RSS

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

the greatest doc in the world!

Musim sejuk di Mesir sudah mula menampakkan dirinya.Badan2 mula berbungkus litup dengan baju2 sejuk.Ribut pasir dengan angin kuat hari tu mmg betul2  perubahan yang " acute".Dari panas terus ke angin dingin.Tak sangka ribut hari tu rupanya masuk surat khabar dan berita di Malaysia.Kami yang duduk sini tak tahu perkembangan.Tapi sekarang,cuaca dah stabil.Tiada ribut cuma angin sejuk yang bertiup sampai ke
tulang.

Round ke 2 di tahun 5 ni -Paediatric- dah nak hampir tamat da.Tinggal lagi 2 minggu sebelum end round exam.InsyaALLAH kami akan exam 11,12 dan 13.Hu3....takdir allah saya akan ambil exam pada 12hb-tarikh keramat untuk diri saya.After that,kami akan msuk ke round Surgery.Doakan kami semua najah dalam imtihan!

Bercakap pasal Paed ni,bilamana berhadapan dengan budak2 yang sakit ni,apa yang saya kagumi adalah ibu2 mereka.(jarang saya jumpa bapa yang jaga anak2 di hospital-ada tuntutan lain barangkali). Ibu2 ini sangatlah kuat dan tabah.,Paling menyentuh hati,ibu2 ini sabar.Melayan tangisan dan perangai anak2 yang sakit atau anak2 yang kurang sempurna fizikal mahupun akalnya.Kami sendiri kadang2 tak mampu menjadi sepenyabar ibu mereka bilamana mendengar bdk menangis ala tuul ataupun  budak hyper yang berlari2 sekeliling kelas.Oh,sangat lah tabah mereka menghadapi anak2 yang istimewa ini.

Ibu yang punya anak yang cacat lagilah tabah.Walaupun tahu anak itu tak seperti org lain,tpi masih lagi bermain2 seolah2 anak itu faham segalanya.Tak penah lelah mendukung anak itu ke sana ke mari walaupun dah berusia belasan tahun.Tak malu mencium dan mengagah anak itu di hadapan semua orang.Mungkin ada yang memandang hina tapi ibu ini sangat istimewa di sisi ALLAH dan anak ini pastinya anugerah ALLAH untuk ibu2 ini.

Tahniah untuk ibu2 yang terpilih ini dan juga paling penting- tahniah dan terima kasih kepada cik tersayang yang telah berjaya membesarkan anak2 seramai 7 orang.

Yes,bukan senang nak besarkan anak.Dari waktu mengandung nak kena jaga takut3 tak cukup 
nutrition akan affect baby's growth inside,.Baby jadi pendek,kecik tak ckup vitamin.Pastu ibu2 xleh kena infection takut jadi congenital anomalies(cacat) pada anak2 pula .Kena amik supplement etc.Tu baru mengandung.

Bila nak lahirkan pulak,ibu2 kena hadapi pula difficult labour.Lambat keluar baby tak cukup oxygen,otak baby terjejas.Bagi effect for lifelong.Bila dah lahir,terus ibu2 kena breastfed untuk bagi immunity dkt baby yang sangat fragile  pada enviroment ni yang seakan musuh yang menanti untuk menyerang immune system baby.

Bila da lahir,ibu2 perlu jaga segala nutrition baby.Tak bagi breast milk,baby mudah kena penyakit.Bagi formula milk,baby allergy,diarhea,vomitting.Susah2.Baby sangat cerewet. 

Dah umur 6 bulan,kena start bagi makan.Kalau tak bagi makan yang cukup,baby malnutrition Tak bagi makan langsung,marasmus .Bagi makan manis2 je,kwashiokor pula.Itu tak lagi dengan observation yang rapi.Takut dapat apa2 infection.

Kalau nak diteliti buku teks paeds ni,segala macam beratus2 penyakit untuk budak2 ni....nak difikirkan logik akal,sangatlah impossible nk jadi orang tua yang sesihat sebesar kita sekarang.Tapi kerana rahmat ALLAH yang dipancarkan kepada ibu2 kita,kita berjaya lepasi satu period yang sgt tough dengan jayanya.Ibu kita tak ambil medicine macam doktor2 tapi mereka berjaya dengan hanya kerana mereka adalah IBU! Terima kasih ibu2 yang tersayang yang telah melindungi kita dari disease yang pelbagai!

Ibu -our best doctor dari seawal kita only pieces of cells! 

dulu dan kini

Dingin udara dah mula terasa tanda winter menjengah lagi untuk tahun kelima saya di sini.Bila mana sejuk mula memunculkan diri,di kejauhan sudah jelas di mata, daging2 yang tergantung,kawanan kambing lembu di tepi2 jalan,hiruk pikuk malam,kerlipan neon pelbagai warna.Tanda eid yang tiba.

Di Mesir,suasana begini sudah menjadi kebiasaan saat eidul adha menjelma.Cuti seminggu tanda ketibaan hari penuh kemuliaan ini.Suasana yang berbeza sekali dengan tanah air kita yang lebih excited menyambut eidul fitri.

Tiada catatan istimewa.Cuma sekadar memberi gambaran suasana di sini.Seakan masih tidak percaya.Ini eid adha yang kelima saya di sini.Terasa baru semalam, saya bersama kawan2 terkapai2 menyesuaikan diri di bumi penuh debu ini.

Bilamana senior berkata :
"6 tahun yg bakal korang lalui ini akn terasa sgt sekejap",kami mencebik tidak percaya. Bagaimana mungkin kehidupan penuh zahmah ini akan terasa singkat.Lautan manusia dan kenderaan yang tak pernah surut.Karenah arab yang menguji jiwa,kondisi tempat belajar yang begitu..tak mungkin! Tak mungkin semua ini akan terasa cepat!

Itu dulu..hari ini saya hanya tersenyum dan hati berkata,"ya,sangat cepat 5 tahun ini.Rasa baru semalam aku tiba di bumi asing tanpa saudara ini" 

Sungguh cepat masa berlalu.Dari sekecil budak lepasan SPM yang baru hendak belajar duduk jauh dari mak ayah,kini saya dah menjadi seorang isteri...

Sekarang.saya bukan lagi anak manja ayah cik yang mengadu itu ini tapi saya telah menjadi anak ayah yang sedang cuba menjadi dewasa.

Sekarang,saya bukan lagi remaja perempuan yang bebas MENIKMATI hidup,tapi saya telah menjadi seorang remaja perempuan yang sedang menikmati nikmatnya MEMBINA hidup.


Eid mubarak semua
Raya pertama kami berdua :)

garis mula

Bismillahirahmanirrahim......

Alhamdulillah,setelah lama menyepi dari sini,tangan ni cuba2 juga untuk menaip sesuatu.Diam bukan kerana sibuk mahupun tiada masa..tapi kekeringan idea.Apakah yang mahu ditulis atau dikongsi.Bila lama blog ini dibiar tanpa tulisan,ada juga offline mesej merindui tulisan tak seberapa ini.Rupanya blog usang ni menjadi kerinduan pada sesetengah orang.Terima kasih kamu.Saya sayang kamu.Moga kamu juga akan diberi  yang terbaik dan terindah dari ALLAH!

Dah lebih sebulan saya berada semula di Mesir selepas kemeriahan Syawal di Malaysia.Selalu syawal,sibuk bakar biskut,buat kek,masak rendang.Tapi tahun ni,balik sembahyang raya je,terus semua jadi cheff2 terhebat.Kenduri yang terbina hasil dari pengorbanan setiap insan dalam keluarga,dari ayah sampai ke adik!

