muslim)







mereka yang mentafsir


sometimes when the world is not on your side
you don't know where to run to
you don't know where to hide
you gaze at the star in the sky
at the mountain up high
to the tears in your eye

looking for the reason 
to replace what has gone
just remember that
you re never alone
through sorrow and grieve
through happiness and peace
just reaching to your heart
and 
ALLAH is always there!


Salah faham
 Salah sangka

Silap tafsiran


Perkara kadang terjadi tanpa kita sedari.
Moga ALLAH jauhi saya dari semua ini.
Lindungi saya dari syak di hati-hati yang mentafsir
Tuntun langkah saya agar tidak pincang pada mata-mata yang memerhati
Hiasi akhlak saya agar tidak jijik pada mulut-mulut yang berkata
Atur perbuatan saya agar tidak dibenci insan-insan di sana



Allah,andai aku yang menimbulkan syak pada hati mereka,yang mencetus keraguan pada mereka,mendesak hati mereka membenci aku lalu mentafsir aku pada yang tidak aku sedar, ampunilah aku..Tsabitkan aku pada jalanMU walau susah mendatang.Aku mohon kemaafan dariMU dan aku jua mengharapkan kekuatan dariMU untuk tidak resah pada salah tafsiran ini.


Jadikan perbuatan aku sehari-hari dalam setiap saat berlalu suatu perbuatan yang jauh dari syak orang bahkan mampu mendekatkan mereka padaNYA.

Allah,bukakan hati mereka yang selalu menyimpan syak dalam hati itu.Jernihkan kembali seperti fitrahnya dulu.



Oh Allah..Kuatkan aku ya ALLAH untuk kesekian kalinya menghadapi apa yang Engkau tuliskan pada ku.Moga kesabaran ku,kekuatanku tak pudar dek dugaan yang menuntut pengorbanan dari aku.




Andai hidup baik untuk aku,maka Kau hidupkan aku dalam rahmat kasihMU dan andai mati itu lebih baik untuk aku,matikan aku sebagai mereka yang syahid di jalanMU.




Sungguh,hanya Engkau tempat aku berharap.


Ameen

Wallahua'lam


3 years old baby - memorized the whole quran

apa yang tak terlihat oleh kamu

Salam sayang untuk semua.
 Moga terus berada dalam pandangan dan ampunan ALLAH yang mencipta.

Hari ini saya akan sentuh satu isu yang mungkin ramai tak sedar atau yang menganggap ini satu kebiasaan.Tetapi tulisan ini lebih kepada muhasabah diri saya sendiri.

Internet,satu teknologi satu perkembangan yang begitu memberi satu kelebihan dan menjadi seakan satu yang wajib pada kita.Facebook,yahoomesengger,blog dan segala macam alat alam siber ini andai digunakan pada baiknya perbuatan maka menjadi baiklah ia pada nilaan ALLAH tetapi andai sebaliknya yang terjadi,sama2lah kembali pada yang terbaik.

Isu ini mungkin nampak remeh tetapi mungkin kamu atau saya masih belum sedar implikasinya.Apakah yang saya cuba sampaikan sebenarnya?

Fenomena sekeliling membuat saya terfikir.Ini situasinya.


Kamu yang perempuan atau lelakinya tergelak2 di meja studymu.Apa yang kamu gelakkan.Tiba-tiba kamu memanggil kawan2 kamu,kamu bercerita dan kemudian kamu2 beramai2 bergelak ketawa.Kemudian terjadilah perbualan yang mungkin pada kamu biasa tetapi tanpa kamu sedar kamu sedang menjatuhkan diri kamu.


Mari lihat apa ada di meja study kamu..Oh laptop sedang terbuka.Ada yang sedang "buzz".Lihat,lelaki sedang bercerita dengan kamu.Oh kamu lelaki sedang seronok melayan perempuan.


Tidak,alasan kamu,kami berkerja.Maka Islam tidak menghalang kami.Kami punya niat yang betul.Baik.Jika itu alasanmu.Kita lihat pada jalur2 perbualan mu.Mari kita nisbahkan perbualan pekerjaan yang kamu maksudkan itu.Berapa % dari seluruhnya? 2% atau -50%? 


Tidak,kami berbincang tentang ISlam.Isu yang sedang terjadi.Memikirkan cara memulihkan umat ini.Tengok,kami selitkan hadis,ayat AlQuran.Kami pendakwah yang sedang mencari satu titik kekuatan.Oh~


Baik.Itu bagus.Kamu memang bagus.


