RSS

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

tarik nafas separuh

Alhamdulillah...boleh tarik nafas lega separuh.Setelah 3 hari berturut2 exm tanpa henti dapat juga hari ini melepaskan lelah.Tak patut kan rasa lelah dlm menuntut ilmu sbb ilmu takkan habis utk digali smpai kita mati sekalipun..He3..maka tukar ayat.Menceriakan dan merehatkan diri sekejap.Dapat main dengan si kecil Iman ,tidurkan dia,mandikan dia,suapkan makan....hati dah rasa damai.Terima kasih mama iman bagi pinjam Iman!

Mengimbas,ewah mcm dah lama exm nya..3 exm yg dah berlalu ni,ada suka dan ada kurang sukanya.Balik rumah,buka balik buku...

aaaaaa..napa la tadi aku tukar jawapan saat2 5 min terakhir tu.
ala..napa la aku boleh terkonfius soalan mudah cmni...
erk,nape aku boleh salah tanda ni..

Ayat2 normal mainan diri sendiri.Haih la..susah betul nk rasa puas hati kan.Padahal mulut duk cakap,aku tawakal ni sb aku dah usaha da.Tak salah untuk muhasabah agar kesilapan sama berulang lagi tpi kenapa nak bersedih lama2.Susah nak bagi lekat dekat hati n jiwa ni:

" Rezeki awak tu,Allah dah tetapkn!Result awk pun Allah dah tulis siap2 da.Yang Allah nk dari awk USAHA! Faham? Kalau dah usaha semampunya,serah lah kat DIA.DIA dah tengok jerih perit awak tu.Kalau jawapan awk salah tadi,maknanya memang bukan rezeki awak la.Dan lagi satu,mana awak tahu yang awak hilang markah? Hati pemeriksa siapa yang pegang? Allah kan? Berdoa je la sekarang ni.Senang je Allah nk bagi lembut hati pemeriksa tu.Kenapa tak nak yakin dengan ALLAH?"


Wahai diri,sedarlah yang setiap sesuatu di dunia ini bergerak atas takdirNYA!




Baki mendatang penuh cabaran
26.6 - Oral & Clinical OBYN

3.7 - Written Pediatric
4.7 - MCQ Pediatric

6.7 - Oral & Clinical Pediatric 


Kanser Ovari? Perkahwinan ada jawapannya!

Subhanallah.....subhanallah...


Dalam tengah semangat ulangkaji untuk exam Obstetric n Gynaecology sabtu depan ni,rasa terpanggil untuk berkongsi fakta menarik yang ada tertulis dalam buku ini.


Intro nya,apa itu ovari? Dalam bahasa mudahnya,ovari ini adalah kilang yang mengeluarkan telur(ovum)-(ovulation) dari wanita untuk disenyawakan dengan sperma sebelum terhasilnya anak.Kanser ovari ada banyak jenis tapi bukan itu yang saya nak kongsikan.Boleh google di internet untuk lebih pemahaman.tekan sini






Yang saya eager nak share dengan semua adalah hikmah perkahwinan dalam menurunkan percent kanser ini.Subhanallah,maha Suci Allah yang Maha Sempurna dalam penciptaanNYA yang setiap satu nya ada hikmah yang besar.


Meh saya cerita proses normal dalam diri setiap wanita dulu.Setiap bulan,ovari wanita  akan menghasilkan telur yang matang (Mature Graffian Follicle) untuk disenyawakan dengan sperma dari lelaki.Jika telur ini gagal disenyawakan,maka akan berlakulah haid (menstruation).Untuk persenyawaan pula berlaku, telur ini mesti dikeluarkan dri kilangnya (ovari) ke Fallopian tube menunggu sperma di situ.


Jadi,proses untuk mengeluarkan telur ini,akan menghasilkan tompok kecederaan kecil pada ovari.Lubang2 kecil gitu.Jadi lubang2 yang terbuka pada permukaan ovari ini akan menyebabkan lapisan luar yang menyeliputi ovari akan masuk ke dalam. Hah,ini adalah risk factor paling utama yang menyebabkan kanser ovari selain faktor2 lain juga!








Makanya..bagaimana pula perkahwinan dapat menghalang benda ini?


Ini hikmahnya.... perkahwinan itu sebenarnya titik mula.Yang betul2 menghalang proses kecederaan ini adalah pregnancy(mengandung).Iya lah,bila mengandung tak ada haid kan? maksudnya tiada telur yang dihasilkan.Maka,bila tiada telur di hasilkan dan dikeluarkan dari ovari,tiadalah kecederaan2 di permukaan ovari ini.9 bulan ovari dapat direhatkan dari kecederaan.Dan 9 bulan lagi bila mengandung lagi dan lagi dan lagi.


Kanser ini tinggi peratusnya di kalangan mereka yang tidak mengandung kerana proses ovulation  atau haid setiap bulan yang berterusan sepanjang hayatnya itu akan mantainkan trauma injury kepada ovary without resting...


Harap yang membaca dapat faham proses di atas ini,Punya pening juga nak terjemahkan apa yang dipelajari dalam bahasa mudah kita.


Besar bukan hikmahnya sebuah perkahwinan yang Allah syariatkan ini? Ini pun hanya salah satu dari infiniti hikmahnya...


"dan perhatikanlah bukti kebesaranKu pada ciptaan dirimu"


Alhamdulillah,walau tidaklah mengambil pengkhususan dalam bidang agama,medic juga adalah cara terbaik untuk mengenal Pencipta kita..Tapi paling penting,tak kira apa jua bidang,pekerjaan yang kita dalami,status muslim kita itu sudah cukup untuk kita sujud mengagungkan DIA yang Maha Hebat Maha Kuasa dalam segala aspek kehidupn.


Ok,pendek2 dulu......nak kena fokus pada subjek Sakit Puan yang sangat menarik ini..


Doakan exm untuk mata pelajaran IBu ini 18/19/26.6  dan selepas itu disambung dengan subjek anak2 pula (Pediatric) 3/4/6.7




* Jom kahwin!*