Ok,mula2 sampai di Mesir hari tu,masing2 balik ke rumah lama.Rumah untuk kehidupan baru kami masih tiada.Karenah arab yang pelbagai betul2 menguji kesabaran dan keupayaan menahan kemarahan.Seminggu kami keluar berulang alik di sekitar Abou Rish mencari rumah yang sesuai.Ada yang murah tapi jauh,yang dekat mahal melambung.Dah ada yang berkenan,tuan rumah buat perangai.Kalau ikutkan hati memang mahu saja dirembes2 keluar kemarahan yang ada.Tapi ini baru sekecil2 ujian untuk membina kehidupan baru ini.Alhamdulillah,berkat doa kami akhirnya settle down di sebuah rumah yang agak selesa dan cantik.Rumah yang baru siap,walaupun agak jauh dari U.

We were just finishing our 1st round this year,Internal Medicine last Saturday by the MCQ exam.All went well though we're still trying to absorb this new life as a husband and a wife! And now,kami dalam round "pediatric" which will be,InsyaALLAH my future sub-specialist.(hoho).

End of my personal update.

MANISNYA CINTA INI

Bila dah kahwin ni,setiap kali jumpa,orang akan tanya.Apa perasaan selepas kahwin? Tenang? Gembira? Rasa aman? Selalu saya akan senyum mencari jawapan yang sesuai.Semua yang indah itu saya rasa.Yes,tenang...gembira....aman...semua istilah yang sepatutnya jiwa kita rasa bila kita jauh dari dosa.Tak perlu gusar lagi untuk memandang dia,tak perlu bimbang untuk beriringan berjalan dengan dia,tak perlu gundah bila tangan menaip SMS mengatakan " I love you" dan tak perlu gusar pandangan orang lain bila erat tangan berpegangan.Indahnya cinta yang halal ini! Itu saya rasa..

MENERIMA DAN DITERIMA
We call this as the "crucial period" of get knowing each other.Kami masih terlalu muda dalam usia rumahtangga ini.Seakan kanak2 yang masih try untuk "support the head up"..huhu....Masa inilah kita nak mengenali siapa dia,apa yang dia suka,apa yang dia tak suka kita buat,apa rule yang patut kita ikut,apa kegemaran dia,apa habit dia(bad or good) and alllll things about him! Yes,MENERIMA! Menerima dia sebagai mana dia yang ada di depan kita.Mungkin sebelum ini,what inside is inside.But then,living together reveals everything.Toleransi paling penting as we are adapting the new people try to be as a big part of our life! Masa ni la kita nak belajar untuk tolerate apa habit dia dan melatih diri kita untuk MENERIMA without complaining a lot!

Diterima...Kita perlu menerima dia dan kita juga perlu untuk diterima.Bagaimana untuk diterima? 1st,get yourself prepared to be a wife.How? Taat dan patuh! Yes,being a wife means that your husband is the boss of everything you do.Bahkan kalau manusia itu dibenarkan sujud kepada manusia yang lain,nescaya akan disuruh isteri itu sujud pada suami..Listen,and listen and obey! Do the things according to his rule and of course Allah's rule and kita boleh memilih which syurga to be entered! Allah,besarnya nikmat menjadi seorang isteri yang taat! Also,absorb yourself in this new life by making yourself as flexible as you can.You are now trying to fit in this new dimension of life that really need you to change your principle and way of acting.Apa yang dia tak suka,it's ok to do for the 1st time as this 1st time mistake akan membuka ruang untuk kita tahu apa yang tak patut kita buat.Dari mistake ini,we turn around and take another route,doing it in the way that make him smile.Buat salah dan tahu itu salah dan baiki salah itu dan jangan ulang salah itu lagi!

SABAR...TENANG.....SENYUM SOKMO

Jangan sekali2 biarkan masam itu ada pada muka(peringatan utk diri sndiri).Be the sweetest,cutest bila berada dengannya.Jangan biarkan emosi mengawal tindakan kita.Kita pun sangat tak suka bila orang moody tunjuk moodynya kat kita.Rasa gembira boleh hilang bila tengok muka yang seakan nak makan semua orang di depan.Tak salah nak rasa moody but please,never let it shows on your face! It'll affect other if you don't realize.

Contoh,kita tengah moody,duduk sorang2 dkt blakang kelas,tengah fikirkan problem yang sangat besar sedang berserabut kepala.Tiba2 ada kawan datang dengan senyuman ceria tanya pada kita "Hai kamu,lama tak jumpa.Sehat?" Lantas dengan moodynya kita jawab "Hai,takkan klu tak sehat boleh duduk dalam kelas ni plak" ...Erk,apa rasa orang yang tadi seronok menegur kita? Sebab moody yang tak tentu hala tu,dah buatkan mood orang lain terjejas.Yang terasa kat hati apatah lagi.Niat untuk beramah mesra tapi lain plak yang dapat.Tak salah kalau kita lontar sekejap moody tu dan jawab dengan senyuman.Sekurang2nya, walaupun kita moody,kita tak la mengguris hati orang yang caring tentang kita.SO,never let the emotion control you and you done bad in front people that care and love you!
Senyum sokmo,hati suka mahupun duka!


LATIH DIRI UNTUK PUAS
Just accept the thing as the way they are.Kalau ada salah yang tak patut, use the right method to make it right. Cover up all the mistake and kelemahan by looking up at the good thing they did to us.Gantikan sikap cuai dia dengan kemurahan hatinya untuk sentiasa senyum pada kita,gantikan sikap pelupa dia dengan kelembutan jiwanya memujuk kita saat kita sedih,gantikan sikap garangnya dengan kesanggupan dia membersihkan rumah setiap hujung minggu.Hah,is that wonderful?? Cover up the bad with good akan pasti menenangkan jiwa dan perasaan kita.Setiap kelemahan yang ada jangan dibangkit tapi, tutupilah ia dengan menghargai kebaikan nya pada kita.






Panjang pula rasanya bual2 ringkas hari ini.Perjalanan yang di peringkat garis mula ini masih panjang untuk dilalui.Terlalu banyak yang masih perlu dipelajari dan dihadam untuk menjadikan rumahtangga ini sebuah beit muslim yang terbina untuk memperkuatkan Islam.Saling bersandaran saat susah dan senang untuk mengharungi badai dunia penuh fitnah dan cabaran ini.Doa pada DIA untuk mewarnakan  rumah tangga ini dengan mawaddah dan rahmah,juga dijauhkan dari sengketa dan salah faham.

Terus kekal dalam kebahagian.Apa itu bahagia? Bahagia itu bila kita rasa tenang.Dan semoga rumahtangga ini sentiasa dilimpahi ketenagan yang membahagiakan!

yang mendatang

Alhamdulillah..yang dirancang semua dah selesai.
Penat lelah berhabisan tenaga cik ayah,along,adik2,sedara mara pun dah hilang.Syukur padaNYA yang memberi kemudahan sepanjang perancangan dan pelaksanaan sebuah program yang insyaALLAH berterusankesannya hingga ke syurga kelak.

