RSS

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

kerinduan teramat

terima kasih ibu
 terima kasih duhai ayah
lahirku ke dunia
ku disambut penuh syukur
bisikan azan ke telinga
iqamah kalimah nan luhur

lahirku ke dunia
ku  diasuh mengenal allah
ku diajar sebut namaNYA
juga nabi rasul mulia

salam sayang ayah dan ibu
mendidik ku tak pernah jemu
halalkanlah makan minumku
maafkan salah silapku
tanpa maaf dan juga restu
hidupku jadi tak menentu

tiada yang lebih bernilai
dari pengorbanan yang suci itu
tak berdaya aku membalasnya
moga ku jadi anak yang bertaqwa

jasa mu oh ayah dan ibu
akan ku kenang selamanya
hidup saling berkasih sayang
membina keluarga bahagia

padaMu  ALLAH aku berdoa
padaMu jua aku meminta
rahmati ibu ayah tercinta
ampunilah dosa-dosa mereka
panjang umur murahkan rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga berbahagia di dunia
di akhirat beroleh syurga

daku mengharap redha ibu
juga redha darimu ayah
hanya itulah yang ku pinta
agar hidupku lebih bermakna





kerinduan yang teramat pada 2 insan yang takkan terpisah dari hidupku sampai akhirat

..........moga aku jadi anak yang mampu mereka harapkan...............



yang manis itu bagus

Tadi  kelas klinikal doktor bawa  kami pusing2 katil di ward.Walaupun dengan jumlah yang agak ramai,but it quite ok.Doctor showed us the details of each patient's disease.In order not to waste any time while waiting for mu turn, i got a chance  talk with an old woman patient living near Qala'h Salahuddin.She came to the hospital due to sudden loss of vision without any pain or trauma.

Through all the way,she kept praising on how good mannered our doctor was!Greet the patient with happy face and showed empathy with their illness.Also kept apologizing for troubling them throughout our lesson. Muaaddabun giddan.Beforehand,there was one big doctor(one of the top on board) just came down into ward and looking into patient's sheet , examined them with no smile and no greet at all! Eih wehsyah da?

She told us, that no matter how rich and great you are,akhlak is lot more important.It wasn't difficult at all -just move few muscles around your face and SMILE! and the world surely will smile with you-

Cuaknya memikirkan,mampukan aku menjadi doktor yang bukan hanya merawat fizikal tetapi jua memberi ketenangan pada pesakit.Mampukah untuk aku senyum saat bebanan kerja menimbun dan mampukah aku menyapa mesra pesakit saat aku keletihan on call?

Oh Allah,give us strength to be the best and give the best toward others!

...adab itu mendahului dari ibadat.......

indah remajaku epi 4

Hari-hari berlalu riang.Hampir sebulan sekolah bermula,aktiviti sukan pula diperkenalkan.Aku bersama rumah sukan Rufaidah ataupun Merah.Minat aku pada bola jaring mendorong aku untuk menawarkan diri menjadi wakil rumah.Rasa janggal pada awalnya bila terpaksa berdepan dengan senior yang nampak kuat.Tetapi minat yang mendalam menyebabkan aku tekad untuk menjadi yang terpilih.

Kejuaraan pertama diperingkat sekolah menjadi milestones kepada aku untuk mencuba nasib menjadi wakil sekolah.Aku minta izin dari ayah.Ayah muncung tanda tidak bersetuju.Ayah mahu aku menumpukan perhatian pada pelajaran.Tetapi,Shuli juga turut serta.Aku tak mahu ketinggalan.

Saat pemilihan di adakan,aku secara senyap2 membawa baju sukan ke sekolah.Izin dari ayah,aku abaikan.Bila sampai di sekolah,barulah aku menelefon ayah,mengatakan aku akan balik lewat petang.Ayah kecewa.Tapi aku seperti tidak kisah.

Pemilihan dijalankan di bawah pengawasan cikgu.Aku terpilih!! Bagaimana harus aku memberitahu ayah berita ini.Berita ini pasti mengubah jadual harian kami.Bermakna,ayah terpaksa datang balik  ke sekolah di sebelah petang untuk mengambil aku sehabisnya latihan yang akan berlangsung hampir setiap hari.Ayah membangkang.Aku menangis.Keinginan aku terlalu kuat! Aku minta berkali2.Ayah diam tanpa sepatah kata.Menzahirkan yang ayah sebenarnya tidak suka dengan tindakan aku.