Eh,sang lelaki punya status kontroversi.Jom tegur dia.Nak tengok apa reaksi dia,seronok juga dapat gelak2 bersama.Maka kamu pun "buzz" dan lelaki itu membalas dengan ikon :P...Hatimu melonjak.Dimulakan perbualan dengan bersahaja atas nama kawan.Berbual lah kamu tentang itu tentang ini.Eh,lelaki itu juga macam best untuk di "buzz" maka kamu buzz atau kamu mulakan dengan lafaz "salam" dan ikon2 di YM.Maka berterusan perbualan kamu si perempuan dengan lelaki-lelaki yang kamu anggap kawan yang menjadi tempat kamu bergelak ketawa,menjadi isu topik perbualan kamu dan kawan2 kamu,menjadikan waktu tidurmu singkat hingga siangmu terbuang dengan tidurmu berpanjangan.


Eh,esok boleh dibawa berbual lagi.Seronok!


Wahai sahabiah ku bergelar muslimah,inikah yang kita cari.Perbuatan inikah yang kita mahukan sehari-hari.Mungkin bagi kamu ini biasa.Tetapi tanpa kamu sedar,perbuatan kamu yang terlalu biasa dengan lelaki menjadikan kamu sedikit demi sedikit di pandang rendah.Lelaki itu,lelaki ini,yang di situ yang disana,semuanya kamu kenal.Semuanya tempat kamu bergelak sesama kamu.Tanpa kamu sedar nilai ketinggian maruahmu makin pudar.


Maka bertemulah lelaki2 itu sesama mereka.Bercerita mereka tentang kamu.Kamu yang baik dengan semua mereka.Berchatting,bergurau,mencari topik perbualan sia-sia untuk dimulakan.Kamu fikir,apa pandangan mereka pada kamu?Terlalu mudahkan kamu pada semua lelaki? Beginikah muslimah yang perlu mereka hormati?


Bukankah sepatutnya dirimu itu engkau khususkan hanya pada seorang lelaki,seorang lelaki yang bakal menjadi suamimu.Tempat dirimu mencurah sayang dan rindumu.Tempat dirimu mencari erti bahagia dan senang? Simpanlah dirimu,percakapanmu,perbuatanmu untuk Dia yang ALLAH dah khususkan padamu.Tidakkah kamu merasa kamu telah mengkhianati bakal suami kamu dengan perbuatan kamu sekarang ini? Segala apa yang patut kamu berikan pada dia terlebih dahulu kamu agihkan pada lelaki yang kamu berchatting dan menghabiskan masa kamu itu? Mengapa tidak masa kamu itu kamu gunakan untuk membina yang terbaik dalam diri kamu supaya nanti yang terbaik itu dapat kamu berikan pada selayaknya.
 

Mungkin bagi kamu perbuatan kamu itu biasa kerana kamu tidak punya apa perasaan pada lelaki2 itu.Tapi kamu harus sedar,perbuatan biasa2 kamu itu menghakis tanpa kamu sedar maruah yang mulia yang kamu miliki.Pada pendapat kamu,apa pandangan suami kamu bila mana suatu hari sedang kamu berjalan bersamanya,tiba2 seorang lelaki lain menegur dan berkata :

"Eh,dulu kita selalu chat2 kan.Tak sangka ko da kawen skrg"


Atau suamimu keluar bekerja atau beriadah.Tiba2 berjumpa kenalan baru.Suamimu bercerita tentang kamu dan tiba2 kenalan baru suamimu berkata:


"Lorrr..tu kawan aku dulu tu.Masa blaja dulu dia la slalu duk buzz2 aku.Chat2 maen teka teki,mcm2 lagi.seronok weyh!"


Apa rasa suamimu?Dikhianati? Tidak! Kerana perbuatan itu sebelum kamu berjumpa dengan suamimu.!! Marahnya suamimu ditambah rasa malu.Ini isteri aku yang tak menjaga batas pergaulannya dulu.Betapa dia telah mengkhianati aku walaupun sebelum dia berjumpa dengan aku dan menerima aku sebagai suami.Kecewa aku!


Huh,apa lagi kawan2? Nak ke kita seperti itu?Mengkhianati dia walaupun dia tak lagi kita temui!! Dia yang sepatutnya kita letakkan sebagai yang utama dah jadi yang terbawah dengan perbuatan kita itu.


Bukanlah saya menolak hubungan lelaki-perempuan kerana mana mungkin kesalingan ini mampu dinafikan.ALLAH yang telah mencipta segalanya berpasangan namun harus diingat mengapa kita harus dekat pada yang bukan pasangan kita semata untuk menghabiskan masa kita...Untuk tujuan kebaikan,teruskanlah.Cuma yang merasakan perbuatan mereka itu hanya untuk suka2 maka kita masih punya masa.