Yang dirancang sudah berlalu
Yang mendatang bagaimana pula?
Inilah nilai sebenar sebuah akad.
Mampukah aku kelolai sebuah kehidupan baru yang tak akan pernah sama dengan sebelum ini.Mampukah perkahwinan ini menggapai redha Allah dan seterusnya memberi kehidupan penuh barakah

Astagfirullah..sungguh kami bertaubat atas dosa2 silam kami dengan harapan
pada yang Maha Pengampun  menghapuskan noda2 hitam dan memberi hamparan
baru yang putih bersih untuk kami berdua lakarkan hidup baru di bawah redhaNYA.
Sungguh,kami insan yang teramat lemah.Mengharapkan KasihNYA untuk memacu
kehidupan  baru ini di jalan yang terbaik,iaitu jalan IslamMU.

Moga ALLAH memberi aku kekuatan untuk menjadi isteri yang terbaik untuk dia.
Aku ingin menjadi wanita yang kelak boleh memilih mana2 pintu syurga untuk di masuki.
Ameen..

terima kasih cik ayah yang telah berkorban tenaga,fikiran,wang untuk menjadikan
impian ini nyata

terima kasih along atin muih kak nik icik adik yang telah membahagiakan aku selama ini


raya 2010 yang tak sama dengan selalu


terima kasih juga buat dia yang menjadi penghuni baru hatiku ini



sunyi selubungi malam
mengusik minda yang terlontar jauh
masih hangat terasa
tangan yang membelai
yang mengusik manja
daku damba kasihmu
biar jadi pedoman
buat penyuluh jalan
ku gapai impian

angin kau nyanyikan lagu
untuk permataku tenang selalu
bayu sampaikan berita
daku kini ceria,aman dan bahagia
selimutkan rinduku
bersama malammu

hadirlah dalam mimpiku
agar kau selalu
ada di sisiku
rindu belaian kasihmu
rindu senyumanmu
penawar lukaku

dengarkan lagu ini
hadiah untukmu
jasa dan bakti mu
ku kenang selamanya

dikau lah cahaya
tika malam menjelma
kasihmu membawa ke syurga
dalam redha yang ESA

jemputan ke walimatul urus


Katakanlah (wahai Muhammad),jika benar kamu mencintai ALLAH,maka ikutilah aku,nescaya ALLAH ,mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu,dan ingatlah,ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Ali Imran:31)
Hidupkanlah kami dalam cinta itu
Matikanlah kami dalam cinta itu
Pulangkan kami dengan cinta itu
Ke pangkuanMU….

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

WALIMATUL URUS


Berlandaskan sunnah Nabi mendirikan istana kasih,sudilah kiranya sahabat –sahabat yang mengenali kami  teristimewa adik beradik GEN6,ex Naimian n ex SKKL beserta keluarga hadir ke majlis penyatuan kami berdua

MOHAMAD NAJIB SALLEH & NIK NORAMALINA ROZIK
pada:

Majlis Belah Perempuan
Ahad,12 September 2010 bersamaan 3 Syawal 1431H
Di alamat: LOT 227,JALAN MASJID PULAU MELAKA,16150,KOTA BHARU,KELANTAN



Majlis Belah Lelaki
Khamis,16 September 2010 bersamaan 7 Syawal 1431H
Di alamat:No 13 ,JALAN TEJA 3,R.P.A  ARAU,02600,ARAU,PERLIS


Moga kehadiran sahabat2 semua memeriahkan lagi majlis perkahwinan kami ini nanti .Kami juga dengan rendah hati meminta doa dari sahabat2 sekalian agar urusan ini dipermudahkan oleh ALLAH dan dikekalkan kami dalam iman dan islam selamanya.Minta maaf andai kami pernah melakukan apa2 kesalahan dan kekasaran.Moga ALLAH memberi yang terbaik untuk kita semua.


Turut mengundang:
ROZIK ABAS & TUAN NORIZAN TUAN SOH beserta keluarga
SALLEH JASIN & ROHANI ISMAIL beserta keluarga



No contact
NAJIB: 013 6210781
INOUE:013 6210780


p/s: sesiapa yang nak kad boleh mesejkan alamat ke no hanset INOUE.


rindu kekasih

Alhamdulillah..selesai pun tahu 4...harapnya ini tahun 4 yang terakhir untuk semua kan...InsyaALLAH  kita semua jumpa lagi sebagai 5th year medical student!Overall,oral exam were all about how lucky you are..doctor baik,just bertanya the most superficial then you'll got the full marks...Hebat kan pemegang kepada hati2 manusia yang berbolak balik ini...For me,each exam got their owns "nice" memory....doctor yang tak ada reaksi muka,doc yang senyum memanjang,doc yang lebih suka bercerita dari menyoal...ehm.....mengharap pada kuasa doa sahaja sekarang.Ada rezeki iA,dapatlah yang terbaik.Dan paling penting,saya mampu untuk redha untuk apa yang ALLAH beri itu!Jadi hamba yang tahu bersyukur untuk apa sahaja.


Each one of us sekarang dah kalut mengemas,bawa keluar beg dari tempat persembunyian dan tak kurang yang sibuk membeli keperluan untuk melancong ke Europe sana.Oh,bilakah saya berpeluang untuk ke sana seperti mereka2...Tapi dalam hati belum ada keinginan menghirup udara sejuk di sana.Cuma ada satu tempat yang menjadi impian hati.Harap ALLAH menerima saya selaku tetamunya nanti yang entah bila masanya.Rupanya ramai juga yang terus balik sehabis sahaja exam...merindui yang jauh nun di sana,mak ayah yang lama tak berjumpa,suami yang terpisah,sahabat yang sedang menunggu....rasa rindu yang dah lama terpendam dalam diri masing2 tinggal untuk diluahkan saat pelik cium bila bertemu mata nanti.


InsyaALLAH saya pun akan turut sama dalam musafir 13hb nanti...Tak sabar untuk peluk cium ayah dan cik yang dah 9bulan lebih tak bersua.Adik2 yang dah makin membesar,tak sabar untuk kembali bergelak ketawa dengan mereka.Keluar makan bersama-sama,berkebun membersihkan rumah,menangkap kucing masuk balik ke sarang pada hari pembebasan kucing,mendengar suara cik menyuruh itu ini,melihat muka merah ayah bila marahkan kami anak2nya.....ah...sungguh rindu saat2 itu.Tak sabar juga untuk menyambut kedatangan ramadhan yang penuh berkat!tarawikh bersama,tapi the most fun thing to do is choosing food utk buka puasa.Ambil order dari setiap adik makanan apa yang nak dimakan.


Paling penting,balik ini,insyaALLAH nak jadi anak  dan kakak yang terbaik untuk cik ayah dan adik-adik.Macam2 perancangan dalam minda ini.Mahu masak itu mahu buat ini...moga ALLAH memberi saya peluang untuk menggembirakan hati kekasih-kekasih saya ini.Merekalah kekasih2 yang saya kenal sejak  mula saya membuka mata.Kekasih2 saya inilah yang membahagiakan selama hayat saya 22 tahun di dunia ini.Kekasih2 saya inilah yang memberi saya peluang untuk saya merasai kegembiraan.Kekasih2 saya inilah juga yang mengajar saya untuk menjadi seperti sekarang.Sungguh,kerinduan pada kekasih2 saya ini terlalu kuat!


