RSS
Daisypath Anniversary tickers

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

cubes of life




Andaikan hidup ini adalah cube2(petak) yang disusun rapi.Bilangannya pada setiap orang adalah sama.Sebagai contoh 24 cubes for happiness dan 24 cubes for sorrow and  sadness.Maka bilangan cubes ini adalah sama bagi setiap manusia yang berjalan di atas dunia ini.Baik yang terkaya di dunia mahupun yang termiskin sekali.Kehidupan dilakarkan di atas warna2 cube yang telah disusun rapi oleh pencipta yang MAHA AGUNG.

Yang miskin tak patut mengandaikan yang kaya ada 25 cubes kebahagian dan yang kaya tak patut memandang yang miskin cuma ada 20 cubes kebahagiaan dan 30 cubes kesedihan.Tidak...semua dengan bilangan yang sama.Yang berbeza cumanya pada warna yang sering berubah.

Andaikan cube kebahagiaan si kaya punya petak untuk harta,kemewahan,kesihatan,rumah yang besar.Maka andai si kaya mahu menambah apa yang ada,si kaya tak akan boleh menambah cube ke 25 dalam ruangan yang hanya mampu memuatkan 24 cube.Bermakna untuk mendapatkan satu kelebihan maka si kaya terpaksa membuang salah satu cube happiness yang sedia ada dan diganti dengan cube yang telah diupgradekan kepada warna gold.

Begitu juga si miskin.Si miskin punya masalah besar yang merangkumi 20 daripada 24 petak sadness and sorrow nya, Si miskin malas untuk menghadapi masalah tersebut dan terus si miskin buang 20 petak kesedihan tersebut tapi si miskin tidak sedar.Bila mana dia lari dari masalah tersebut dan mengosongkan 20 daripada 24 petak sadness itu,maka akan datang kepada dia 20 sadness and new problems untuk memenuhi ruang2 yang telah di kosongkan.

Contoh mudah kepada keduanya...yang mana bilangan itu tetap dan takkan berubah.Yang berubah cuma warna nya dan penyusunan nya sahaja.

Ahhhh..pening.Apa singnificant semua ini?Alhamdulillah.Tadi dalam clinical class lepas habis sesion tutorial doc ambil sedikit masa kami untuk berbincang tentang isu Abortion atau pengguguran anak.Doktor memberi penerangan dalam pendekatan yang amat menusuk ke dalam hati saya.Maka dengan eagernya saya akan berkongsi dan meluahkan di tulisan ini.

Apa yang cuba doktor sampaikan adalah semuaNYA telah disusun elok oleh ALLLAH.Setiap orang akan datang kepadanya susah dan akan datang juga padanya senang.Jangan kita merasakan yang senang itu sebenarnya senang dan yang susah itu sebenarnya susah.Hakikat sebenar hidup itu adalah merasa kan kehambaan padaNYA.
Berbalik kepada menerima apa yang diberi,contoh kepada isu pengguguran anak.Jikalau sekalipun anak itu telah di buktikan mempunyai kecacatan seawal kandungan,apa hak seorang ibu atau bapa untuk menamatkan kehidupan yang Allah telah beri ini.Jangan jadikan alasan miskin atau tak mampu untuk lari dari masalah yang mendatang.

Mengikut kes yang doctor ceritakan seorang ibu mahu melakukan pengguguran anak kerana kecacatan anaknya but doc insist melarang ibu tersebut.Tapi ibu itu juga berkeras.Tak lama selepas itu,doctor berjumpa dengan seorang wanita yang memakai semua hitam dan menangis.Wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai kakak wanita yang mahu membuat pengguguran tadi.Bila ditanya mengapa,wanita tersebut memberitahu,anak sulung kepada adiknya telah meninggal dunia.Anak nya itu cukup lengkap sempurna anggota badan dan tinggi IQ nya.Tak sampai seminggu selepas si ibu get rid  dari kandungan yang cacat ini,ALLAH ambil darinya apa yang telah di beri sebelum ini.Bila nak disamakan dengan konsep cubes tadi,makanya si ibu bersedih kerana punya anak cacat.Dan kesedihan si ibu tadi meliputi 20 cubes daripada 24 petak.Si ibu tak sanggup menghadapi masalah tersebut dan terus membuang 20 petak tersebut tanpa si ibu sedar dia akan mengisi 20 petak itu dengan masalah dan ujian yang lain.Lain pula jika si ibu mampu menahan 20 petak kesedihan itu..baki yang ada hanya 4 untuk problem lain datang dan never more will comes.

Ini cuma perumpamaan mudah.

Kesimpulan doctor,: Don't play the God's role.Just take what He give or He'll take back what had been given.

Indah kan sifat redha..Bila mana redha utuh di hati,apa yang datang itu adalah nikmat dariNYA.Yang susah itu nikmat untuk kita dekatiNYA dan yang senang itu nikmat untuk kita syukuri...Alhamdulillah.Kullun min i'ndirabbina....

0 comments:

Post a Comment