Maka,batasi pergaulanmu,jaga percakapanmu,jaga perbuatanmu.Khususkan ia hanya untuk yang telah tertulis padamu oleh ALLAH , pencipta kita


Wallahual'am







be moderate

Be moderate in everything


Eat wisely and you'll live well


Don't eat tooo much or tooo little
 Or you'll suffer your own body


Eat soo many things give you the loads of hydrochloric acid that will not only digest your food but else,your own mucosa!Your stomach will cry for help which they never get it except throw away all those thing through the upper way or the downward way!


Eat too little,your hydrochloric will continuously be secreted and find nothing to digest! Get ready,again they'll eat your stomach tissue cruelly with nothing you can do except swallow the tablet of -intestinal motility enhancer- or drink the -antacid-.


So,be moderate in what you eat.Or else you'll get hyper acidity......which leads to....irritation of your stomach...then...vomit all way out enough to make you barely stand on your own.


(my very own experience since 7 years old up till now.Gastric-the best friend of mine)


Alkhulasah:

وسطية




"Seandainya anak adam mempunyai 2 lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga.Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah (kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat"


(riwayat al bukhari & muslim)


It's true...just believe this one thing
everything i've said was to show you
THAT love
You know it is everything for me
You know all about it

Be happy for me
Please live more happily
So,my heart
It will hurt just a little less
And i'll hold back the tears
It shouldn't be hard to bear
Though i cry my heart out
Cause i know,
ALLAH give the very best to everyone


Oh ALLAH,please be with me
YOU are the only ONE i have
And only YOU can give me all those strength that i need

" Derita dalam ketaatan adalah satu nikmat hidup biarpun tiada yang mahu di sisi.Biarpun diri dikeji mahupun dibenci.Demi kebahagiaan itu,redha aku pada takdirNYA
"
"Moga ALLAH memberi hidayah pada semua"

untukmu


Diri ini telah mendapat jawapan kepada istikharah selama ini,telah membina keyakinan dalam hati ini..Dialah pilihan aku,dialah bakal suami aku dan dialah nanti yang bakal menjadi ayah kepada anak-anak aku dan dialah yang bakal menjadi penyokong dan pendamping hidup aku selama aku di dunia ini dan di syurga nanti,insyaALLAH.Dialah dan dialah.Dan jawapan kepada pencarian dia itu berakhir bila dirimu datang.

Tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, dirimu telah wujud dalam diri ini sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah kerana aku bersangka buruk terhadap mereka.....

sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?



Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.


Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Juga jangan kita lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuan kita itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.


Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Aku tahu,xselayaknya aku bercakap begini..Dosa ku terlalu banyak....Namun darimu ,aku berpaut dan bersandar kerana aku yakin denganmu.Moga cinta ini sampai ke syurga...insyaALLAH




PETIKAN: (.....I LUV ISLAM)


it won't hurt you...really!!




Suatu hari,dalam tempoh genting beberapa hari lagi nak exam,ketika anda semua khusyuk menghafal setiap patah perkataan tertulis di buku,tiba-tiba kawan anda membuka pintu lalu berkata: "Eh,aku nak keluar kejap ni.Korang ada ke nak apa2?"

Lantas anda dengan semangatnya berfikir dan menyenaraikan segala barang yang anda mahukan.

1) rich bake
2) 4 yogurt
3) snickers
4) jajan
5) mineral water besar punya 2 botol


Wah,anda seronok sebab ada volunteer yang sanggup keluar di tengah kekalutan menghadapi exam ini tanpa anda sedar yang dia keluar hanya untuk fotostat nota.Lalu anda dengan gembiranya menunggu di bilik anda.Sementara itu ,diluar,selesai fotostat nota-nota yang diperlukan,kawan anda berjalan mencari kedai untuk membeli barang anda semata!.Di tengah terik mentari musim panas,kawan anda terus berjalan tapi ternyata banyak kedai yang tutup.Oh,kawan anda lupa,hari ini hari Jumaat.Banyak kedai tutup.Tetapi demi anda,berbekalkan peluh yang meleleh-leleh,mata kawan anda ligat mencari kedai sambil kaki melangkah laju.Kawan anda baru menghabiskan 2 muka surat buku pertama untuk subjek yang bakal exam 3 hari lagi.



Berlari-lari kawan anda mencari kedai.Setelah berjalan lebih setengah jam..ya,setengah jam!..semata-mata mencari kedai untuk membeli barangan anda,akhirnya,terjumpalah beliau dengan sebuah kedai yang terperosok di celah bangunan.Setelah habis membeli semua barangan anda,kawan anda tergopoh-gopog berlari hendak pulang ke rumah.Tiba-tiba datang 3 ekor anjing,menyalak-nyalak kemarahan.Kawan anda memang takutkan anjing,cuba untuk lari tetapi nasibnya malang.Tersepak pula batu-batu runtuhan bangunan.Jatuh tersembam.Luka sedikit lututnya dan kakinya seakan terseliuh.Terhencut-hencut kawan anda balik ke rumah.