Balik tahun ini juga bersama misi memperbaiki diri sebagai medical student.Rasa berdebar dan takut pun ada untuk mulakan attachment di Hospital KB nanti.Kena siapkan diri untuk belajar banyak benda baru dan paling penting kesungguhan dan kesanggupan untuk menerima kelemahan diri dan BELAJAR~Cuak pula takut fokus nya terlari pada benda yang satu lagi yang lebih penting,InsyaALLAH,cuba untuk membahagikan masa sebaiknya!


Moga cuti nanti memberi saya peluang untuk memberi yang terbaik untuk semua.Dan moga result exam untuk semua nanti kheir...


Ah..tak sabar menunggu saat 0115am 13hb~Saat perjalanan bertemu kekasih kekasih saya!~


mengharap pada yang maha kuasa
mendamba nyatanya mimpi dari DIA
menjadi hamba yang paling yakin dengan doa


nasihat su

"jangan kalian bagi mak ayah kalian  merasakan kehilangan.Masing-masing rindu pada anak mereka.Peranan kalian untuk memenuhi hasrat dan menghilangkan kerinduan mereka.Jangan apa yang terbina ini memutuskan ikatan azali yang ALLAH kurniakan ini.Kalian harus banyak berdiplomasi dan harus faham yang kalian  perlu untuk berbakti pada mak ayah kalian.Cuba jadi anak yang baik untuk keduanya.Tanpa redha mereka,kalian takkan bahagia kerana tiada redha ALLAH bagi kalian...."

It's a talk with HIM

Alhamdulillah....

After a month of struggling and tension,finally the written exam reached its end today.Though every paper got their own venom capable of killing me,but surely i am happy  to get through all of them.Just wait for the "result" and right now,i just give my fully  tawakkal and believe in HIM and let  ALLAH decide what to give and what's the best for me.

Usually each time walking back home after finishing those 3 or 2 hours of brain-squeezing moment- i always complained to myself why i answered that wrongly,done this silly mistake,slipped out the important point n etc,surely it really succeed in making me stress out and crying.......but,i forget that all those acts,those writing,those answers,those idea,those blank mind were from Allah.HE give me all of them.

Yey,maybe the end result won't be as i expected but at least,i should teach myself that all i get are from ALLAH.Surely i'll say hey,that is not what it should be!But i hardly  realize that ALLAH had a better plan for me. Maybe with those level of result will make me more humble and most importantly knock  this head to tell me that i barely able to do anything,any single thing without HIM! All things even to move this finger,still i need HIM.Still remember the day when i cut my own skin,the skin in between the finger when you stretch all those 5 fingers apart.Though the cut couldn't be seen well but the pain is enough in making me unable to hold still the pen! Ahh..silly of me if i think i am the best at everything without knowing ALLAH is looking at every moves i make!

Each time Allah give a pain  and hard time to each one of us,did we realize, just after that, magically, HE showers us with other happiness.Who's know right? In the grief of one thing,you'll get the other miracle! Really,ALLAH is the BEST in everything.The most perfect!

The exam thought us the most important thing in life.Tawakkal a'lallah! It's a talk between us and HIM.To recall all the memorized facts,to rip away the nervousness,to choose the right facts,to make the time enough,to give the best paper-checking lecturer.....all of that were out of our control.It's HIM,yes only HIM!

So just relax now,give all the believe to HIM but never to stop asking from HIM ...and also accept what the best HE'll give later on.Only after that you'll be happy.

Tawakkal isn't as easy as we say!It needs a very strong heart and the most solid believe in HIM.No matter what is the result,at least at the end we can say : Alhamdulillah ALLAH for what you give me and still choosing me among billions to be your servant and keep loving me !....

Amanahku kini padamu


(kredit untuk salihah yang memberi lagu ini pada saya)
Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya


Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya




Sayu hati bila mendengar lagu ini.Begitu mendalam maksud yang hendak disampaikan.Bagamana seorang ayah yang menjaga puterinya dari kecil hingga meningkat kepada usia puterinya perlu dilepaskan untuk menjadi puteri kepada yang lain.

Di mana seorang ayah mengharapkan si dia yang bakal menerima amanah dari ayah ini mampu memberi yang terbaik sebagaimana ayah dulu menatang penuh perhatian puterinya ini.

Di mana seorang ayah mengharapkan si dia mampu menjadikan puteri ayah ini ahli syurga dan dapat mendidik puterinya ke arah jalan ALLAH sebagaimana ayah dulu tegar mengajar itu dan ini.

Di mana seorang ayah mengharapkan si dia mampu menjadi penyeri dan penghibur saat puterinya berduka sepertimana ayah memujuk sambil mengesat air mata di pipi puterinya saat puterinya diselubungi kesedihan.

 Di mana seorang ayah mengharapkan si dia dapat menjaga puterinya dengan jagaan terbaik tanpa menzaliminya malah melukakan hatinya sepertimana ayah sanggup berkorban perasaan agar puterinya ini tersenyum.

Di mana ayah mengharapkan walau puterinya ini bukan lagi miliknya tetapi si dia mampu untuk menjaga ikatan azali antara ayah dan puterinya ini.

Moga si dia yang bakal mengambil amanah dari ayah nanti mampu memberi yang terbaik untuk semua....





cari "kecantikan" bukan "CANTIK"



Saat-saat getir nak exam ni,mula lah rasa nak lari dari fokus utama sekarang.Bukan kerana penat,dah mengadap buku sepanjang masa,tapi pandai saja diri ni mencari helah untuk rehat.


Tak sampai sebulan lagi,IAllah,Malaysia bakal ku jejak.Terasa pantas masa berlalu,seperti baru semalam saya mengangkat muatan beg masuk ke kaunter check in di airpot pengkalan chepa.Tak terasa masa pantas berlalu,dah sampai masa untuk saya bertemu meleraikan rindu pada cik ayah along dan adik-adik.


Eh,lari dari tajuk nampaknya.Teringat satu artikel dekat sini yang menyebut pasal usia dan masa yang berlalu ni.Maklumlah,IAllah tahun ini,kami bakal mendapat 3 baby dari sahabiah sekuliah dan tak kurang juga bakal pengantin baru.NAIM sahaja sudah ada 3 yang bakal dan sudah diijabkabul bulan 7 ini.So,apa artikel ini kupas? Cari "KECANTIKAN bukan "CANTIK".Khusus untuk mereka yang selamat dan bakal diijabkabul.


Dalam usia perkahwinan,cantiknya di awal,manisnya juga di awal.Menginjak kepada fasa anak-anak,fokus dan tanggungjawab mula mendamba komitmen yang lebih.Meningkatnya usia perkahwinan,maka meningkat jua usia pasangan kita.(hek2,macam berpengalaman.Bukan,ini hasil bacaan saya ye).Bila mana usia perkahwinan mencecah 20,30 tahun,cantik isteri mula pudar,seri isteri mula kusam,manis senyuman mula kelat.Semua ini akan terzahir pada suami yang melihat luaran,fizikal isteri saat usia perkahwinan menginjak matang.


Bukan ini yang dicari dari seorang lelaki bernama suami.Saat cantik isterimu mula hilang ditelan waktu,bukan waktu ini untuk kau cari mana cantik isterimu,mana seri mukanya,dan mana lincah pergerakannya! Dan tidak patut juga untuk kau mula mengintai pengganti!


Sepatutnya,saat inilah kau kumpul kecantikan isterimu.Kecantikan yang mana?


Kecantikan pada pengorbananya yang telah menjaga mu selama hayat kau mengenalinya.

Kecantikan penat lelahnya menyediakan kelengkapan hidup,makan minummu.

