RSS

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

ku kagumi dia-selamat hari ibu cik!

Dulu2...waktu sebelum kahwin(ewah..mcm lama da kahwinnya),saya akui saya jenis yang berdikari dan suka jalan ikut rentak sendiri dan sangat tak suka bergantung kepada orang lain.Ke pasar saya mampu seorang diri,ke Tahrir pernah juga sendiri,ke kelas mengaji di Rab'ah sana juga pernah.Tetapi sekarang,sejak dah kahwin,saya makin memanjakan diri dan rasa kebergantungan saya adalah di aras paling tinggi.Nak berjalan seorang ke kedai belakang rumah pun dah rasa tak selamat dan tak mampu.Maklumlah sekarang dah ada pelindung yang sentiasa beriringan dengan saya.Rasa terdedah kepada bahaya bila dia tiada di sisi.

Dulu2..sebelum kahwin,bila lihat pasangan kahwin jarak jauh bersedih sedihan terpaksa berpisah,hati saya terus menentang.Apa susah,pisah jela.Telefon ada ,YM ada .Tak ada masalah langsung.Pelik tengok sampai ada yang menangis setiap masa.Hah,ambil sekarang ni.Baru saya rasai apa perasaan itu.Walaupun kami hanya pernah berpisah paling lama pun 3 hari,itupun dah cukup untuk buat saya tak tidur malam.Hati rasa resah,jiwa gelisah tak dapat nak melihat dia di depan mata.Oh,ini rupanya perasaan yang mereka rasai....Mesej non stop sepanjang pisah2 rindu ni.Eh,indah rupanya cinta lepas kahwin ini.

Actually entry ini saya tulis teristimewa buat wanita yang paling kuat dan paling tabah pernah saya kenali.

Dia berkahwin di usianya baru menginjak 20 an dan baru nak mengenal apa erti kehidupan alam university.Saat pasangan lain yang berkahwin hidup bersama,dia terpaksa ke UKM meneruskan pengajian.Jauh terpisah di awal perkahwinannya tidak melunturkan semangat dia untuk memberi yang terbaik dalam komitmennya.

Di saat rakan2 yang lain masih seronok di alam remaja, si dia sarat mengandungkan anak pertama di university dengan suami tiada di sisi.Kegigihannya terserlah bila mana setiap kali ke UKM,dia dengan bersungguh menunjukkan kepada anak2nya yang di bukit tinggi itulah dia memanjat anak2 tangga untuk ke kelas saat dirinya sarat mengandung.Saat melahirkan anak sulungnya kian hampir tetapi dia jauh dari keluarganya.Dengan nekad,di saat akhir kandungannya,dia menaiki flight balik ke kampung dan selamat melahirkan anak sulungnya itu.


Hidupnya kian bermakna bila dia dikurniakan puteri dan putera yang semakin ramai.Namun,senyumnya tak berpanjangan.Saat anak2 masih lagi kecil dengan yang sulung baru menginjak ke usia sekolah rendah,suaminya terpaksa berpindah jauh ke hulu negeri kerana tuntutan kerja.

Maka tinggallah dia dengan anak-anak kecil mengemudi hidup sendiri tanpa suami.Sungguh dia tabah.Melayani karenah anak pelbagai sambil memikirkan hal persekolahan,hal mengasuh anak bahkan hal2 rumah yang terpaksa diuruskan.Awal2 dulu ,dia masih tiada lesen kereta.Susah kehidupan waktu itu.Pernah dia menunggang motosikal bersama anak keduanya yang ketika itu masih kecil.Dek kerana masih belum mahir,keduanya jatuh dan parut itu masih kekal hingga kini.

Dia juga melahirkan dan membesarkan anak2 nya tanpa suami senantiasa beriringan dengannya.Bulan ramadhan penuh sayu.Dikirim pada jiran2 untuk dibelikan kuih juadah berbuka untuk anak2.Mahu pergi sendiri,anak di rumah masih kecil untuk ditinggalkan tambahan pula dia masih belum mampu berdikari ke sana ke mari dengan kenderaan.

