RSS

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

at the very end of the year

Kalutnya dah datang,tegang dan stressnya juga dah tiba.Dah hujung pengajian makanya,seperti kelaziman final exam dalam masa beberapa minggu lagi.Round gynae masih berjalan dengan budak arab dah mula menyepi.Yang memenuhi kelas biasa lah,budak2 melayu yang bak kata doctor very berdisiplin like Japanese.Good impression and highly respected la Malaysians.Mana tak nya.Dalam dewan exam,seperti di ajar sejak zaman sekolah rendah,time exm,masuk 10 min awal,duduk,tunggu cikgu distribute kertas then cikgu terangkan cara2 (do not open your paper before cikgu kata Go)...then this exam routine seakan melekat di setiap Malaysian yang mempamerkan amalan ini di tengah ketamadunan arab yang jauh bezanya dengan kita .:P

Eh,terlari jauh pula.Oh ye,kami sepatutnya ada lagi 2 mggu sebelum secara rasminya menamatkan tahun 5.But weird thing we'll gonna have our end round exam before the round is exactly ended! 

Biiznillah,end round slide pada 29/5, sheet 2/6, MCQ 4/6.Moga Allah mudahkan semuanya.

Tahun ni,tahun pertama saya bakal menghadapi exam sebagai seorang pelajar dan juga seorang isteri.Nak diimbas2 waktu bujang dulu,setiap kali exam dah berjela 5 muka surat A4 saya sambung,tulis waktu setiap 2 jam dan garis panjang2 bahagi ikut tajuk untuk belajar.Target paling kurang 13jam dekat meja (sepanjang study leave) wajib! (though,not usually succeed but niat itu penting!) Study memang segalanya lah orang kata.selagi tak capai target selagi tu la duduk di meja study.Kena habiskan la,baru bleh cross tajuk dekat jadual 5 muka surat tertampal kemas di dinding.Berhenti tidak hanyalah untuk masak,makan dan solat disamping tidur sekejap2(:P) 

Tahun ni,dah jadi isteri orang tanggungjawab dah lain.Kalau dulu tanggungjawab dan hak sebagai pelajar menjadi priority,sekarang ni,belajar still no 1 but menjadi isteri juga my top priority.Kena belajar bahagikan masa walaupun kadang2 ada rasa malas.(well,hidup dah rasa complete kan).Ish2,tak patut2....

Kena bahagikan masa untuk menguruskan makan pakai disamping menjaga keindahan dan keanggunan istana cinta kami ini.Orang kata,sambil buat nota,pegi tekan mesin basuh bagi pusing.Sambil goreng ayam nak tunggu masak,pergi sidai baju pulak.Rasa ngantuk2 baca buku,ambil baju,iron siap2.Kena menjadi multi tasker yang berjaya lah orang kata.Hah,kalau dalam kelas doctor datang lambat,kuarkan kertas terus sambung notanya..Every  minute past sangat bernilai. Kena hargai nikmat masa lapang yang Allah kurniakan ini.

Nasib juga tahun ni cuma 2 subjek untuk final exam (pediatric and Obgyn).Bunyinya 2,tapi nak cover banyak juga but not like when we were in 2nd year, 6 anatomy books,6 physiology books, 2 histology and 1 biochem.What a relieve dah  berjaya lepas zaman itu.

Bila hidup dengan seorang lelaki,baru sedar banyak beza rupanya antara mereka dan kita.Kita punyalah kalut nak cover tu nak cover ni,cuak itu cuak ini,kata tak ada masa dah semua.But man are cool..Walau nampak tak sekalut kita,they manage to handle things well.Segan juga dengan abg bila tya2 soalan abg selalu boleh jawab padahal abg nampak rileks je.But as usual we complete each other..

Ini hikmahnya Allah melantik mereka menjadi pemimpin utk kaum wanita.Tapi sayang,zaman sekarang,sedih melihat lelaki hilang kredibiliti yang diberi Allah seiring dengan hanyutnya mereka dalam keseronokan dunia akhir zaman dan juga ceteknya ilmu agama yang sepatutnya menjadi bekalan wajib sang pemimpin.

He goes well by his way and i did good in my way but at the very same time ,we hold each other hands to make it to the perfect end.We are complementary to each other like enzyme and its receptor!(actually,hormone-receptor)(eznyme-substrate) (Gee betolkan)

Dan ,dan jangan lupa,bila kadang2 rasa penat atau letih atau tak cukup waktu untuk handle thing,cakap dekat diri sendiri,aku tengah jalankan tanggungjawab aku yang diamanahkan oleh Allah dan dengan setiap kesempurnaan amanah yang aku pegang ini,pasti ada ganjarannya dari DIA.Mungkin tak nampak sekarang but rahsia ALLAH siapa tahu.Mungkin dengan keikhlasan dalam setiap nasi yang dimasak,tiap helai baju yang di basuh dan di iron,setiap habuk yang disapu, dari situ datangnya redha dari dia,suami tercinta dan dari redha nya dia,maka seiring itu datangnya redha ALLAH,memudahkan setiap langkah mendatang.

Mudah bukan untuk mendapat pahala andai ALLAH jadi matlamatnya.

Kawan2 yang belum kahwin juga sama.Penuhi hak ahli beit,hak kawan,hak ibu bapa dan paling utama,hak Allah.InsyaAllah,kullu kheir.Hak suami ,gai....biiznillah.

Final exam schedule:

Written Obgyn : 18.6
MCQ Obygn : 19.6
Oral/ clinical Obygn : 26.6

Written Paeds: 3.7
MCQ Paeds: 4.7
Oral/clinical: 6.7

0 comments:

Post a Comment