RSS

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

Kanser Ovari? Perkahwinan ada jawapannya!

Subhanallah.....subhanallah...


Dalam tengah semangat ulangkaji untuk exam Obstetric n Gynaecology sabtu depan ni,rasa terpanggil untuk berkongsi fakta menarik yang ada tertulis dalam buku ini.


Intro nya,apa itu ovari? Dalam bahasa mudahnya,ovari ini adalah kilang yang mengeluarkan telur(ovum)-(ovulation) dari wanita untuk disenyawakan dengan sperma sebelum terhasilnya anak.Kanser ovari ada banyak jenis tapi bukan itu yang saya nak kongsikan.Boleh google di internet untuk lebih pemahaman.tekan sini






Yang saya eager nak share dengan semua adalah hikmah perkahwinan dalam menurunkan percent kanser ini.Subhanallah,maha Suci Allah yang Maha Sempurna dalam penciptaanNYA yang setiap satu nya ada hikmah yang besar.


Meh saya cerita proses normal dalam diri setiap wanita dulu.Setiap bulan,ovari wanita  akan menghasilkan telur yang matang (Mature Graffian Follicle) untuk disenyawakan dengan sperma dari lelaki.Jika telur ini gagal disenyawakan,maka akan berlakulah haid (menstruation).Untuk persenyawaan pula berlaku, telur ini mesti dikeluarkan dri kilangnya (ovari) ke Fallopian tube menunggu sperma di situ.


Jadi,proses untuk mengeluarkan telur ini,akan menghasilkan tompok kecederaan kecil pada ovari.Lubang2 kecil gitu.Jadi lubang2 yang terbuka pada permukaan ovari ini akan menyebabkan lapisan luar yang menyeliputi ovari akan masuk ke dalam. Hah,ini adalah risk factor paling utama yang menyebabkan kanser ovari selain faktor2 lain juga!








Makanya..bagaimana pula perkahwinan dapat menghalang benda ini?


Ini hikmahnya.... perkahwinan itu sebenarnya titik mula.Yang betul2 menghalang proses kecederaan ini adalah pregnancy(mengandung).Iya lah,bila mengandung tak ada haid kan? maksudnya tiada telur yang dihasilkan.Maka,bila tiada telur di hasilkan dan dikeluarkan dari ovari,tiadalah kecederaan2 di permukaan ovari ini.9 bulan ovari dapat direhatkan dari kecederaan.Dan 9 bulan lagi bila mengandung lagi dan lagi dan lagi.


Kanser ini tinggi peratusnya di kalangan mereka yang tidak mengandung kerana proses ovulation  atau haid setiap bulan yang berterusan sepanjang hayatnya itu akan mantainkan trauma injury kepada ovary without resting...


Harap yang membaca dapat faham proses di atas ini,Punya pening juga nak terjemahkan apa yang dipelajari dalam bahasa mudah kita.


Besar bukan hikmahnya sebuah perkahwinan yang Allah syariatkan ini? Ini pun hanya salah satu dari infiniti hikmahnya...


"dan perhatikanlah bukti kebesaranKu pada ciptaan dirimu"


Alhamdulillah,walau tidaklah mengambil pengkhususan dalam bidang agama,medic juga adalah cara terbaik untuk mengenal Pencipta kita..Tapi paling penting,tak kira apa jua bidang,pekerjaan yang kita dalami,status muslim kita itu sudah cukup untuk kita sujud mengagungkan DIA yang Maha Hebat Maha Kuasa dalam segala aspek kehidupn.


Ok,pendek2 dulu......nak kena fokus pada subjek Sakit Puan yang sangat menarik ini..


Doakan exm untuk mata pelajaran IBu ini 18/19/26.6  dan selepas itu disambung dengan subjek anak2 pula (Pediatric) 3/4/6.7




* Jom kahwin!*



6 comments:

akai said...

suka dgn ayat last skali tu
"jom kahwin!"
bestnya k.inoue dh nk habis da..tggl sthun je lg..
rabunna yusahhil xm ^^

InoueRozik said...

hoho..ayt tu smua org pn suka...doa2 la allah mudahkn smua....sthn lgi yg pnuh cbrn..ala..nti korang pn akn smpai jgk di ketika ini..n akn terasa ,eh..bru smlm rsa smpai mesir...( ayt tipikal senior2)

Fatin Rozik said...

jom kawen..muahahaha:P

HafizAdam said...

eh, da ade tanda ke? hik3

InoueRozik said...

insyaAllah...gai...:P

insyirah said...

وفي أنفسكم أفلا تبصرون

Post a Comment