RSS
Daisypath Anniversary tickers

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

indah remajaku epi 1

Pagi itu bersemangat diri ini bersiap.Baju baru dari semalam sudah digantung siap di ruangan bilik.Bukan setakat 1 malah sudah 5 helai lengkap sudah diiron.Baldi berisi segala keperluan bilik air diletak rapat di sebelah beg besar berisi pakaian.Satu plastik penuh berisi biskut dan makanan juga tak ketinggalan.

Pagi ini satu kehidupan baru bakal bermula.Kehidupan berpisah jauh dari keluarga.Anak kecil yang baru cuba mengenal dunia luar kini akan melangkahkan kaki ke sekolah asrama.Dia begitu semangat memulakan kehidupan yang padanya tidak pernah dilalui dan dalam hatinya penuh gembira.Jiwa kanak-kanak di awal keremajaan yang mungkin inginkan kebebasan.

Sampai di sekolah,ditemani ayah dan cik,kami mendengar taklimat di dewan sekolah.Tamat sesi taklimat,no.bilik mula diberi kepada setiap anak-anak remaja ini.Tengahhari,sesi suaikenal dimulakan di Bilik Tayang Utama(BTU),mendengar taklimat mengenai peraturan sekolah,apa yang akan dilalui sepanjang minggu orientasi ini,juga berkenaan ujian kedudukan kelas.

Melangkah masuk ke BTU dalam keadaan berseorangan,anak kecil ini mula mencari teman.Yang pertama dikenalinya seorang sahabat bernama Aisyah.Putih tinggi orangnya.Mula berkenalan dan datang rasa lega kerana sudah bertemu kawan.

Tiba-tiba hati terasa sebak.Cik ayah sudah pulang meninggalkan anak kecilnya memulakan hidup baru sebagai pelajar tingkatan satu di SMKA Naim Lilbanat ini keseorangan.Habis sesi taklimat,diberi arahan ke dewan makan untuk makan tengahari.Kaki lemah masuk ke barisan untuk mengambil makanan.Aisyah sudah pulang.Aisyah bukan pelajar asrama.Sunyi,sepi,sedih,semuanya bercampur.Tangan mengambil dulang makanan dan mata melilau mencari tempat duduk.Dewan makan kini penuh bercampur dengan semua pelajar dari ting2-5.Rasa janggal.Di mana harus ku duduk dan makan?

Berseorangan,cuba untuk makan.Tapi diri enggan menelan nasi dan ayam itu.Makan sekadar mampu dan bergegas ke asrama untuk mandi meneruskan aktiviti petang.Katil dah siap dikemas ayah dan cik tadi.Ayah angkatkan tilam,sapu bawah katil,dipasangkan cadar.Cumanya,almari ditinggalkan untuk aku kemas sendiri.Hati sebak melihat barang-barang yang dibawa.Bagaimana cik ayah di rumah.Adik2 semua buat apa.Tanpa sedar,air mata menitik.Tanpa boleh disekat lagi.Katil ku di tingkat atas.

Aku ambil baldi dan terus ke bilik air.Bagaikan satu kejutan melihat kebisingan di bilik air,melihat semua beratur mengambil giliran.Masuk ke dalam bilik air,air mata aku menitis lagi.Bagaimana harus aku meneruskan hidup serba baru ini!

Tamat sesi riadah,aku berlari ke tempat telefon.Aku masukkan syiling 50sen,terus mendial no rumah.Cik angkat terus aku menangis tanpa sepatah kata.Ayah turut sama memujuk aku.Aku hilang rasa malu pada senior yang lalu lalang melihat telatah aku.Aku menangis dan menangis! 20 min berlalu,cik ayah datang ke sekolah.Aku duduk bersama mereka,memandang wajah mereka seakan seperti bertahun kami berpisah.Aku dalam keadaan begitu sehingga azan maghrib.Cik ayah terpaksa pulang.Adik-adik sendiri di rumah.Ayah pesan,kuatkan semangat.Selepas bersalaman ,kereta cik dan ayah menghilang.

Aku meloloskan diri di celah keramaian kembali ke dorm bersiap untuk ke masjid.Aku tiada kawan!Berjalan ke masjid,aku mengambil tempat paling tepi.Sebaik sahaja,aku mengangkat takbir,tidak semena-mena air mata aku luruh lagi! Semua memandang pelik melihat aku.Tazkirah maghrib langsung tak aku dengar.Aku menangis memandang kegelapan malam di luar.

Selesai solat isyak,sesi orientasi diteruskan lagi.Aku monyok sendiri.Balik ke dorm,ke bilik air di hujung bangunan untuk gosok gigi.Masuk ke dorm penuh dengan pelajar baru,aku duduk dan berkenalan dengan mereka.Wan Hanis,nama budak di bawah katilku.Di depan ku,nama nya Siti Amalina.Mereka kelihatan tenang.Tidak seperti aku.Dari jauh aku lihat ade beberapa orang sedang menangis melepaskan perasaan mereka.Ini pemandangan biasa mungkin.Aku tutup mukaku dengan bantal.Cuba melelapkan mata..Berfikir,bagaimanakah akan aku teruskan hari esok.....

0 comments:

Post a Comment