Anak2 dibelikan basikal untuk ke sekolah.Yang sulung membawa adik di belakang dan yang tengah ditugaskan membawa beg2 si sulung dan adik tadi.Bimbangkan keselamatan anaknya, mereka di kirim ke sekolah dengan kawanan lelaki sebaya anak2 nya.Setiap kali turun dari rumah,dia berpesan:

" Lintas jalan,jangan naik basikal.Turun dari basikal,tuntun basikal sampai ke seberang jalan"

Kesibukan dia sebagai seorang guru tak menghalang dia untuk menjalankan tugas seorang ibu dengan baik.Masakannya sentiasa ada walaupun mungkin sesederhana mungkin dek kerana kekangan masa yang menghimpit.Pakaian anak2 tak pernah terbiar walau dia terpaksa membasuh tangan timbunan besen pakaian saat air mula memberi masalah dengan color keruhnya.

7 orang anak tidur bersamanya dalam satu bilik.Yang kecil di katil babynya.2 yang sebelum bongsu di atas katil bersamanya.Putera sulung dihamparkan tilam di tepi katilnya dan 3 puteri atas juga dibentangkan tilam di depan pintu bilik.Bahagia saat itu.Tidur bersama.Saat nak membangunkan tidur,Allah....

Dah hampir berbelas tahun semua ini berlalu.Dia semakin dimamah usia tapi kecantikan luaran dan dalamannya begitu indah terserlah.Dia kini sudah mampu tersenyum.Anak2nya kian menginjak dewasa.Hidup nya kini ditemani suami tersayang di sisi dan dia sudah mampu berdikari dalam setiap perkara.

Namun di sebalik raut wajah itu,tersembunyi di dalamnya seribu satu cerita duka dan suka yang mencorak kehidupan dia,seorang wanita paling tabah pernah aku kenali.

Dan dia adalah ibuku....

Wanita yang berjaya membesarkan 7 orang anak dengan kudrat wanitanya itu.
Wanita yang berjaya mencorak kehidupan untuk setiap anak2nya dan berjaya membina sebuah keluarga yang cukup membahagiakan kami anak2.
Wanita yang berjaya untuk tabah demi suami dan anak2nya.

Moga ALLAH yang MAHA MELIHAT mencatat setiap saat masa mu dalam menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu itu dengan ganjaran terbesar di syurga kelak.Moga kau kan mendapat mahligai terindah di sana.

Cik......dirimu terlalu berharga buat kami.


5 comments:

nicky said...

terharunye..nk nanges..tibo2 teringat ko cik..igt ag skoloh mse cik branok ko icik..nek basikal..sblm tu nek muto biru..cik ata dua kali..mulo2 ata along dlu..along tggu kt cabang..pastu cik ata kito duo..pastu baru lintas jalan skali...muto biru..penuh kenangn...tguu ayh balik atah tggo merah stiap petang kamis..ayh balik smggu skali...memori~~

InoueRozik said...

betul tu tin..alamk...nak nanges plop baco komen ni..tak sangka cik zaman2 muda dlu naik moto kan..kite pun xpenah naik moto...betol2..malam2 dgn cik la kito tido...ayah balik jrg2 jah..teringat plop sy menagis teringat kat ayh smbil pegang gmbr..huhu..besar pengorbanan cik ayh kan...

nicky said...

haha..ad org tu pegang kain putih trigt ko cik..pdhl kecik ag time tu..konon2 tau la perasaan rindu tu..huhuhu

InoueRozik said...

hoho...mesti la..bau ibu itu ku kenal walaupun mulutku masih tidak tahu bicara

Anonymous said...

tibe2 nak nangis bace post nih. Ya Allah berikanlah kekuatan dan kekentalan jiwa yang sama dimiliki oleh ibu anda kepada diri yang lemah ini. terasa kecilnya sy sbb slalu mengeluh xmampu nk jaga anak sdiri krn berjauhan dgn suami. malah kdg2 betapa sy rasa xmampu nk hadapinya. anak sy baru sorg tp ibu anda jaga 7 org. Allahuakbar, sesungguhnya dia bkn sebarangan wanita.

Post a Comment