Kecantikannya saat dia perit mengandungkan zuriatmu.

Kecantikan dirinya yang bersabar saat emosimu menggunung.

Kecantikannya yang menjaga nama baikmu saat kau pergi meninggalkannya.

Kecantikannya yang menerima segala kelemahanmu


Kecantikannya yang tidak pernah mengeluh saat kau gagal memenuhi hasratnya


Kecantikannya yang memberi ketaatan sepenuhnya padamu.

Dan kecantikannya sebagai seorang hamba ALLAH.

Nah!!! Apa lagi yang kau mahu?


Ini kecantikan hakiki yang takkan sama dengan cantiknya fizikal itu!

Al Kauthar





Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.

Sungguh,Kami telah memberimu(Muhammad) nikmat yang banyak (1)
Maka laksanakanlah solat kerana TuhanMu dan berkorbanlah(sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah) (2)
Sungguh,orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat ALLAH) (3)


                                                                 (Al-Kauthar)


Salam untuk semua.

Saja nak berkongsi tentang Telaga Al Kauthar.Pasti ramai yang selalu mendengar istilah Al Kauthar bahkan selalu kita baca dalam surah di atas. 

Saat Allah menurunkan surah di atas,Rasullah bertanya kepada para sahabat,"Adakah kamu tahu apa itu Kauthar". Lalu para sahabat menjawab " Allah dan Rasullah yang lebih mengetahui".Rasullah lalu menerangkan kepada sahabat bahawa Al Kauthar adalah nikmat ,kebajikan dari Allah khusus untuk baginda.Khusus dianugerahkan kepada baginda untuk diberi kepada umat baginda di akhirat kelak saat tiada yang mampu memberi syafaat selain baginda.


Para sahabat bertanya kepada Rasulullah,bagaimanakah mungkin baginda mengenali umatnya di Mahsyar kelak di saat berjuta-juta manusia bercampur antara satu sama lain .

Lalu Rasulullah membalas " Apakah mungkin kamu mengenali seekor kuda putih yang bercampur dengan ratusan berwarna hitam?" Begitulah juga di Mahsyar kelak,Rasullullah akan mengenali umatnya dari bekas wuduk yang bakal mengeluarkan cahaya nanti.Hah,maka sempurnakanlah wuduk kita,nanti senang Rasulullah nak pandang kita!

Melihat betapa ramainya umat baginda kesan dari cahaya wuduk tersebut ,maka,Rasulullah memangil-manggil umatnya untuk minum di telaga nabi iaitu Al Kauthar.Saat nabi menyeru memanggil-manggil umatnya,tiba-tiba datang malaikat menghalang manusia2 tadi ke telaga Kauthar.Lalu baginda bertanya kepada, kenapa para malaikat menghalang umatnya untuk minum?


Lalu malaikat menjawab : Ya,mereka umatmu tetapi selepas engkau wafat,mereka tidak melakukan apa yang engkau suruh tetapi mempertahankan apa yang engkau halang."


Mendengar kata-kata malaikat itu,Rasulullah terus berkata: :"Pergi,pergi engkau dari kolamku" .



Nau'zubillah..takutnya andai kita tergolong dalam golongan yang dihalau oleh rasulullah dari minum  di Al Kauthar!

Tak nak jadi umat Rasulullah yang hanya Islam pada nama tetapi zero isinya....


Jom upgrade iman!

them~

Antara benda paling common that i'll do each time tengah depress or rasa sedih or nak menangis ialah dial up the no. and talk to my adik2 and cik ayah.Really,they have a cure for what my heart suffered of.Not because they give me advice or motivation but JUST by  the voice,they make me smiled back from those stress sorrow time.Sebab itu ada serangkap lagu yang berbunyi:

..redahlah seribu lautan....


..kembaralah ke seluruh alam


takkan kau temui


semurni cinta keluarga....



It's so true! i felt relieved,happy,tenang and the problem just flew away like that.Adik,Along knew the right way of making me smiled! Cik ayah had the greatest powerful skill on changing my bad mood! Indahnya kasih sayang yang suci dari ALLAH ini.Tak tergambar betapa hebat sang pencipta that create this kind of love~

Some people say,berikan mereka kasih sayang in the time mereka still dapat menerima.Jangan nati suatu hari,saat kita rindu mereka,mereka dah tiada untuk kita luahkan rindu itu,Dan jangan sampai masa kita terasa sangat nak menuturkan sayang pada mereka,mereka sudah tiada untuk mendengar kita cakap-"kakak sayang ayah..kakak rindu mak..terima kasih jadi mak ayah yang terbaik untuk kakak"-.Ahhh..ruginya kita at that time!




footnote:

Feel so depressed about this coming exam and just finished talking to all of them! Every single person are there.It's school holiday and end year holiday for the univ students.Along came back from sabah,atin just finished her 2nd year,muiz also done with his 1st year of -teacher to be-student,and 3 most loyal kid at home-kak nik,adik and icik-..what a moment! I miss them so much!

Adik and along are having the same habit! As usual,each time to brake off the phone line,no one from us yang akan menawarkan diri untuk letak phone dulu.Yep,masing2 nak menjadi yang mendengar line itu putus.Along di sabah at that time and adik di Kelantan.They did the same thing which make me smile  thinking of what a similarities we shared of! They both count on 3 and letak phone on the 3rd count! I know it sound nothing to all of you but for me,this is the cutest thing ever!hu3..one..two..three....and tuuuut tuuuut tuuut.I love doing this! hek2..


Ayah dah beli aset utama for the big day! Hope everything will be fine.
Moga ALLAH merealisasikan perancangan dari manusia yang lemah ini.


Allahumma ahsin 3akibatana fi umuri kulla7a..wa ajirna min khizyiddunya wal 3azabil akhirah

1206-written community medicine
1906-written forensic and  toxicology
2306-written ophthalmology
2706-written ear nose and throat



3006-oral ear nose and throat / clinical
0307-oral ophthalmology
0507-oral forensic and toxicology
0707-oral community medicine
1307- 1.15am ---- on flight back home!

may allah be with me throughout all these~

kerinduan teramat

terima kasih ibu
 terima kasih duhai ayah
lahirku ke dunia
ku disambut penuh syukur
bisikan azan ke telinga
iqamah kalimah nan luhur

lahirku ke dunia
ku  diasuh mengenal allah
ku diajar sebut namaNYA
juga nabi rasul mulia

salam sayang ayah dan ibu
mendidik ku tak pernah jemu
halalkanlah makan minumku
maafkan salah silapku
tanpa maaf dan juga restu
hidupku jadi tak menentu

tiada yang lebih bernilai
dari pengorbanan yang suci itu
tak berdaya aku membalasnya
moga ku jadi anak yang bertaqwa

jasa mu oh ayah dan ibu
akan ku kenang selamanya
hidup saling berkasih sayang
membina keluarga bahagia

padaMu  ALLAH aku berdoa
padaMu jua aku meminta
rahmati ibu ayah tercinta
ampunilah dosa-dosa mereka
panjang umur murahkan rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga berbahagia di dunia
di akhirat beroleh syurga

daku mengharap redha ibu
juga redha darimu ayah
hanya itulah yang ku pinta
agar hidupku lebih bermakna





kerinduan yang teramat pada 2 insan yang takkan terpisah dari hidupku sampai akhirat

..........moga aku jadi anak yang mampu mereka harapkan...............



yang manis itu bagus

Tadi  kelas klinikal doktor bawa  kami pusing2 katil di ward.Walaupun dengan jumlah yang agak ramai,but it quite ok.Doctor showed us the details of each patient's disease.In order not to waste any time while waiting for mu turn, i got a chance  talk with an old woman patient living near Qala'h Salahuddin.She came to the hospital due to sudden loss of vision without any pain or trauma.