Aku tanpa rasa penat stay up di sekolah hampir setiap hari selepas habis sesi sekolah.Tidur sekejap di kelas seorang diri,ke tandas sekolah menukar pakaian.Nekadnya aku mengejar minatku.Hampir 5 tahun keadaan aku begitu.Ayah setiap kali akan membantah tetapi merelakan dalam keterpaksaan kedegilan anak kecilnya ini.Ayah makin lama semakin menyokong minatku.Pelajaran aku langsung tak terjejas.Aku masih di tempat pertama untuk setiap kali exam.Ayah puas barangkali.

PMR,minatku masih begitu.Ayah ragu untuk membenarkan aku.Aku pada waktu itu sudah mula matang.Aku memujuk ayah hingga diberi izin.SPM juga begitu bahkan kemuncak minatku bila mana aku diminta untuk menjadi wakil negeri bermain bersama pelajar dari sekolah cina.Ayah diam seribu mendengar cerita aku..Aku tahu ayah pasti takkan membenarkan aku meneruskan minat ini..Dengan kerisauan pada SPM yang bakal mencorakkan masa depan aku,aku akur dan menolak tawaran tersebut..kerana ayah,aku di sini sekarang!

indah remajaku epi 3

 Tak tahan dengan keadaan aku yang makin parah dan tidak mahu belajar,akhirnya,ayah membuat keputusan besar.Keluarkan aku dari asrama.Perasaan aku saat itu terlalu gembira seakan baru bebas dari kepungan yang membelenggu aku selama ini.Tetapi aku tak sedar,keputusan itu mengubah jadual hidup ayah.

Masa itu,aku masih belum mengerti apa-apa.Sekadar anak kecil yang degil!Along tak sama macam aku.Along kuat untuk duduk di asrama.Barangkali,along pada waktu itu sudah matang dan tak mahu menyusahkan ayah.

Bermula saat itu,bermula saat baru hidup aku dan kepenatan rutin ayah.Seawal 6.20 pagi,ayah dan aku akan keluar dari rumah.Sedangkan kanak-kanak lain masih lena dibuai mimpi.Ayah berjaga awal.Sekolahnya yang jauh berlainan arah dengan jalan sekolahku menyebabkan jadual kami bermula sewal itu.Sekolah ayah di jalan berbeza yang mengambil masa hampir 45min dari SMKA NAIM.Kesibukkan jalan raya waktu pagi juga jadi faktor penyumbang.

Kehidupan ku sebagai pelajar berulang mengubah aku yang dahulu.Aku mula mencari kawan dan mula menunjukkan diriku yang sebenar.Cikgu2 hairan melihat perubahan aku.Apatah lagi kawan2 di sekeliling.Di kelas 1 Ummu Sulaim,aku mula mengenali Shuli-gadis tinggi lampai yang bersahabat baik dengan Najihah-McJee-si kecil molek.Di sini juga aku mula berkawan baik dengan Athirah Nadia.Sahabat yang menjadi temanku hingga tamat alam persekolahan.Aku mula aktif dalam pembelajaran.

Habis persekolahan,aku tak lagi perlu berlari2 ke dorm untuk berebut bilik air dan bersiap untuk ke prep.Aku berjalan keluar sekolah bersama dengan geng baru aku.Menunggu ayah di luar.Biasanya,sejam selepas sesi sekolah tamat baru ayah akan tiba.Jiwa aku kadang2 memberontak dan marah.Ayah tiba dengan peluh membasahi dahinya.Bukan sengaja ayah lewat tetapi perjalanan yang memakan masa yang jadi penyebab.Tetapi aku masih tak faham perit pengorbanan ayah yang sanggup berpenat untuk melihat si kecil ini senyum selalu.

