RSS

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

Cairo-Jeddah-Kuala Lumpur-Kelantan-Perlis (2)

Kami sambung aktiviti di rumah.Keadaan masih biasa.Jiran2 arab juga masih kekal dengan aktiviti biasa.Abg ke masjid pun tiada masalah.Sehinggalah masalah pertama muncul.Line internet dah mula kena block but line telefon masih normal.Kami jadi seperti katak bawah tempurung di dlm negeri sendiri.Langsung tak tahu apa perkembangan Mesir.Yang seronok,nak tahu apa perkembangan mesir kami keluar ke ahwah tepi rumah nk tgk aljazeera.

Hari sabtu yang selepas demo besar ba'da jum'ah tu,kami sempat berjalan kaki keluar ke balai polis dan balai bomba sayeeda yang hanya berdekatan dengan rumah kami.Habis tinggal debu dek kerana dibakar.Yang membimbangkan kami adalah tentang banduan yang telah terlepas lari dari lokap.Ada yang kata banduan2 ini sengaja dilepaskan untuk menekan rakyat yang berdemo.

Malamnya kami mula dengar kecoh bising di luar rumah.Abg berlari2 masuk ke rumah dan berkata arab nak bergaduh.Semua ada senjata masing2,parang,besi,jack tukar tayar dan segala macam senjata yang berbahaya.Tunggu punya tunggu tak pula bunyi gaduh2.Kami fikir mungkin mereka nak join demo yang sedang hangat di medan.Kami buka tingkap untuk melihat aksi2 mereka.Lama menunggu mereka tetap berkumpul di depan masjid tanpa ada tanda2 untuk bergerak ke medan.Hinggalah abg bertanya jiran apa sebenarnya mereka buat.Rupanya mereka adalah jiran tetangga yang mengambil giliran untuk menjaga kejiranan mereka dari jenayah yang mungkin dilakukan oleh banduan yang terlepas.Kekaguman pada semangat mereka mula saya rasai.

Nak diringkas kan cerita,line telefon pun kena block.Putus segala perhubungan sesama kami sendiri.Penyampaian maklumat dan peringatan lumpuh.Yang ada hanya ketukan dari rumah ke rumah.Kami mendapat arahan supaya jangan keluar dari rumah dan perintah berkurung telah bermula.Kami duduk di rumah tanpa mengetahui keadaan sebenar yang sedang berlaku.

Tak lama selepas itu line telefon tiba2 pulih dan abg mendapat call menyuruh kami mutazawwijin berpindah ke imarah 9 untuk menjaga keselamatan akhawat dan dijadikan pusat2 pengumpulan kalau2 ada proses evakuasi bakal dilakukan.Line internet ketika ini masih di block.Bermula saat inilah kami hidup dalam ketidakpastian.Sekejap berita ini sampai,tak lama selepas itu,lain pula berita yang kami dapat.

Dalam proses kami mengemas2 untuk berpindah, tiba2 kami dikhabarkan yang kami akan dikumpulkan di Malaysian Hall untuk terus di bawa ke 3 negara jiran,Arab Saudi,Libya dan Jordan.Kami mendapat arahan supaya hanya membawa barangan penting yang hanya dimuatkan dalam satu beg pack.Tanpa berlengah,kami ke Manial untuk membeli mangga2 untuk mengunci tingkap dan pintu2 rumah yang bakal ditinggalkan.

Dalam perjalanan ke Manial kami lihat tiada lagi polis2 di tepi jalan.Institusi polis telah runtuh.Kebangkitan rakyat berjaya melumpuhkan sistem diktator ini.Yang kelihatan hanya remaja2 arab yang mengawal trafik.Sekali lagi saya kagum dengan kesanggupan pemuda2 arab ini mengambil alih perjalanan harian rakyat Mesir.

Dah habis kami mengunci semua pintu dan tingkap,berbekalkan 2 beg pack,kami menahan teksi dan bergerak ke Malaysian Hall.Dalam fikiran,kami hanya ke sana untuk tick nama,terus naik bas ke destinasi terpilih......tapi semua tak sama dengan apa yang kami jangkakan.