Sampai di depan rumah pula,bila kawan anda mahu membuka pintu,ternyata anak kunci tiada di tangan.Tertinggal barangkali.Lalu,kawan anda mengetuk-ngetuk pintu rumah berulang-ulang dek kerana loceng yang tak berfungsi.Lama kawan anda menunggu,diketuk lagi..tiada respon.Ketukan demi ketukan akhirnya anda muncul di depan pintu.Tersengih.Tak sedar barangkali kerana terlalu khusyuk menonton buku!

Kawan anda menyerahkan plastik barangan anda.Anda dengan gelojohnya membuka plastik tersebut untuk melihat barangan anda.Dari wajah yang tersengih tiba-tiba anda bertukar masam.Oh,mana snickers yang aku nak??? Geram dan mengamuk anda henyukkan plastik dan terus masuk ke bilik dan menghempap pintu tanda anda tidak ber-puas hati.


Kawan anda? Dibiar di muka pintu.......


Mana ucap "terima kasihmu?",kawan anda berbisik pada diri sendiri.Kawan anda bukanlah yang bersungguh mahu anda berkongsi makanan mahupun minuman.Cukuplah TERIMA KASIH itu untuk menghargai usahanya itu.TERIMA KASIH,walaupun simple mungkin bawa impak berbeza.Lelah kawan anda berjalan mencari kedai,jatuh dikejar anjing,luka berdarah pasti mampu diubat dengan HANYA simple word :"TERIMA KASIH!!!" Tetapi anda pentingkan diri.Anda tak nampak usaha dan kebaikan yang banyak itu.Yang anda nampak hanyalah setitik hitam dari lautan putih itu.Kenapa??


Moral of story: say "thank you" even for a very small little thing.It's a simple words with very very magical effect.Believe me..Buat orang rasa dihargai dengan usahanya bukan nya rasa tertekan dimarah mahupun sedih diherdik dalam diam.Hatimu berkata " Tak boleh diharap!!" sedangkan kawan anda dah bagi yang terbaik.Mungkin kerana dia terkadang lupa atau terleka.....Don't be that selfish!!! Just say it..IT WON'T HURT YOU!!!!!


Flat Abs Without Sit-Ups

Everyone wants a tight, toned tummy but few of us were genetically gifted a six-pack. Fortunately, we all do have abs—they're just covered up! It's in your power to create a sexy, sculpted stomach, even if it's not in your genes. The secret? Core-focused, fat-blasting cardio blitzes coupled with muscle-defining strength sessions.

Optimally try to fit in five sweat sessions a week and cut 500 calories a day from your diet to shed about 2 pounds a week, including stubborn belly pudge! Can’t manage to find that much time? Fine! Think of doing half as many workouts while still eating 500 calories fewer a day-you'll lose at least 1 pound a week. Use these 20-, 40- and 60-minute firm-abs workouts to help you reach the magic number and melt away your middle. Add in two weekly strength sessions designed to reveal sexy muscles head to toe. Grab a pair of 5- to 10-pound weights, do two sets of these simple sculptors, and watch your pooch skooch!



MOVE 1: Magic multitasker
Stand with feet hip-width apart. Lunge forward with left leg as you reach right arm forward, left arm back. Return to standing, twisting torso to right as you drive right knee and left elbow toward chest, right arm extended back, for one rep. Do 10 reps. Switch sides; repeat.

MOVE 2: Waist whittler
Start in push-up position, legs together and extended behind you. Rotate and lower hips to left, letting feet shift so they’re stacked, then rotate back to center, then to right, for one rep. Do two sets of 10 reps.

MOVE 3: Back strengthener

Stand with feet staggered, left foot in front of right, right heel lifted, left knee slightly bent. Balancing on left leg, tilt torso forward until you feel a deep stretch in hamstrings, letting hands hang toward floor for balance. Return to upright position. Do 10 reps. Switch sides; repeat.

MOVE 4: Squat supreme
Stand with feet wider than hip-width apart, toes turned out; hold a weight in each hand in front of body, palms facing out. Rise onto balls of feet. Squat, then, staying on tiptoe throughout, stand, curling weights toward chest, for one rep. Do two sets of 10 reps.

MOVE 5: Lower-body blast
Stand with feet hip-width apart, knees soft, arms down. Step left foot back and to right, lowering into a curtsy lunge, until right thigh is almost parallel to floor, as you reach arms across body to right. Return to standing as you kick flexed left foot to left at hip height, reversing arms, for one rep. Do 10 reps. Switch sides; repeat.

