RSS
Daisypath Anniversary tickers

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

tatkala hujan lebat

Azan subuh belum kedengaran tapi rintik hujan makin lebat.Bangun pagi ini disambut manja dengan dingin hujan yang sangat jarang2 sekali di Mesir.Adik2 dah mula bangun bersiap hendak ke sekolah.Tiga sekolah berlainan arah menyebabkan perjalanan mereka bermula seawal pagi begitu.

Terimbau kenangan lama bila hujan lebat setiap kali.Di rumah lama,semua orang terintai2 di celah tingkap melihat lebat hujan sambil dalam hati berdoa moga hujan itu berterusan.Rumah yang dikelilingi sawah menghijau begitu mengamit rasa.Lebat hujan seakan nikmat.Gembira hati bukan kepalang tatkala air melimpah dari sawah ke jalan raya ditengahnya.Kami kanak2 girang berlari ke jalan bila hujan reda.Kalaupun masih hujan ,berpayung kami ke sana mahu berlari dalam air yang kini seakan pinggir pantai.

Kami bertinggung di jalan yang sedikit tinggi tanpa kaki cecah ke air.Menunggu dengan sabar.Bila air mula bergoyang dek kerana ikan dari sawah melintas ke jalan2,kami bertempiaran beramai2 lari masuk ke air dengan tangan ditelengkupkan siap2 dalam misi menangkap ikan.Nikmatnya tak mampu nak diceritakan.Menunggu beramai2,berlari beramai2 kemudian membanding2 ikan yang berjaya ditangkap dengan tangan.Balik rumah cari botol2 kicap mahupun jem yang kosong.Bersihkan,hias sikit2 dengan pasir dan batu tak kurang juga letak pokok2 hijau sikit.Siap,rumah baru untuk ikan2 yang ditangkap.Bersusun di tepi dinding rumah.

Teringat juga kami masuk hutan mencari buluh mahu di buat kail.Kali ini misi kami lebih besar.Mengail ikan keli dan haruan di sawah padi.Dah dapat buluh,berbasikal pula mencari mata kail.Lepas siap pancing buatan sendiri,kami ke tepi sawah mengail.Digali tanah tepi sawah mahu dibuat kolam untuk mengisi hasil tangkapan nanti.Lepas beberapa hari,bila hujan berterusan air melimpah.Kolam sudah hilang dari pandangan mata.Hasil tangkapan berlari riang lepas dari kurungan buatan kanak2 hingusan itu.

Pernah juga kami berendam dalam sawah, tambahan pula ada nenek yang mengusahakan tanaman padi.Berebut2 kami mencabut rumput2 yang hanyut tenggelam dalam air.Kaki2 terlekat dalam lumpur.Bila diangkat,binatang lintah melekat2 rakus menghisap darah.Menjerit ketakutan mahu melepaskan diri.Cabut dia letak dalam abu arang,mati kekerasan.Teknik dari orang-orang tua kita.

Sudah penat bermain,balik ke rumah,minum teh panas sambil makan ubi rebus.Ahhhhh...hilang sejuk dingin musim hujan.Mata mula kepenatan.Hari yang seronok dilabuhkan dengan tidur yang nyaman.

Sungguh indah menjadi anak kampung.Kenangan2 itu suatu harta berharga yang akan kusimpan utuh dalam kotak fikiran.Sawah padi itu kini sudah tiada bertukar menjadi padang rumput.Banglo2 mula tegak berdiri.Tiada lagi ruang untuk air melimpah ke jalan.Suasana keceriaan zaman kanak2 kami mula hilang ditelan arus kemodenan.Namun gambarannya tetap segar dalam minda.

Anak2 kini  juga sedang mencipta memori indah mereka tetapi dalam gambar yang berlainan dengan kami dulu.....



2 comments:

Fatin Rozik said...

mse air limpah, itik2 mace berenang kt tasik yg luas..huhu..

along comey said...

sy comey

Post a Comment