Cairo-Jeddah-Kuala Lumpur-Kelantan-Perlis (1)

Tak tahu bagaimana nak memulakan satu cerita yang agak dramatik dan panjang.Lagi2 saya bukanlah jenis yang tahu bercerita menggunakan perkataan.Kalau duduk menghadap muka ke muka,itu kepakaran saya.Bermulanya cerita,kami lepas sahaja habis round Paeds , rehat 2 hari terus kena masuk ke round Surgery selama 2 minggu sblm bermula cuti winter.Dalam kekalutan round surgery yg memuatkan 94 org dlm satu ruangan kecil,Tunisia dah mula bangkit dengan cerita penjual sayur yg bunuh diri tu.

Pada hari selasa,25hb agaknya(tak berapa ingat), kami dapat cuti sempena hari polis.Eh,tak pernah2 ada cuti sempena hari polis sebelum2 ini.Saya dan suami tak bercadang nak  berjalan ke mana2 pun.Cuma kami buat projek pau coklat kalau tak silap.Pagi2 keluar ke pasar beli stok masak.Hari tu la kami dikhabarkan akan ada demo.Kami anggap seperti demo2 biasa sebab itulah malam tu kami berdua naik motor ke Tahrir untuk menjenguk mana2 kedai fastfood yang ada.

Masa masuk ke jalan utama Tahrir,kami tergelak berdua,Tiada kekalutan dan ribut hiruk pikuk kenderaan yang membanjiri jalan2.Lengang,Yang ada hanya 2,3 biji kereta sejalan dengan kami.Tapi kiri kanan,depan belakang kami,gerombolan polis berpakaian hitam lengkap dengan pistol dan penghadang berbaris panjang.Kami seolah2 lalu di celah2 semut hitam yang berkumpul.Kami lalu sambil senyum2 kerana dlm fikiran kami,demo tadi biasa2 sahaja malahan pula,pemandangan polis yg ramai sudah jadi kebiasaan utk kami.Lepas makan,kami balik semula.Sempat lagi kami bergurau,kalau2 ada yang terlepas peluru sesat.Mata2 yang banyak itu hanya melihat kami membuat lintas hormat di depan mereka.


Khamis,27/1

Makanya hari ini tamatlah pengajian kami utk sesi pertama.Cuti winter dah tiba.Semua org dah siap2 berkemas.Ada yang nak ke JOrdan,Turki,Spain,Hurghada dan segala macam destinasi percutian.Kami berdua mengambil keputusan utk hanya duduk di rumah sepanjang 2 minggu cuti.Projek Cook-Eat-Burn.Dah beli macam2 bahan utk projek ini.Stok utk projek karipap,cheese cake,dadih dll dah memenuhi peti. Pagi2 esok jumaat jam 6 pagi saya dah kena keluar rumah utk ke Rub'ah,kelas mengaji ngn sheikah seperti biasa.

Malam,kami dapat berita yang esok akan diadakan demo berjuta2 utk jatuhkan Husni.Kami dinasihatkan membeli stok utk 2 mggu kerana katanya dah diumumkan darurat utk 2 mggu.Kami cool sehinggalah kami tgk video yg metro(train) berjaya dihalang oleh pendemo yang ramai hingga tak leh bergerak seperti biasa.Dalam hati mula berkata,ini bukan demo biasa2 ni.Maka terus saya kol utk batalkan kelas esok kerana sy nak tak nak kena naik metro utk ke sana.RIsau juga takut terjadi apa2 yang tak diingini.Suami pun berat utk lepaskan saya sendiri ke sana.

Jumaat 28/1

Kami keluar ke pasar.Pasar dah banyak yang tutup dan tak berniaga.Kami keluar selepas jumaat yang mana dikatakan demo sedang hangat.On the way nak ke pasar,kami bertemu dengan jiran perempuan kami.Dengan serius dia bertanya ke mana tujuan kami.Kami just jawab nak beli ikan di pasar.Dengan semangatnya mak cik tersebut btau kami supaya menjauhi MEdan.Dalam hati terlintas,laaaa,medan tahrir  jauh kot.Watpe ke sana.

Kami pun bjalan masuk ke lorong2 ikan.Kedai kebanyakan tutup.Tengah berjalan,tiba2 pak cik2 arab suruh kami beredar dari situ.Kami jenguk ke arah jalan.Rupa2nya medan yang mak cik td maksudkan adalah medan sayeeda,kawasan rmh kami.Berair mata kami terkena gas pemedih,gerun juga bila dengar bunyi2 tembakan.Kami bergegas balik dan sempat membeli stok2 apa yg ada.