MOVE 6: Allover accentuator
Start in push-up position. Lift hips to ceiling so body forms an inverted V with legs extended, heels raised and arms straight (Downward Dog). Bend elbows and scoop forward until hovering above floor with back arched and chin lifted (Upward Dog). Return to Downward Dog for one rep. Do two sets of 10 reps.

MOVE 7: Tummy tamer
Lie faceup on bench with legs together and extended toward ceiling; hold bench for support. Contract abs and lower legs until hovering above bench, then raise legs and curl hips off bench as high as you can, reaching toes to ceiling. Slowly lower hips and legs for one rep. Do two sets of 10 reps.

MOVE 8: Arm-flab fighter
Sit on edge of bench, hands at front of seat, fingers forward, knees bent 90 degrees. Use arms to lift yourself off bench. Place right hand on right knee; extend left leg in line with hip. Lower body until left elbow is bent almost 90 degrees. Straighten left arm for one rep. Do 10 reps. Switch sides; repeat.



Lucy Danziger, SELF Editor-in-Chief a Yahoo! Health Expert for Women's Health


i am a big senior!!



Alhamdulillah.

Sudah hampir seminggu kuliah bermula.Pengajian tahun 4,belum masih dapat merasakan suasananya mahupun kesibukan sebagai pelajar "medic" seperti selalu.Tahun ini,perancangan yang tak disangka membolehkan saya menghadiri kuliah pada hari pertama kelas dibuka,yang tahun-tahun sebelumnya pasti seminggu kemudian baru saya tiba dari Malaysia.

Hari pertama kelas,dengan penuh semangat masing-masing bersiap untuk ke kelas tetapi tiba-tiba dikhabarkan kelas sudah pun bermula seawal jam 10 pagi sedangkan kebanyakan kami sangkakan kelas bermula jam 12.Dengan langkah penuh kekalutan,semua berlari-lari ke kelas tetapi ternyata nasib bukan pada kami.Kelas forensic hanya "10min".

Ok,tahun 4 kali ini bermula dengan round "forensic" selama 6 minggu dan round kali ini terlalu atau lebih enaknya terlampau rileks.Masing-masing mengeluh tak tahu apa yang perlu dibuat.Kelas setiap hari bermula jam 12 hingga 2 ptg.SAHAJA!! Tak pernah-pernah sebegini lapang selama 3 tahun belajar di sini.Orang kata ,tak baik mengeluh.Setiap yang ALLAH bagi itu sebenarnya yang terbaik untuk setiap hambaNYA.Moga masa yang terlalu lapang untuk 6 minggu mendatang ini,tak digunakan untuk perkara sia-sia yang mengundang murkaNYA pada saya dan semua.

Forensic
Community
Opthalmology
ENT

4 subjek untuk tahun ini.Moga pengajian tahun ini seseronok tahun-tahun yang lepas dan ALLAH mudahkan setiap perjalanan kami semua.Arwah tiada di sisi kami tahun ini tetapi semangat beliau akan terus kami genggan erat..Gembira melihat mereka kembali sihat dan duduk bersama kami di kelas seperti dulu.Moga ALLAH bagi kekuatan untuk mereka.Sungguh,mereka bukan insan biasa.Mereka insan terpilih oleh ALLAH untuk ujianNYA lantas menikmati kasih sayangNYA yang tak terhitung..Sungguh,mereka beruntung.

Semalam,kelas AL QUran pun dah dimulakan.Azamku moga tahun ini AlQuran jadi teman setia ku,penenang di kala gusar dan penerang di kala gelap.Allah,hiasi akhlakku seindah Kalammu...

Moga tahun ini memberi keindahan dan kebahagian buat saya dan semua.



TERIMA KASIH




Salam sayang untuk semua dan untuk yang teristimewa di hati saya.


Hari ini saya dapat hadiah.Hadiah yang besar.Lebih besar dari saya.Hadiah tu pula datang penuh kejutan.
Terima kasih pada yang memberi dan menggembirakan hati saya.
Sungguh,saya rasa terharu.

*Moga ALLAH memberi yang terbaik buatmu dan sentiasa mengiringi setiap langkah perjalananmu di dunia ini.
*Moga ALLAH bagi ketenangan dalam setiap apa yang berlaku tak kira baik mahupun sebaliknya
*Moga ALLAH memberi kejayaan untukmu.Kejayaan dalam setiap apa yang engkau hajati dan ingini.
*Moga ALLAH memeliharamu dalam kasih sayangNYA dan menjauhkanmu dari segala maksiat yang boleh menimbulkan murkaNYA padamu.
*Moga dirimu kuat menghadapi segala cabaran dan dugaan yang bisa melekakan jiwa pejuangmu.
*Moga dikau menjadi mukmin terbaik yang mampu memimpin dan membimbing daku menuju ILAHI.
*Moga kasih sayang ALLAH sentiasa bersamamu.
*Moga dikau bahagia sentiasa.
Terima kasih untuk segalanya.