Naik atas kereta,aku terus terlelap.Biasanya waktu itu pukul 3 petang.Kesibukan jalan raya dan hangat mentari  menambah keletihan badan yang sudah mahu terkulai itu.Aku lelap tanpa sepatah kata dengan ayah.Ayah barangkali lebih penat dari aku......

indah remajaku epi 2

Hari kedua bermula.Dalam kegelapan pagi,seusai sarapan,aku meredah kesunyian jalan raya di waktu itu.Tak tahu ke mana arah tujuan,aku ke kerusi batu di depan Bilik Warden.Lama aku di situ,menangis.Tak dapat menahan rindu,aku ke tempat telefon lagi.Sekali lagi,air mata aku jatuh.Nak sahaja aku sebut "Tak mahu duduk asrama" itu kuat2.Tetapi aku harus kuat.Aku yang memilih jalan ini.

Aku kembali ke kerusi batu itu,menunggu sinar mentari muncul.Aisyah sudah kelihatan.Aku berlari anak mendekatinya.Terubat sedikit kesunyian aku.Kami berbual lagi.Aisyah seronok bercerita tentang drama cina yang sedang ditayangkan di TV3 pada waktu aku..Sehingga sekarang,Aisyah adalah satu2nya yang memanggil aku dengan nama yang tidak pernah disebut orang.Dan aku gembira.Kerana dia yang pertama aku kenal!

Hampir seminggu keadaan sama berulang.Aku mula tunjuk perangai tidak matang aku yang memaksa setiap petang cik ayah datang ke sekolah.Dan seperti selalu,aku hanya akan duduk dengan mereka dan akan hanya melepaskan mereka bila mana maghrib tiba.Waktu itu,aku tidak mengambil kira susah perit ayah dan cik,perasaan mereka.Tetapi,mereka tak pernah mengeluh bila mana hampir setiap petang,mereka terpaksa meninggalkan adik2 di rumah dan bersama aku di sekolah! Aku pula setiap kalinya berharap aku dapat pulang bersama mereka.

Setelah selesai ujian kedudukan kelas,aku ditempatkan di kelas 1 Ummu Sulaim.Aisyah di kelas 1 Ummu Aiman.Kami berpisah.Sebak sedih jiwa aku bertambah bila mana setiap kali,aku lihat mereka yang tidak tinggal di asrama begitu gembira datang ke kelas,membawa bekal,bercerita itu dan ini.Sebaik sahaja sesi pembelajaran bermula,aku pula memulakan kerja aku.

Ditunduknya kepala di meja,tangan kemas meng"cover" muka dan selepas itu terdengar esakan kecil dari aku.Bermula dari pagi hingga tamat sesi sekolah,aku begitu.Sehingga tiada seorang pun yang berani menegur dan berkawan dengan aku.Cikgu kerap kali datang ke meja ku di tepi pintu,bertanya kan apa masalah aku.Barangkali cikgu sudah biasa dengan keadaan ini di minggu pertama persekolahan.Dengan sikap aku begitu,cikgu membiarkan sahaja.

Tiba-tiba datang seorang cikgu perempuan yang cantik.Memperkenalkan diri sebagai Teacher Zurinal bertanyakan khabar aku.Katanya,cik menelefon dia dan meminta dia mengawasi aku.Kawan cik gamaknya.Aku sugul di depannya.Habis sesi sekolah,aku berlari ke tempat biasa ku.Aku menelefon cik dan ayah! Maka,petang itu mereka datang lagi.

Keengganan dan kedegilan aku untuk menerima suasana baru ini menyebabkan aku mencari helah untuk lepas dari segala aktiviti.Aku banyak habiskan masaku di bilik sakit,Ke kelas aku rasa malas,ke padang aku tak larat,makan pula aku tak lalu.......

indah remajaku epi 1

Pagi itu bersemangat diri ini bersiap.Baju baru dari semalam sudah digantung siap di ruangan bilik.Bukan setakat 1 malah sudah 5 helai lengkap sudah diiron.Baldi berisi segala keperluan bilik air diletak rapat di sebelah beg besar berisi pakaian.Satu plastik penuh berisi biskut dan makanan juga tak ketinggalan.

Pagi ini satu kehidupan baru bakal bermula.Kehidupan berpisah jauh dari keluarga.Anak kecil yang baru cuba mengenal dunia luar kini akan melangkahkan kaki ke sekolah asrama.Dia begitu semangat memulakan kehidupan yang padanya tidak pernah dilalui dan dalam hatinya penuh gembira.Jiwa kanak-kanak di awal keremajaan yang mungkin inginkan kebebasan.

