Tak tahan dengan keadaan aku yang makin parah dan tidak mahu belajar,akhirnya,ayah membuat keputusan besar.Keluarkan aku dari asrama.Perasaan aku saat itu terlalu gembira seakan baru bebas dari kepungan yang membelenggu aku selama ini.Tetapi aku tak sedar,keputusan itu mengubah jadual hidup ayah.
Masa itu,aku masih belum mengerti apa-apa.Sekadar anak kecil yang degil!Along tak sama macam aku.Along kuat untuk duduk di asrama.Barangkali,along pada waktu itu sudah matang dan tak mahu menyusahkan ayah.
Bermula saat itu,bermula saat baru hidup aku dan kepenatan rutin ayah.Seawal 6.20 pagi,ayah dan aku akan keluar dari rumah.Sedangkan kanak-kanak lain masih lena dibuai mimpi.Ayah berjaga awal.Sekolahnya yang jauh berlainan arah dengan jalan sekolahku menyebabkan jadual kami bermula sewal itu.Sekolah ayah di jalan berbeza yang mengambil masa hampir 45min dari SMKA NAIM.Kesibukkan jalan raya waktu pagi juga jadi faktor penyumbang.
Kehidupan ku sebagai pelajar berulang mengubah aku yang dahulu.Aku mula mencari kawan dan mula menunjukkan diriku yang sebenar.Cikgu2 hairan melihat perubahan aku.Apatah lagi kawan2 di sekeliling.Di kelas 1 Ummu Sulaim,aku mula mengenali Shuli-gadis tinggi lampai yang bersahabat baik dengan Najihah-McJee-si kecil molek.Di sini juga aku mula berkawan baik dengan Athirah Nadia.Sahabat yang menjadi temanku hingga tamat alam persekolahan.Aku mula aktif dalam pembelajaran.
Habis persekolahan,aku tak lagi perlu berlari2 ke dorm untuk berebut bilik air dan bersiap untuk ke prep.Aku berjalan keluar sekolah bersama dengan geng baru aku.Menunggu ayah di luar.Biasanya,sejam selepas sesi sekolah tamat baru ayah akan tiba.Jiwa aku kadang2 memberontak dan marah.Ayah tiba dengan peluh membasahi dahinya.Bukan sengaja ayah lewat tetapi perjalanan yang memakan masa yang jadi penyebab.Tetapi aku masih tak faham perit pengorbanan ayah yang sanggup berpenat untuk melihat si kecil ini senyum selalu.
Naik atas kereta,aku terus terlelap.Biasanya waktu itu pukul 3 petang.Kesibukan jalan raya dan hangat mentari menambah keletihan badan yang sudah mahu terkulai itu.Aku lelap tanpa sepatah kata dengan ayah.Ayah barangkali lebih penat dari aku......

0 comments:
Post a Comment