RSS
Daisypath Anniversary tickers

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

Cairo-Jeddah-Kuala Lumpur-Kelantan-Perlis (5)-Akhirnya Cairo

Cerita Malaysia.

Kata cik :Cuti yang bagaikan mimpi.Sepatutnya 2013 menjadi tahun pertemuan semula kami bertukar masanya.Senyum cik ayah,adik2 menyambut di airport.Sampai2 kami pekena satay dulu.Rutin yang selalu setiap kali balik.Yang berbeza,kini balik bersama teman.Duduk di Kelantan 4 hari dan terus balik ke Perlis bertemu mak dan abah pula.Aktiviti kami sepanjang cuti tak banyak.Makan,minum,shopping.Hu3..sempat ke Kulim dan berjalan ke Penang seharian suntuk bersama keluarga besar belah abang.Alhamdulillah.

Eh,ingatkan dah habis ketidakpastian kami.Rupanya masih berjalan~ Siapa nak taja kami? sendiri? Negeri? JPA.MARA masih diam seribu.Tengah syok tengok berita,tiba2 terbaca Shahidan Kasim taja 50 orang.Abang dan abah dah mula buat strategi.Pergi jumpa SU,haih~ tinggal je la nama dulu.Duduk tak lama, semua negeri selain negeri Pakatan Rakyat dah buat pengumuman akan menaja.Abg senyum lagi.Saya pula sedih kerana Perlis hanya menaja anak Perlis.huh~ apa kan daya..

Dalam ketidakpastian itu,kami dah mula membeli stok2 utk dibawa balik Mesir.Stok sampai 2013 nih.So,imagine mcm mana kuantiti dia.hehe...

Along ambil special cuti utk balik dari Sabah mahu ketemu kami.Hati melonjak excited.Atin tumpang sekaki dengan Along.Kami beli tiket bas dr Per-Kel pada hari sama Along-Atin sampai.Muiz dari lipis sampai beberapa hari kemudian.Oh gembira hati dapat bersatu semua sekali.Riuh gelak ketawa beramai ini tak ternilai harganya dan menjadi penyeri yang menceriakan hari2 di Mesir kelak.

Duduk tak lama,kerajaan Kelantan buat pengumuman akan menaja kami.Abg alhamdulillah boleh ikut serta.Maka,,kami dengan penuh pengharapan join seminar dan program berjalan but at last,they made "THE" announcement yang mmg kabar2 anginnya dah kami dengar. "kami tak menaja student MARA n JPA"..

Abg kecewa,saya lagiiiii lagiiilah kecewa.Tak de la harapan kami nak fly bersama.Tak lama lepas tu,heboh pula JPA chatered flight but all must go to BTN.Abg kenyih manjang.MARA tak perlu join.~ hah,MARA pun dah keluarkan senarai nama pelajar yg akan di taja.Menunggu panggilan JPA yang tak kunjung tiba.Akhirnya,saya call dan dpt confirmation kena g BTN di Besut.Abg pula terus beli tiket pulang ke Perlis sementara saya ke BTN.Mak bakal bertolak ke Mekah untuk umrah.

Maka terpisah lah kami dalam ketidakpastian.Abg dah confirm akan fly 10hb 0030.Di BTN,pasport kami dikutip dan tarikh fly akan diberitahu melalui telefon.BerBTN jumaat sabtu dan khbar angin kami akan fly SELASA!  Ahad abg blik lagi ke KElantan,Kami buat keputusan akan fly dr Kelantan.Dalam ketidakpastian , ahad berlalu tanpa berita.Isnin,kami dah kalut.Takkan esok nak fly esok baru nak btau.Kmi duduk bkn sebelah KLIA.Tengok website,masih tiada update.Line sibuk.Tiket domestik tak beli lagi

Cuba punya cuba abg berjaya tembus.Alhamdulillah confirm fly selasa 5.30 pg dan kami dpt berita Isnin pagi.~~~~ means ptg tu juga sy terpaksa naik flight ke KLIA dan berkampung di sana utk fly pagi besoknya.Semua dalam terkejut.Balik mengejut,pergi pun mengejut...sungguh tak syok keadaan ini.Adik2 tak sempat nak manja2 lagi...sy pun tak habis manja dengan cik ayah...tup2 kena pergi.Abg fly esoknya ke KLIA....Maka,sy tinggalkan mereka,terbang dulu ke Mesir.........





MESIR (sejuk)

Nak dijadikan pelengkap kepada cerita ini,sampai2 di Cairo Airport,ratusan Malaysian beratur nak ambil bag.Saya pun tak ketinggalan.Tunggu-tunggu-...beg hijau keluar.Tapi kalernya bertukar hitam Erm....kicap~~~ sugul..

Tunggu kotak dan buku pula.Menongkak dagu menunggu kotak.Eh,da berhenti.Tak bergerak dah menda yang putar2 beg tu.Mana kotak ni.Sekeliling ramai yang dah keluar.Yang tinggal beberapa kerat sahaja.Cik HAzam datang membawa berita sedih.Sekontena beg tertinggal di KLIA.Oh my......apa lah nasibku ini.Buat report dan kepilkan tag no bag.Nasib xbuang boarding pas.Kalau tak~~~

Balik ke rumah kak yana dalam kebimbangan.Rumah sendiri tak jenguk lagi,Tak berani berseorangan,Tunggu abg dulu.Bermalam di rumah k.yana....pagi esoknya balik ke rumah dan kemas apa yang ptt.Malamnya ditemani Sam.....Kotak..pun Alhamdulillah lili yang smpai trip ke-2 ambillkan....

2 hari sendiri..akhirnya abg smpai bersama baki2 stok brgn kami...hati gembira..
bermula lgi kehidupan berdua kami sebagai suami isteri dan pelajar....

Round surgery dalam kekalutan, Obs n Gynae dalam kejaran...

End round exam MCQ 24hb....OSCE 26hb......bagaimana mahu exam sedangkan kami baru nk kenal apa itu Surgery........Saturated dengan jadual 4jam klas tutorial n clinical non stop di sambung 2 jam lecture. Rabbi yassir wala Tua'ssir ya Raab

Mencari momentum utk kembali



p/s : Mesir normal sahaja.Budaya dan adat masih tiada bezanya....cuma precaution lebih kerana bimbangkan kadar jenayah yang sedang meningkat...

Moga revolusi Mesir ini dapat mengubah kehidupan rakyat mereka.Walaupun baru masuk thun ke 5 di sini, sy juga harapkan perubahan berlaku dari segala aspek.Saya 5 thun,rakyat mesir dah berpuluh tahun menanti~~

0 comments:

Post a Comment