Through all the way,she kept praising on how good mannered our doctor was!Greet the patient with happy face and showed empathy with their illness.Also kept apologizing for troubling them throughout our lesson. Muaaddabun giddan.Beforehand,there was one big doctor(one of the top on board) just came down into ward and looking into patient's sheet , examined them with no smile and no greet at all! Eih wehsyah da?

She told us, that no matter how rich and great you are,akhlak is lot more important.It wasn't difficult at all -just move few muscles around your face and SMILE! and the world surely will smile with you-

Cuaknya memikirkan,mampukan aku menjadi doktor yang bukan hanya merawat fizikal tetapi jua memberi ketenangan pada pesakit.Mampukah untuk aku senyum saat bebanan kerja menimbun dan mampukah aku menyapa mesra pesakit saat aku keletihan on call?

Oh Allah,give us strength to be the best and give the best toward others!

...adab itu mendahului dari ibadat.......

indah remajaku epi 4

Hari-hari berlalu riang.Hampir sebulan sekolah bermula,aktiviti sukan pula diperkenalkan.Aku bersama rumah sukan Rufaidah ataupun Merah.Minat aku pada bola jaring mendorong aku untuk menawarkan diri menjadi wakil rumah.Rasa janggal pada awalnya bila terpaksa berdepan dengan senior yang nampak kuat.Tetapi minat yang mendalam menyebabkan aku tekad untuk menjadi yang terpilih.

Kejuaraan pertama diperingkat sekolah menjadi milestones kepada aku untuk mencuba nasib menjadi wakil sekolah.Aku minta izin dari ayah.Ayah muncung tanda tidak bersetuju.Ayah mahu aku menumpukan perhatian pada pelajaran.Tetapi,Shuli juga turut serta.Aku tak mahu ketinggalan.

Saat pemilihan di adakan,aku secara senyap2 membawa baju sukan ke sekolah.Izin dari ayah,aku abaikan.Bila sampai di sekolah,barulah aku menelefon ayah,mengatakan aku akan balik lewat petang.Ayah kecewa.Tapi aku seperti tidak kisah.

Pemilihan dijalankan di bawah pengawasan cikgu.Aku terpilih!! Bagaimana harus aku memberitahu ayah berita ini.Berita ini pasti mengubah jadual harian kami.Bermakna,ayah terpaksa datang balik  ke sekolah di sebelah petang untuk mengambil aku sehabisnya latihan yang akan berlangsung hampir setiap hari.Ayah membangkang.Aku menangis.Keinginan aku terlalu kuat! Aku minta berkali2.Ayah diam tanpa sepatah kata.Menzahirkan yang ayah sebenarnya tidak suka dengan tindakan aku.

Aku tanpa rasa penat stay up di sekolah hampir setiap hari selepas habis sesi sekolah.Tidur sekejap di kelas seorang diri,ke tandas sekolah menukar pakaian.Nekadnya aku mengejar minatku.Hampir 5 tahun keadaan aku begitu.Ayah setiap kali akan membantah tetapi merelakan dalam keterpaksaan kedegilan anak kecilnya ini.Ayah makin lama semakin menyokong minatku.Pelajaran aku langsung tak terjejas.Aku masih di tempat pertama untuk setiap kali exam.Ayah puas barangkali.

PMR,minatku masih begitu.Ayah ragu untuk membenarkan aku.Aku pada waktu itu sudah mula matang.Aku memujuk ayah hingga diberi izin.SPM juga begitu bahkan kemuncak minatku bila mana aku diminta untuk menjadi wakil negeri bermain bersama pelajar dari sekolah cina.Ayah diam seribu mendengar cerita aku..Aku tahu ayah pasti takkan membenarkan aku meneruskan minat ini..Dengan kerisauan pada SPM yang bakal mencorakkan masa depan aku,aku akur dan menolak tawaran tersebut..kerana ayah,aku di sini sekarang!

indah remajaku epi 3

 Tak tahan dengan keadaan aku yang makin parah dan tidak mahu belajar,akhirnya,ayah membuat keputusan besar.Keluarkan aku dari asrama.Perasaan aku saat itu terlalu gembira seakan baru bebas dari kepungan yang membelenggu aku selama ini.Tetapi aku tak sedar,keputusan itu mengubah jadual hidup ayah.

Masa itu,aku masih belum mengerti apa-apa.Sekadar anak kecil yang degil!Along tak sama macam aku.Along kuat untuk duduk di asrama.Barangkali,along pada waktu itu sudah matang dan tak mahu menyusahkan ayah.

Bermula saat itu,bermula saat baru hidup aku dan kepenatan rutin ayah.Seawal 6.20 pagi,ayah dan aku akan keluar dari rumah.Sedangkan kanak-kanak lain masih lena dibuai mimpi.Ayah berjaga awal.Sekolahnya yang jauh berlainan arah dengan jalan sekolahku menyebabkan jadual kami bermula sewal itu.Sekolah ayah di jalan berbeza yang mengambil masa hampir 45min dari SMKA NAIM.Kesibukkan jalan raya waktu pagi juga jadi faktor penyumbang.

Kehidupan ku sebagai pelajar berulang mengubah aku yang dahulu.Aku mula mencari kawan dan mula menunjukkan diriku yang sebenar.Cikgu2 hairan melihat perubahan aku.Apatah lagi kawan2 di sekeliling.Di kelas 1 Ummu Sulaim,aku mula mengenali Shuli-gadis tinggi lampai yang bersahabat baik dengan Najihah-McJee-si kecil molek.Di sini juga aku mula berkawan baik dengan Athirah Nadia.Sahabat yang menjadi temanku hingga tamat alam persekolahan.Aku mula aktif dalam pembelajaran.

Habis persekolahan,aku tak lagi perlu berlari2 ke dorm untuk berebut bilik air dan bersiap untuk ke prep.Aku berjalan keluar sekolah bersama dengan geng baru aku.Menunggu ayah di luar.Biasanya,sejam selepas sesi sekolah tamat baru ayah akan tiba.Jiwa aku kadang2 memberontak dan marah.Ayah tiba dengan peluh membasahi dahinya.Bukan sengaja ayah lewat tetapi perjalanan yang memakan masa yang jadi penyebab.Tetapi aku masih tak faham perit pengorbanan ayah yang sanggup berpenat untuk melihat si kecil ini senyum selalu.

Naik atas kereta,aku terus terlelap.Biasanya waktu itu pukul 3 petang.Kesibukan jalan raya dan hangat mentari  menambah keletihan badan yang sudah mahu terkulai itu.Aku lelap tanpa sepatah kata dengan ayah.Ayah barangkali lebih penat dari aku......

indah remajaku epi 2

Hari kedua bermula.Dalam kegelapan pagi,seusai sarapan,aku meredah kesunyian jalan raya di waktu itu.Tak tahu ke mana arah tujuan,aku ke kerusi batu di depan Bilik Warden.Lama aku di situ,menangis.Tak dapat menahan rindu,aku ke tempat telefon lagi.Sekali lagi,air mata aku jatuh.Nak sahaja aku sebut "Tak mahu duduk asrama" itu kuat2.Tetapi aku harus kuat.Aku yang memilih jalan ini.