Sungguh dikau istimewa di hatiku.


SELAMAT HARI LAHIR ALONG



Hari ini hari istimewa.24 tahun lepas,Along lahir ke dunia sebagai pembuka kepada kebahagiaan rumah tangga ibubapanya.Anak sulung yang lahir di saat ibunya masih dalam pengajian di UKM.

Kini,Along dah dewasa.Tercampak jauh di Tambunan sana.Hidup jauh dari keluarga.

Along,Selamat Hari Lahir.

Moga Along sentiasa bahagia di samping kasih sayang ALLAH
Moga Along terus kuat meneruskan hidup penuh cabaran di sana.
Moga Allah bagi yang terbaik dalam apa yang Along lakukan
Moga ketentuan Allah dalam jodohmu datang di waktu terbaik dalam hidupmu.
Moga amalanmu bertambah seiring dengan kedewasaanmu







Kami sayang ALong!!!


SUNGGUH....SAYA MULA RINDU






Alhamdulillah.Segalanya selamat.Selamat bercuti menghabiskan masa bersama keluarga,selamat dari aspek kesihatan,selamat berhari raya,selamat majlis berlangsung dan selamat perjalanan kembali ke bumi Mesir,bumi penuh cabaran dan suka duka yang telah 3 tahun saya lalui.

Cuti kali ini di rumah terasa agak sunyi.Dengan Alongnya tercampak ke Sabah,2 adik masing-masing di Nilai dan Kuala Lipis,yang tinggal si kecil 3 orang yang semakin membesar.2 bulan cuti,hanya 5 hari bersama Along,itupun kerana hari raya.Dengan Muizzuddin dan Fatin lebih banyak hari bersama lantaran cuti universiti yang sedikit kerap.






Cuti kali ini sibuk melayan karenah Kak Nik,adik dan icik.Hanya 3 si kecil inilah rumah saya berseri-seri.Bising dan hidup dengan gurauan 2 beradik yang asyik bergaduh,leteran pada Kak Nik yang terlalu “rilek” walau PMR tinggal beberapa hari lagi.Kakak turut serta menambahkan hiruk pikuk kebisingan rumah dengan bebelan yang membuat adik-adik lari menjauhi.







Ibu dan ayah……2 insan yang menjadi kerinduan sepanjang hidup saya di setiap saat nafas yang saya nikmati.Insan yang telah banyak bersabar dan bersungguh membesarkan amanah dari ALLAH ini.Walau usia semakin meningkat,namun kasih sayang mereka tak pernah berkurang malah makin menggunung

jadinya.Alhamdulillah,ALLAH masih beri kesihatan dan kekuatan untuk mereka berdua untuk terus mengemudi

bahtera keluarga kami.























Apa yang saya tulis ini sedang menggambarkan betapa saya dah mula merindui mereka.Pagi ini,saya buka

mata,saya tak dapat lihat adik yang kesejukan dalam selimut,Icik yang liat bangun,Kak Nik yang lena di sebelah.Yang saya nampak hanyalah satu ruangan lain.Lain, yang menghilangkan mereka dari pandangan mata saya.Tiba-tiba hati jadi sayu.Oh ,rupanya saya tak lagi di rumah.Saya di sini…ya,di sini.Tempat saya bakal menempuh satu perjuangan.perjuangan penuh makna dan keseronokan.....Perjuangan di jalan ALLAH.





























Biar rindu,biar sedih.Perjalanan kehidupan tidak harus

terhenti.Ayuh,terus bangun,bangkit dan berjuang.Mereka di sana sentiasa mendoakan saya dan mereka juga mengharapkan doa dari saya.Itu penghubung kami dan kepada ALLAH jualah kami berharap untuk terus mengecapi kasih sayang ini.








Sungguh..saya mula merindui mereka….




BELAJAR DARI SI KECIL


Haziq marah bila pintu pagar ditutup



Hampir sebulan bersama Haziq,memberi saya satu pengalaman menyeronokkan di samping banyak benda baru yang saya dapat.Menghabiskan sebahagian masa sehari-hari bersama si kecil suci ini ternyata membuka mata saya pada banyak benda.Bersama si kecil tidak menjadikan saya besar tetapi diri saya seakan terasa seperti murid yang sedang belajar dari si kecil ini.Oh ya,Haziq baru berumur 14 bulan ,sudah pandai berjalan dan menuturkan beberapa patah kata yang asas seperti “mama” “ayah” “cat” “air”.Haziq sekarang sedang di ‘baby-sit’ oleh saya.






