RSS
Daisypath Anniversary tickers

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

indah remajaku epi 2

Hari kedua bermula.Dalam kegelapan pagi,seusai sarapan,aku meredah kesunyian jalan raya di waktu itu.Tak tahu ke mana arah tujuan,aku ke kerusi batu di depan Bilik Warden.Lama aku di situ,menangis.Tak dapat menahan rindu,aku ke tempat telefon lagi.Sekali lagi,air mata aku jatuh.Nak sahaja aku sebut "Tak mahu duduk asrama" itu kuat2.Tetapi aku harus kuat.Aku yang memilih jalan ini.

Aku kembali ke kerusi batu itu,menunggu sinar mentari muncul.Aisyah sudah kelihatan.Aku berlari anak mendekatinya.Terubat sedikit kesunyian aku.Kami berbual lagi.Aisyah seronok bercerita tentang drama cina yang sedang ditayangkan di TV3 pada waktu aku..Sehingga sekarang,Aisyah adalah satu2nya yang memanggil aku dengan nama yang tidak pernah disebut orang.Dan aku gembira.Kerana dia yang pertama aku kenal!

Hampir seminggu keadaan sama berulang.Aku mula tunjuk perangai tidak matang aku yang memaksa setiap petang cik ayah datang ke sekolah.Dan seperti selalu,aku hanya akan duduk dengan mereka dan akan hanya melepaskan mereka bila mana maghrib tiba.Waktu itu,aku tidak mengambil kira susah perit ayah dan cik,perasaan mereka.Tetapi,mereka tak pernah mengeluh bila mana hampir setiap petang,mereka terpaksa meninggalkan adik2 di rumah dan bersama aku di sekolah! Aku pula setiap kalinya berharap aku dapat pulang bersama mereka.

Setelah selesai ujian kedudukan kelas,aku ditempatkan di kelas 1 Ummu Sulaim.Aisyah di kelas 1 Ummu Aiman.Kami berpisah.Sebak sedih jiwa aku bertambah bila mana setiap kali,aku lihat mereka yang tidak tinggal di asrama begitu gembira datang ke kelas,membawa bekal,bercerita itu dan ini.Sebaik sahaja sesi pembelajaran bermula,aku pula memulakan kerja aku.

Ditunduknya kepala di meja,tangan kemas meng"cover" muka dan selepas itu terdengar esakan kecil dari aku.Bermula dari pagi hingga tamat sesi sekolah,aku begitu.Sehingga tiada seorang pun yang berani menegur dan berkawan dengan aku.Cikgu kerap kali datang ke meja ku di tepi pintu,bertanya kan apa masalah aku.Barangkali cikgu sudah biasa dengan keadaan ini di minggu pertama persekolahan.Dengan sikap aku begitu,cikgu membiarkan sahaja.

Tiba-tiba datang seorang cikgu perempuan yang cantik.Memperkenalkan diri sebagai Teacher Zurinal bertanyakan khabar aku.Katanya,cik menelefon dia dan meminta dia mengawasi aku.Kawan cik gamaknya.Aku sugul di depannya.Habis sesi sekolah,aku berlari ke tempat biasa ku.Aku menelefon cik dan ayah! Maka,petang itu mereka datang lagi.

Keengganan dan kedegilan aku untuk menerima suasana baru ini menyebabkan aku mencari helah untuk lepas dari segala aktiviti.Aku banyak habiskan masaku di bilik sakit,Ke kelas aku rasa malas,ke padang aku tak larat,makan pula aku tak lalu.......

0 comments:

Post a Comment