Aku kembali ke kerusi batu itu,menunggu sinar mentari muncul.Aisyah sudah kelihatan.Aku berlari anak mendekatinya.Terubat sedikit kesunyian aku.Kami berbual lagi.Aisyah seronok bercerita tentang drama cina yang sedang ditayangkan di TV3 pada waktu aku..Sehingga sekarang,Aisyah adalah satu2nya yang memanggil aku dengan nama yang tidak pernah disebut orang.Dan aku gembira.Kerana dia yang pertama aku kenal!

Hampir seminggu keadaan sama berulang.Aku mula tunjuk perangai tidak matang aku yang memaksa setiap petang cik ayah datang ke sekolah.Dan seperti selalu,aku hanya akan duduk dengan mereka dan akan hanya melepaskan mereka bila mana maghrib tiba.Waktu itu,aku tidak mengambil kira susah perit ayah dan cik,perasaan mereka.Tetapi,mereka tak pernah mengeluh bila mana hampir setiap petang,mereka terpaksa meninggalkan adik2 di rumah dan bersama aku di sekolah! Aku pula setiap kalinya berharap aku dapat pulang bersama mereka.

Setelah selesai ujian kedudukan kelas,aku ditempatkan di kelas 1 Ummu Sulaim.Aisyah di kelas 1 Ummu Aiman.Kami berpisah.Sebak sedih jiwa aku bertambah bila mana setiap kali,aku lihat mereka yang tidak tinggal di asrama begitu gembira datang ke kelas,membawa bekal,bercerita itu dan ini.Sebaik sahaja sesi pembelajaran bermula,aku pula memulakan kerja aku.

Ditunduknya kepala di meja,tangan kemas meng"cover" muka dan selepas itu terdengar esakan kecil dari aku.Bermula dari pagi hingga tamat sesi sekolah,aku begitu.Sehingga tiada seorang pun yang berani menegur dan berkawan dengan aku.Cikgu kerap kali datang ke meja ku di tepi pintu,bertanya kan apa masalah aku.Barangkali cikgu sudah biasa dengan keadaan ini di minggu pertama persekolahan.Dengan sikap aku begitu,cikgu membiarkan sahaja.

Tiba-tiba datang seorang cikgu perempuan yang cantik.Memperkenalkan diri sebagai Teacher Zurinal bertanyakan khabar aku.Katanya,cik menelefon dia dan meminta dia mengawasi aku.Kawan cik gamaknya.Aku sugul di depannya.Habis sesi sekolah,aku berlari ke tempat biasa ku.Aku menelefon cik dan ayah! Maka,petang itu mereka datang lagi.

Keengganan dan kedegilan aku untuk menerima suasana baru ini menyebabkan aku mencari helah untuk lepas dari segala aktiviti.Aku banyak habiskan masaku di bilik sakit,Ke kelas aku rasa malas,ke padang aku tak larat,makan pula aku tak lalu.......

indah remajaku epi 1

Pagi itu bersemangat diri ini bersiap.Baju baru dari semalam sudah digantung siap di ruangan bilik.Bukan setakat 1 malah sudah 5 helai lengkap sudah diiron.Baldi berisi segala keperluan bilik air diletak rapat di sebelah beg besar berisi pakaian.Satu plastik penuh berisi biskut dan makanan juga tak ketinggalan.

Pagi ini satu kehidupan baru bakal bermula.Kehidupan berpisah jauh dari keluarga.Anak kecil yang baru cuba mengenal dunia luar kini akan melangkahkan kaki ke sekolah asrama.Dia begitu semangat memulakan kehidupan yang padanya tidak pernah dilalui dan dalam hatinya penuh gembira.Jiwa kanak-kanak di awal keremajaan yang mungkin inginkan kebebasan.

Sampai di sekolah,ditemani ayah dan cik,kami mendengar taklimat di dewan sekolah.Tamat sesi taklimat,no.bilik mula diberi kepada setiap anak-anak remaja ini.Tengahhari,sesi suaikenal dimulakan di Bilik Tayang Utama(BTU),mendengar taklimat mengenai peraturan sekolah,apa yang akan dilalui sepanjang minggu orientasi ini,juga berkenaan ujian kedudukan kelas.

Melangkah masuk ke BTU dalam keadaan berseorangan,anak kecil ini mula mencari teman.Yang pertama dikenalinya seorang sahabat bernama Aisyah.Putih tinggi orangnya.Mula berkenalan dan datang rasa lega kerana sudah bertemu kawan.

Tiba-tiba hati terasa sebak.Cik ayah sudah pulang meninggalkan anak kecilnya memulakan hidup baru sebagai pelajar tingkatan satu di SMKA Naim Lilbanat ini keseorangan.Habis sesi taklimat,diberi arahan ke dewan makan untuk makan tengahari.Kaki lemah masuk ke barisan untuk mengambil makanan.Aisyah sudah pulang.Aisyah bukan pelajar asrama.Sunyi,sepi,sedih,semuanya bercampur.Tangan mengambil dulang makanan dan mata melilau mencari tempat duduk.Dewan makan kini penuh bercampur dengan semua pelajar dari ting2-5.Rasa janggal.Di mana harus ku duduk dan makan?

Berseorangan,cuba untuk makan.Tapi diri enggan menelan nasi dan ayam itu.Makan sekadar mampu dan bergegas ke asrama untuk mandi meneruskan aktiviti petang.Katil dah siap dikemas ayah dan cik tadi.Ayah angkatkan tilam,sapu bawah katil,dipasangkan cadar.Cumanya,almari ditinggalkan untuk aku kemas sendiri.Hati sebak melihat barang-barang yang dibawa.Bagaimana cik ayah di rumah.Adik2 semua buat apa.Tanpa sedar,air mata menitik.Tanpa boleh disekat lagi.Katil ku di tingkat atas.

Aku ambil baldi dan terus ke bilik air.Bagaikan satu kejutan melihat kebisingan di bilik air,melihat semua beratur mengambil giliran.Masuk ke dalam bilik air,air mata aku menitis lagi.Bagaimana harus aku meneruskan hidup serba baru ini!

Tamat sesi riadah,aku berlari ke tempat telefon.Aku masukkan syiling 50sen,terus mendial no rumah.Cik angkat terus aku menangis tanpa sepatah kata.Ayah turut sama memujuk aku.Aku hilang rasa malu pada senior yang lalu lalang melihat telatah aku.Aku menangis dan menangis! 20 min berlalu,cik ayah datang ke sekolah.Aku duduk bersama mereka,memandang wajah mereka seakan seperti bertahun kami berpisah.Aku dalam keadaan begitu sehingga azan maghrib.Cik ayah terpaksa pulang.Adik-adik sendiri di rumah.Ayah pesan,kuatkan semangat.Selepas bersalaman ,kereta cik dan ayah menghilang.

Aku meloloskan diri di celah keramaian kembali ke dorm bersiap untuk ke masjid.Aku tiada kawan!Berjalan ke masjid,aku mengambil tempat paling tepi.Sebaik sahaja,aku mengangkat takbir,tidak semena-mena air mata aku luruh lagi! Semua memandang pelik melihat aku.Tazkirah maghrib langsung tak aku dengar.Aku menangis memandang kegelapan malam di luar.