Seawal 7 pagi Haziq akan datang bersama bakul kelengkapannya


PEPATAH INI BETUL

‘Melentur buluh dari rebungnya’ sangat-sangat betul.Perumpaan orang tua-tua ini banyak mengajar kita generasi mendatang ini.Dilihat pada Haziq,setiap apa perbuatan abang-abang ditiru walau bersin sekalipun.Sangat mudah minda si kecil ini terkesan.Dan apabila benda baru atau gaya baru yang Haziq belajar,dia akan ulang-ulang perbuatan sama hinggakan setiap kali dia nampak pembuat asal kepada perbuatan itu,dia akan melakukan aksi tersebut.Senang bukan,si putih bersih ciptaan ALLAH ini untuk dibentuk.

Bagi yang peka waktu inilah,nilai serta gaya hidup Islam perlu ditanam dalam jiwa si kecil.Bukan bermula dari sini tetapi ketika belum wujud lagi istilah anak dalam diri setiap orang.Didik diri menjadi mukmin terhebat untuk membentuk rantaian dakwah terbaik selepas kita.




Haziq suka outdoor






JANGAN JEMU

Dalam menerapkan sesuatu perkara dalam diri si kecil yang baru mengenali dunia ini,jangan sekali-kali jemu.Saya ambil contoh,apabila mahu mengajar perkataan baru kepada Haziq,sekurang-kurangnya saya perlu mengulang perkataan itu hampir sepanjang hari supaya ‘lekat’ pada si kecil ini.Ulang-dan ulang- sehingga dia mampu menyebut sendiri perkataan tersebut.

Begitu juga dakwah dalam Islam.Para pejuang di luar sana,jangan pernah jemu.Terus-dan terus- dalam perjuangan ini,tak kira susah yang datang,mahupun senang yang melekakan.Teruskan hingga melekat ISLAM dalam jiwa setiap yang bernyawa di bumi ALLAH ini.




Haziq paling dasyat waktu tidur



SABAR ITU CANTIK

Melayan karenah si kecil memang menguji kesabaran.Saat kita mahu berehat,waktu itulah dia hendak bermain.Bila kita sedang berjaga,waktu itu si kecil lena diulit mimpi.Itu baru sedikit.Haziq, bila sampai waktu dia mahu tidur,jangan diharap kita mampu duduk tenang.Dia akan menangis sambil menjerit-jerit hingga semua bend jadi tak kena.Di beri susu ,tak nak, ditidurkan pun tak nak dan akhirnya terpaksa kita mendukung dan mengulit dia hingga terlelap di atas dukung.Mendukung Haziq yang seberat belasan kilo ini hampir sejam kadangkala mencetus kemarahan saya.Rasa hendak saja saya letak Haziq dan biarkan dia menangis.Tapi….bukan itu caranya.

Sebagaimana kita hidup di dunia ini yang pelbagai manusia dengan perangai yang bermacam,memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Tanpa sabar,kita akan mudah jadi pemarah,rasa sakit hati,tak tenang ,gelisah dan sebagainya.3 tahun hidup bersama ahli beit memang amat membahagiakan saya.Terima mereka seadanya dan bersabar dengan apa yang setiap berlaku kerana setiap orang mempunyai keunikan tersendiri.Tetapi kalau sikap pentingkan diri,mudah terasa kita biarkan menguasai diri kita,hidup pasti menyakitkan.Setiap perbuatan orang mahu dicari kesalahannya supaya kita punya sebab untuk merajuk mahupun marah.Oh~ malangnya hidup begini,tak merasai nikmat ukhuwah yang ALLAH kurniakan.








sukakan kucing


MARAH PERLU TAPI AWAS!!!

Kadang-kadang Haziq ini perlu dimarah bila dia mula bermain dengan benda tak sepatutnya atau bersikap melebih-lebih yang tak sepatutnya.Contoh,Haziq suka bermain dengan kucing dan juga suka memasukkan jari ke dalam mulut.Tangan yang menyentuh bulu kucing itu juga la yang dimasukkan ke dalam mulut.Perbuatan yang sama diulang setiap kali dan apa saya buat? Bila ditegur banyak-banyak kali tetapi masih tak berkesan,saya marah dia sambil memukul tapak tangan dia.Bukanlah kasar tapi menampakkan yang saya sedang marah.Jadi setiap kali bila dia mahu membuat benda yang tidak elok,dia dengan sendiri akan memukul tapak tangannya sendiri..

Macam tu jualah dalam hidup kita.Kadang-kadang kekasaran ,kekerasan itu perlu untuk membentuk yang terbaik.Bahkan Islam sendiri menyuruh seorang bapa memukul anak yang tidak solat setelah mencapai umur 10 tahun,undang-indang hudud disyariatkan untuk memelihara keamanan dan kestabilan dunia ini.Lihat sahaja apa terjadi pada dunia kini bila undang-undang ALLAH dipermainkan dan dihina.Bodohnya manusia yang masih buta ini.

