RSS

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

kerana kalian

Alhamdulillah......alhmdulillah..alhamdulillah....rasanya kalau sepanjang hari duduk bersujud mengucap syukur pada Allah masih tak kan setara dengan nikmatNYA yang terbentang luas itu.

Hati penuh lega.Terasa sangat kasih sayangNYA yang masih sudi memandang aku yang penuh dosa ini.Moga kejayaan ini bukanlah sesuatu yang akan menjauhkan aku dari jalanNYA bahkan menjadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur padaNYA.

Setelah sebulan menanti akhirnya yang ditunggu keluar juga.Senak perut,kepala berpusing sepanjang penantian sebulan ini.Manakan tidak,kami adalah batch terawal yang habis exam dan hanya 2 kertas (tapi berkapasiti markah 1000),namun hampir setiap hari sepanjang sebulan kami menanti,result yang keluar hanyalah result adik2.Hati gundah sungguh bila ada orang kata tahun 5 ramai tak lulus dan terpaksa re check semua sekali..makanya 15hb selepas berbuka saya seperti biasa duk main refresh website univ setiap minit secara purata,hampir gugur jantung bila nampak terpampang 5TH YEAR RESULT tapi kat tepi siap tulis pula (COMING SOON)..Allah..betul2 suprise yang mendebarkan.Tunggu punya tunggu,refresh lagi..hah! Dah hilang coming soon tu,link pun boleh tekan.Scroll bawah ada pulak tulisan ini : THE RESULT WILL BE DELAYED DUE TO TECHNICAL PROBLEM..hayoyo...

Malas nak refresh dan kecewa saya tinggalkan laptop di bilik..Biarkan dia..Dah lama lepas tu,sebab malas nak mengharap,sy ambil fon dan main FB.Mabrouk! Eh apasal dah banyak sangat perkataan ini dekat wall?? Fahamlah saya result dah pun keluar.Dengan tangan yang terketar2 saya tekan link ditemani cik ayah.

Hati berdebar2 sb exm thn ni sgtlah mncabar.Dengan sistem baru diperkenalkan,Arabic jd main language utk lecture.Semua bergaul menjadi kerisauan di hati.Dulu fikirkan utk seorang tapi sekarang semua menjadi 2..

Scroll nama abg dlu ..lega then nama sendiri..juga lega..alhamdullillah.Sblm ni Abg dah nak siap2  cari no tpon Gulf air sebab nak tukar tarikh.Risau punya pasal tkut kena balik awal..Namun Subhanallah..... nikmatNYA terlalu besar hingga tak mampu utk kami hitung..

Melihat result sendiri rasa nak menangis,Ini exam pertama saya sebagai seorang isteri.Dari mula lagi saya dah siapkan azam dalam hati untuk bekerja keras demi membuktikan yang perkahwinan ini bukanlah penghalang bahkan menjadi inspirasi dan penguat kepada diri.Cik ayah tersenyum.Hati saya melonjak gembira kerana allah bantu saya menunjukkan pada cik ayah yang perkahwinan ini bukanlah penghalang utk sy berjaya seperti yang lain.Terima kasih allah kerana membantuku sepanjang perkahwinan ini.

Kehidupan rumah tangga sedikit berbeza dengan zaman bujang dulu.Kalau dulu balik kelas,boleh tidur2 dulu andai kata bukan giliran masak pada hari tersebut.Dah hilang penat,bangun2 dah boleh makan.Kemas rumah pula bila hujung minggu mengikut giliran.Itupun bukan satu rumah ,cuma mengikut compartment yang telah dibahagi2 kan.Bila dah jadi isteri, semua perlu diuruskan sendiri.Pada awal perkahwinan,kekok juga nak menyesuaikan diri  sebagai pelajar tetapi dalam masa yang sama seorang isteri (yang lebih prioritinya).Dengan support dari abg ,tahun pertama sy memegang 2 jawatan penting ini berjalan lancar.Dalam kepala, jadual pengurusan masa mesti sentiasa berjalan supaya rumah tak terabai,pelajaran juga terbela.

Tak dinafikan kualiti dan kuantiti belajar saya tidaklah banyak dan bermutu..Lagi pula saya jenis yang suka study last minute.Tapi setiap kali belajar dalam hati duk berkata2; walau aku tak mampu nak study sama dengan orang lain dan semasa zaman bujangku tetapi, moga dengan segala perbuatan aku untuk mengembirakan suamiku,memudahkan suamiku ini membuat dia redha dengan aku dan bila dia redha dengan aku,Allah mudahkan ilmu2 ini meresap masuk dalam jiwaku dan diberi kemudahan untuk aku hadapi exam nanti.

Saya masih terlalu baru dalam usia perkahwinan ini namun harapan saya moga mawaddah dan sayang kami sentiasa segar seumpama saat akad dilafazkan.Moga Allah menjadikan saya seorang isteri yang taat dan mampu memberi hanya yang terbaik untuk kekasih saya.

Mabrouk kepada semua adik beradik Gen6.Kegembiraan ini kita kongsi bersama..Juga terima kasih utk cik ayah along dan adik2 yang tak lupa berdoa sepanjang kakak exam..

Kerana kalian dengan izin Allah,saya berjaya.....