Teringat pula saat awal masa mula2 pasang hajat utk ada baby.Masa kat kelas mengaji dengan assheikah ustazah E'ffat.Saya luahkan keinginan kepada ustazah: Ustazah,ana a'ziin baby (ustazah,aku nak ank).Terkejut ustazah dengar terus jawab :lissah ya amalina..lissah khalas al quran..hik3.
Tetapi mungkin dek kesungguhan air mukaku ini,ustazah pun mengajarkan saya supaya beramal doa nabi zakaria ini.
Nak diceritakan doa ini dilafazkan NAbi Zakaria saat mana baginda masih tidak punya zuriat padahal baginda ketika itu telah pun berusia dan isteri baginda pula mandul.
Lalu saat baginda melafazkan doa ini ketika solat,malaikat terus turun dengan izin Allah ketika baginda masih bersolat untuk menyampaikan berita gembira.Berita di mna baginda bakal mendapat anak iaitu Nabi Yahya.
Nabi zakaria seolah tidak percaya memandangkan usianya yang tlh lanjut dan keadaan isterinya itu.Namun Allah berkuasa menjadikan apa sahaja yang DIA mahukan.
Nabi zakaria meminta petunjuk dari Allah akan kesahihan berita gembira itu dan maha kuasa Allah menjadikan Nabi zakaria tidak dapat bercakap selama 3 hari dengan manusia melainkan dengan isyarat sebagai bukti benarnya perkhabaran tersebut.
Jadi,ustazah mahu saya jadikan ayat ini sebagai amalan kerana doa ini sgt mustajab untuk NAbi Zakaria di mana Allah kabulkan doa itu saat baginda belum pun habis bersolat.
Bermula saat itu,doa ini tak lepas dari bibir dan dengan izin dan rahmatNya ,Alhamdulillah Dia sudi memberi saya anugerah terindah yang sedang membesar di dalam perut ku ini.
Sempurnkan anakku ya Allah kerana ku tak terdaya melainkan Dikau
Jadikan dia sihat dengan rahmat dan kasihMu..
kura-kura blaja wat kuih
13 years ago
0 comments:
Post a Comment