Tapi awas,jangan terlalu kasar kerana kadangkala kekasaran itu menjauhkan sesorang dari kita hingga kita takkan mampu mendekati mereka yang manjauhi sekaligus gagal dalam usaha kita untuk mendidik ini.Haziq selalu dimarahi oleh ibu saya kerana Haziq terlalu suka bermain benda yang tak sepatutnya disentuh.Lantaran kerana kerap kali dimarahi,setiap kali Haziq terserempak dengan ibu,pasti dengan sendiri Haziq akan mengangkat tangan seperti mahu memukul dan melarikan diri.Tengok..bahaya kesannya bukan?








Rasanya masih banyak yang boleh di belajar dari si kecil ini.Tapi mungkin cukup sekadar ini dahulu untuk masa ini.Selepas ini,mungkin akan disambung.Si kecil yang masih putih suci ini mendambakan pendidik yang mampu mencorak mereka menjadi yang terbaik.Jangan kerana kita yang teruk ini,mengubah fitrah yang bersih ini kepada hitam legam yang memusnahkan dunia..





Sekian,wassalam.

Haziq sedang lena sekarang.



BELAJAR DARI YANG TAHU



Satu petang,sambil menolak Haziq mengambil angin petang,saya menghala ke rumah tok ayah.Kelihatan tok ayah sibuk membuang rumput-rumput di sekeliling rumah lalu dicampak ke dalam api yang marak.Nampak sahaja saya,tok ayah datang.Sambil memegang bahu saya,tok ayah bercerita tentang satu kisah.


" Zaman dahulu ada seorang putera raja,menuntut ilmu dengan seorang alim.Putera ini merupakan seorang anak murid yang sangat bijak dan taat serta menjadi kegemaran gurunya.Namun, pada hari terakhir putera raja itu menuntut,gurunya mengambil rotan,lalu dipukulnya putera tersebut dengan sekuat hati.Bila ditanya mengapa dia dipukul,gurunya mendiamkan diri tanpa sepatah kata.Kerana terlalu marah dan kecewa,putera raja tersebut terus balik ke istana.



Tida
k lama selepas itu,putera raja itu diangkat menjadi sultan di negeri tersebut.Pada hari pertabalan putera tersebut,gurunya datang.Lalu gurunya berkata kepada putera tersebut: "Tahukah engkau kenapa aku memukul engkau dahulu?" Putera itu mengeleng-gelengkan kepalanya




.
Lantas gurunya berkata: "Semasa aku memukul kau dulu,aku dah menjangkakan yang kau bakal menjadi sultan.Aku pukul kau untuk mengingatkan kau,bila mana kau dah punya kuasa jangan sesekali kau menzalimi rakyat sesuka hati sebab kau dah merasai peritnya mendapat hukuman tanpa ada kesalahan yang kau lakukan.Jadi ,aku bagi kau rasa dulu perasaan itu, supaya nanti kau akan berfikir dengan sedalamnya sebelum kau menghukum rakyatmu.Jangan menggunakan kuasamu mengikut kehendakmu.Cari rasional di sebalik setiap sesuatu itu"




tok ayah-kalam penuh hikmah



Habis cerita tok ayah,saya terfikir.Apa kaitannya dengan saya.Lantas tok ayah berkata,



" Sekarang belajar la susah.Jaga budak,masak,membasuh,lipat baju,sapu rumah.Semua-semuanya.Rasai dulu segala kesusahan untuk melakukan semua itu sebab nanti bila kamu dah jadi doktor kamu tak akan sesuka hati memarahi pembantu rumah kamu bila ada yang kurang sempurna sebab kamu dah rasai bagaimana untuk melakukan semua itu sebelum ini.Tok ayah cakap ni sebab tok ayah tahu,kamu nanti keje doktor mesti akan ambil pembantu rumah.Bukan dari segi tu sahaja.Tapi dari segala aspek.Bila berhadapan dengan anak,suami,rakan sekerja,pesakit.Semua-semua.Amalkan berfikir dahulu.Letakkan kamu di tempat orang lain.Ingat tu."


Terkedu dengar nasihat tok ayah.Saya tersenyum sambil menganguk-angguk.





nombor 2




"Hadapilah ujian hidup ini dengan mencari maksud di sebalik
takdir-takdir ALLAH itu.Dengarlah suara tarbiah dan dakwah yang
berbisik disetiap kali kita diuji.Kebaikan dan keburukan itu hanyalah
nilaian insan tetapi di sisi ALLAH,apa yang ditakdirkanNYA pasti
suatu kebaikan"
Related Posts with Thumbnails