Sampai di sekolah,ditemani ayah dan cik,kami mendengar taklimat di dewan sekolah.Tamat sesi taklimat,no.bilik mula diberi kepada setiap anak-anak remaja ini.Tengahhari,sesi suaikenal dimulakan di Bilik Tayang Utama(BTU),mendengar taklimat mengenai peraturan sekolah,apa yang akan dilalui sepanjang minggu orientasi ini,juga berkenaan ujian kedudukan kelas.

Melangkah masuk ke BTU dalam keadaan berseorangan,anak kecil ini mula mencari teman.Yang pertama dikenalinya seorang sahabat bernama Aisyah.Putih tinggi orangnya.Mula berkenalan dan datang rasa lega kerana sudah bertemu kawan.

Tiba-tiba hati terasa sebak.Cik ayah sudah pulang meninggalkan anak kecilnya memulakan hidup baru sebagai pelajar tingkatan satu di SMKA Naim Lilbanat ini keseorangan.Habis sesi taklimat,diberi arahan ke dewan makan untuk makan tengahari.Kaki lemah masuk ke barisan untuk mengambil makanan.Aisyah sudah pulang.Aisyah bukan pelajar asrama.Sunyi,sepi,sedih,semuanya bercampur.Tangan mengambil dulang makanan dan mata melilau mencari tempat duduk.Dewan makan kini penuh bercampur dengan semua pelajar dari ting2-5.Rasa janggal.Di mana harus ku duduk dan makan?

Berseorangan,cuba untuk makan.Tapi diri enggan menelan nasi dan ayam itu.Makan sekadar mampu dan bergegas ke asrama untuk mandi meneruskan aktiviti petang.Katil dah siap dikemas ayah dan cik tadi.Ayah angkatkan tilam,sapu bawah katil,dipasangkan cadar.Cumanya,almari ditinggalkan untuk aku kemas sendiri.Hati sebak melihat barang-barang yang dibawa.Bagaimana cik ayah di rumah.Adik2 semua buat apa.Tanpa sedar,air mata menitik.Tanpa boleh disekat lagi.Katil ku di tingkat atas.

Aku ambil baldi dan terus ke bilik air.Bagaikan satu kejutan melihat kebisingan di bilik air,melihat semua beratur mengambil giliran.Masuk ke dalam bilik air,air mata aku menitis lagi.Bagaimana harus aku meneruskan hidup serba baru ini!

Tamat sesi riadah,aku berlari ke tempat telefon.Aku masukkan syiling 50sen,terus mendial no rumah.Cik angkat terus aku menangis tanpa sepatah kata.Ayah turut sama memujuk aku.Aku hilang rasa malu pada senior yang lalu lalang melihat telatah aku.Aku menangis dan menangis! 20 min berlalu,cik ayah datang ke sekolah.Aku duduk bersama mereka,memandang wajah mereka seakan seperti bertahun kami berpisah.Aku dalam keadaan begitu sehingga azan maghrib.Cik ayah terpaksa pulang.Adik-adik sendiri di rumah.Ayah pesan,kuatkan semangat.Selepas bersalaman ,kereta cik dan ayah menghilang.

Aku meloloskan diri di celah keramaian kembali ke dorm bersiap untuk ke masjid.Aku tiada kawan!Berjalan ke masjid,aku mengambil tempat paling tepi.Sebaik sahaja,aku mengangkat takbir,tidak semena-mena air mata aku luruh lagi! Semua memandang pelik melihat aku.Tazkirah maghrib langsung tak aku dengar.Aku menangis memandang kegelapan malam di luar.

Selesai solat isyak,sesi orientasi diteruskan lagi.Aku monyok sendiri.Balik ke dorm,ke bilik air di hujung bangunan untuk gosok gigi.Masuk ke dorm penuh dengan pelajar baru,aku duduk dan berkenalan dengan mereka.Wan Hanis,nama budak di bawah katilku.Di depan ku,nama nya Siti Amalina.Mereka kelihatan tenang.Tidak seperti aku.Dari jauh aku lihat ade beberapa orang sedang menangis melepaskan perasaan mereka.Ini pemandangan biasa mungkin.Aku tutup mukaku dengan bantal.Cuba melelapkan mata..Berfikir,bagaimanakah akan aku teruskan hari esok.....