Selesai solat isyak,sesi orientasi diteruskan lagi.Aku monyok sendiri.Balik ke dorm,ke bilik air di hujung bangunan untuk gosok gigi.Masuk ke dorm penuh dengan pelajar baru,aku duduk dan berkenalan dengan mereka.Wan Hanis,nama budak di bawah katilku.Di depan ku,nama nya Siti Amalina.Mereka kelihatan tenang.Tidak seperti aku.Dari jauh aku lihat ade beberapa orang sedang menangis melepaskan perasaan mereka.Ini pemandangan biasa mungkin.Aku tutup mukaku dengan bantal.Cuba melelapkan mata..Berfikir,bagaimanakah akan aku teruskan hari esok.....

NINA-2

sweet u r!

My routine of Thusrday evening,pick up the headfon and dial the special no of my sweet home! Usually,adik will be the one that pick up the call and layan kakak that talk too much.Adik is the best listener out of all the others and he really has loads of stories to be shared with!

.When we both out of topic to talk,only at that moment,adik will call ayah and cik to take their turn!


But this evening,when the call answered,as usual,i straightly called :ADIK!! in a happy mood.But then,other voice answerd, "ni Icik".

Huhu..the little bro that as much as possible try avoiding my call! Then,with no time,Icik called ayah and cik to take the call and he just ran away."Budak bertuah"!..

After a long conversation with both ,ayah called adik to continue the story telling.Yep,i always finish the call with adik!But then.i heard adik complained that he had loads of homework to be finished and kept babling about not talking to me and want to finish the works!

But ,he took the phone anyway with unfamiliar tone of voice and kept repeating

"adik ni banyak keje nak buat,kalau tak siap baru tahu".After several times of repeating that sentence,then finally he said "hello ,kakak"

Me,with a sad and "majuk" voice quickly said

:Adik,xpe la.gi la buat keje skolah..kakak letak phone ni.Cuma tanyakan dkt cik ayah,ada nak ckp ape2 lagi tak"

The next voice i heard was Cik's..We continue our talk about raya and all about the big day,But suddenly cik said that adik was at her side refused to continue the homework.Cik said he felt guilty for doing such thing to kakak.Cik told adik to go and continue doing the unfinished homework,but still, he was there staring at cik and listened to our conversation.

Cik smiled and gave the phone to adik and here came the happy usual voice of adik again! He talked more than kakak.

Oh,How sweet he is.Feeling guilty for treating kakak badly!


Love you adik!

nina - 1




Nina's talking to her parent telling them why she's moody each time she get to go to the "hadanah". What an intelligent girl she is.Really knows how to talk like an adult!She is 2 years old at this time! i really adore her!

My Love!

16 years ago

Walking back from kindergarten,under red umbrella,happily together with the little sis and cousin of mine.3 little girls walked back home alone after finishing the laugh and fun at the class.Thinking back of this memory,reminded me on how safe the world was,where little girls can walk freely with no worry of stalker,kidnapper,and etc.

That day was thursday,when ayah whose only home once in 2 weeks was back from the rural area he worked at!Everything seems fine up till the evening when i started vomiting non stop together with my cousin.We had the same vomiting and diarhea symptom that didn't show any sign of stopping.Worry of these 2 little girls went paler and weaker,ayah took us to the emergency room and there,the doctor said 2 of us were having food poisoning.But why?.my little sis escaped  while us having this food poisoning?

"Cikgu ...nak tambah!"

Huhu..that was the reason why the 2 of us got sick!3 days in hospital with IV fluid for the  dehydration.

I had my greatest ayah there with me.Each single hour i had to go to the  toilet(the diarhea didn't stop yet).Together with the IV fluid stuck underneath my skin,ayah had no other choice except entered the toilet with me to hold the IV packet!

"Eiiii..busuk la inoue ni"

Me: hik3...sabar ye yah!

There it went for the next 3 days.What a great ayah you are.

But now, i am a big girl that no longer having chances to be with you all the time.Seeing you is impossible.Only hearing the ageing voice through the phone!

Am i ready to be apart from you ayh? Means,really,really not together,not like now?? When i am no longer be yours? Am i ready to be far from you?

Ayah..thanks for raising me up to what i am now!Without you,i am no one!

Selamat hari lahir ayah!
Moga ALLAH merahmati dan menyanyangi ayah.
Terus memberi kesihatan dan kekuatan pada ayah.
Ayah...moga ayah bahagia selalu!

I hope i'll get the love from him just like the love ayh showered me up throughout my life!
And i hope,he'll be the one ayh can count on! InsyaALLAH.

recent update

Salam sayang for those out there

Just a quick update as this blog has not breath quite a long period.

ENT-Finally end.Means,really ends with the lecture and exam.But not with the final big exam yet.Then,i need to re-re-re open the book and re-read everything and re-memorize all!It this means that i am studying because of the exam? What an attitude!

About the end round exam of ENT...oh,first,the preparation! Erm,everything JUST fine! Though i have lot of times but still that won't be enough with those sleeping,playing times i spend on!But,the period of revising all things of one big subject was really fun and enjoyable, when at the end of the study leave period,you will know every single details about it!You'll be able to re-write all the sentences proudly!And that is priceless! But then,just a minutes after the exam finished,your mind won't remember none of those!Magic it is!

 Oh,how was my answer?? :(  huhu....the first question took most of my times by thinking which one was the perfect correct answer.I gave 2 answers for that question! Confusing it was as i kept changing the answer in 1 hour period of exam! Gave this first answer big pencil cross then erased it.Then,after a while,the second answer got rejected.I kept doing this up till  the last 2mins of exam,i finally make my decision,and choose the answer that i hope will give me the marks! yES,not so happy for being this confused! And i hope there will be not repetition of this!

Then comes our last round -Opthalmology which will start TOMORROW, not today! Thinking of no time for holidays-just Thursday and Friday- i successfully make myself tired and powerless! Thursday,i make my big cooking project starting from the morning up till Asar and then continued with video-making for the GDO(Girl's Day Out) on the next day.Then,rushingly,went to Metro to be at Rub'ah for my Tajwid class up till 9pm.But,i reached home nearly at 10pm! For the eagerness of taking the bus rather than usual taxi!

Reached home with no energy left and cook something to eat before going to sleep! Woke up that morning,re-memorize  An Nisa as a preparation for my next class at 11am!After finishing the Qiraat class,having some lunch with Nadira and Siti at Sabi'( this part,i like the most!).Then ,again,took the taxi to ARMA for the GDO that had reached the last part! 15mins there and rushed back home!

After Asar,i was back on street for accompanying my 2 same friends which i have lunch with to do some shopping.Before maghrib,i was home when something bad happened.Sal's keys had lost and after a day it was found on the water pump.Afraid of being duplicated, after Magrib,i back on street looking for the shop to change the door lock of my house.But,being a girl with little experience of this hardware thing,my mission of finding the shop give zero success! Thanks for those helping us get through this little problem!

2 days past with no rest and this morning.lazily woke up for the class,but then,after 20mins walk to the ward 16 and 15mins of waiting,then, i was informed that the actual class is tomorrow!! huhu....

Ok,that is! See ya!

Allah,moga Engkau mudahkan segala yang bakal aku tempuhi dan Kau jadikan segala yang berlaku itu adalah yang terbaik buat aku!

Rabbi yassir wa la tu a'sir!


note: Natrah akan pindah keluar dari rumah ini esok! Then there will be only 4 of us~Sayonara~