Perjalanan ke ARMA nak kata biasa,tak biasa sangat.Kereta kebal berbaris di jalan ke Hussein menyebabkan teksi terpaksa membuat detour ikut jalan lain.A'la kulli hal,kami selamat sampai ke ARMA dan terus mendaftarkan diri mengikut tajaan.Abang dengan Mara dan saya dengan JPA.Habis daftar kami menerima taklimat dalam dewan.Dikatakan ARMA yang berkapasiti 300 akan memuatkan kami semua 800 orang.Asalnya saya terkejut.Eh,berita yang nak pindah2 ke negara2 jiran tu tak betul ke sebenarnya? Yang kami hanya akan duduk di ARMA hingga keadaan aman.Hati rasa sugul.Bagaimana kami nak duduk dalam keadaan sesak2 begini.Lebih baik kami duduk di rumah.Lebih selesa dan keselamatan pun tiada masalah kerana adanya jiran tetangga berkawal.Hati mula nak memberontak.Sepanjang taklimat tiada tanda2 yang kami akan dipindahkan seperti yang digembar gemburkan.Dengan pakaian sehelai dua kami terpaksa duduk di ARMA.
Pembahagian bilik bermula dan kami akan ditempatkan berkongsi dengan pemilik asal bilik,Saya alhamdulillah dapat bilik yang selesa.Yang sedih ada group yang seramai 21 orang ditempatkan dalam bilik yang hanya ada 6 tilam.Bayangkan how they're going to sleep.huhu.Bila bersesak2 begini,yang pertama jadi rebutan adalah tandas.Yang kedua,makanan.Cafe hanya mampu menyediakan makanan sebanyak kapasiti asal.Catuan makanan pula dilakukan di luar.Hu3.Tapi nasib baik ada abang yang selalu di bilik gerakan yang tak pernah abaikan makan minum walaupun kami terpisah.
Lebih kurang 5 hari kami duduk di ARMA dengan pelbagai khabar angin kami dengar.Nak dipindahkan hari ini.esok.,lusa,malam nanti.Semua dalam ketidakpastian.Taklimat demi taklimat namun langsung tak menyebut pasal evakuasi yang kami nanti2kan hingga lah pada satu malam yang dingin pihak kedutaan mengeluarkan kenyataan yang kami akan dipindahkan ke Jeddah.Hoyyeh~
Dari situ bermula lagi ketidakpastian yang berterusan.Bila???? Senarai nama berkali2 dikeluarkan menyusun mengikut trip penerbangan,Bukan sekali atau 2 tapi 5kali! Kesian ajk yang bertungkus lumus di bilik gerakan.Bila dilistkan saya dalam trip ke 5,ya'ni trip last akhawat.Penghantaran akan dibuat dengan mengutamakan ibu2 mengandung,ada baby dan sebagainya.Saya redha menunggu.
Yang saya geram bila 1st trip dikatakan yang menjadi keutamaan adalah mereka yg mgndung,sakit,ada baby.Ok fine.semua setuju dengan pendekatan ini.Tetapi tiba2,dari kapasiti awal yang sepatutnya ramai tiba2 menjadi sedikit dan ada ibu2 yang bersama anak ini tercicir.Sebab APA?? anak2 dato' mula guna taring yang tersembunyi menghenyak orang2 yang menunggu dengan sabar beberapa hari ini.Dalam proses ini,tak bolehkan mereka meletakkan diri mereka sekejap bersama yang lain dan belajar sabar??? huh....nasib saya bukan anak dato' ke tan sri ke apa....
Penantian berkahir bila saya dan suami akhirnya menaiki MAS ke Jeddah bersama...Mendaftar di Jeddah sebagai keluarga saya ditempatkan di blok B tingkat 1 bersama keluarga2 lain.Bermula lagi episode penantian penuh kesabaran...
0 comments:
Post a Comment