RSS
Daisypath Anniversary tickers

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

Cairo-Jeddah-Kuala Lumpur-Kelantan-Perlis (4)

Alhamdulillah...jejak juga kaki ke Jeddah setelah pelbagi dugaan menunggu.Di Madinatul Hujjaj,rakyat Malaysia dah mula berkampung.Dengan pelbagai gaya pemakaian dan aksi.Di Jeddah,saya duduk berasingan dengan suami.Dipisahkan oleh pintu yang menjadi saksi setiap pertemuan kami sepanjang beberapa hari di Jeddah.Situasi di Jeddah lebih kurang sama dengan keadaan semasa duduk di ARMA.Kami dapat visa on arrival selama 7 hari.Sepanjang di sini,continuation berita2 pelbagai berterusan.Ada yang kata kami terpaksa menunggu sehingga habis 11 ribu Malaysian evacuate dr Mesir ,then baru dihantar balik.Tak kurang yang bersungguh2 mengatakan kami bakal dikeluarkan dalam masa yang terdekat mengikut kemasukan ke Madinatul Hujjaj memandangkan visa yang hanya 7 hari.

Hidup di Jeddah dari sudut makanan,heaven~ Banyak sangat sampai tak larat makan.Kagum dengan sikap orang2 kaya di sini yang langsung tak berkira dalam memberi bantuan.Hah~ orang kaya yang mcm ni la yg kita nak.Poket penuh tak kedekut.Sampaikan ada yg minta kami tulis apa barang yang kami nak di kertas dan mereka akan belikan.Berduyun2 yang menulis nak selipar,tuala,iron,iron board..nak laptop pun ada~ haih..

Maka malamnya berbondong2 brg2 percuma masuk hinggakan dibuka kaunter brg2 percuma ni.Syukur kerana ada juga pampers n susu n nestum utk ibu2 yang punya anak.Tak perlu risau apa satu pun.Segala keperluan cukup semua.Mngkin saya rsa syok sb duduk di blok B yg mmg dijdkan pusat.Apa2 makanan sampai kami dapat dulu.Yang duduk d blok2 belakang dan yang duduk di stor2 tak tahulah.

Saya juga sempat bersama suami dan kawan2 keluar dari Madinatul Hujjaj.Nak diikutkan peraturan,kami dilarang utk keluar kerana kami hanya ada visa on arrival.Dengan menggunakan alasan utk mmbeli tiket sendri blik ke Malaysia kerana tidak tahan dengan ketidakpastian,kami menaiki bas ke pusat bandar Jeddah.Lega~ dapt juga kami keluar mengenali Jeddah.Di sepanjang jalan kelihatan banyak kereta2 tersadai kesan dari banjir teruk yang dialami Jeddah sebelum ini...Innalillah.... Ok,perjalanan kami merentas pelbagai travel agent dalam usaha mencari tiket termurah.Kebanyakan one way tiket affordable tapi kami masih ragu2.Jalan punya jalan,last2, xbeli juga tiket...Before going home kami dibawa ke shopping complex ala2 city star.Tapi kebanyakannya tutup kerana waktu tu solat zuhur.Kami balik semula dengan hati berkta: Kurang2 aku dpt berjalan juga di Jeddah ni.Syukur~

Lama punya lama menunggu,akhirnya ada juga announcement pasti, yang kami terpaksa dikeluarkan sedikit demi sedikit kerana capacity Madnatul Hujjaj dah tak mampu nak menampung sejumlah yang ramai,hinggakan ramai yang terpaksa tidur di stor2 yang panas.Giliran dipanggil berdsrkan filght Cairo-Jeddah.Tunggu punya tunggu, pukul 1 pgi kami dipanggil beratur.Dalam mamai2,saya bangun cari pasport.Hah~ tak de.Mana pasport ni.Terus bangun turun ke bwah mencri abg.Barisan manusia mula memanjang.Mata melilau2 mencari dan akhirnya nampak abg di depan.Abg senyum dan tunjukkan pasport kmi.Yeay,kami dpt giliran token 726,727..Alhamdulillah dari 9 ribu org ,kami dikira yang terawal juga.

Esoknya flight pertama memulakan perjalanan.Announcement mula memanggil no.Yang sedihnya,no yang diambil tidak mengikut giliran token.Lompat2...situasi sama berulang.No token dipanggil dan habis token nama tambahan mula muncul A bin DATO Y...M binti DATO J...Hati memberontak tapi apakan daya.Sudah begini adat dunia.

Penantian berakhir bilamana kami dijadualkan naik flight ke MAS 7hb/2.Alhamdulillah.Walaupun duduk di economy class dan bukan di 1st mahupun bussiness,hati melonjak syukur..Tiba di KLIA dan terus beli tiket on the spot (RM 294/person) ke Kelantan.Sambil2 menunggu flight,kami makan di food court  melihat gelagat mereka yang disambut dan menyambut.Ada ayah yang mengheret anak perempuan mahu dikenalkan kepada menteri.Yang si anak pula tunduk mencium tangan menteri seolah itu ayah yang halal disentuhnya.Tak kurang yang pom pang ckp berapi dengan tv2 menceritakan pengalaman yang kononnya gerun dan membahayakn mereka padahal mereka duduk di tempat yang langsung tiada kaitan.Kami yang duduk 5 min dari Tahrir yang sempat tengok demo depan mata,yang sempat berair mata kena gas hanya tersenyum sesama sendiri.Adat manusia mahu gah di kalangan sendiri.

Naik flight ke Kelantan.Peluk cium cik ayah dan adik2 meleraikan penantian yang panjang......

0 comments:

Post a Comment