RSS
Daisypath Anniversary tickers

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

cari "kecantikan" bukan "CANTIK"



Saat-saat getir nak exam ni,mula lah rasa nak lari dari fokus utama sekarang.Bukan kerana penat,dah mengadap buku sepanjang masa,tapi pandai saja diri ni mencari helah untuk rehat.


Tak sampai sebulan lagi,IAllah,Malaysia bakal ku jejak.Terasa pantas masa berlalu,seperti baru semalam saya mengangkat muatan beg masuk ke kaunter check in di airpot pengkalan chepa.Tak terasa masa pantas berlalu,dah sampai masa untuk saya bertemu meleraikan rindu pada cik ayah along dan adik-adik.


Eh,lari dari tajuk nampaknya.Teringat satu artikel dekat sini yang menyebut pasal usia dan masa yang berlalu ni.Maklumlah,IAllah tahun ini,kami bakal mendapat 3 baby dari sahabiah sekuliah dan tak kurang juga bakal pengantin baru.NAIM sahaja sudah ada 3 yang bakal dan sudah diijabkabul bulan 7 ini.So,apa artikel ini kupas? Cari "KECANTIKAN bukan "CANTIK".Khusus untuk mereka yang selamat dan bakal diijabkabul.


Dalam usia perkahwinan,cantiknya di awal,manisnya juga di awal.Menginjak kepada fasa anak-anak,fokus dan tanggungjawab mula mendamba komitmen yang lebih.Meningkatnya usia perkahwinan,maka meningkat jua usia pasangan kita.(hek2,macam berpengalaman.Bukan,ini hasil bacaan saya ye).Bila mana usia perkahwinan mencecah 20,30 tahun,cantik isteri mula pudar,seri isteri mula kusam,manis senyuman mula kelat.Semua ini akan terzahir pada suami yang melihat luaran,fizikal isteri saat usia perkahwinan menginjak matang.


Bukan ini yang dicari dari seorang lelaki bernama suami.Saat cantik isterimu mula hilang ditelan waktu,bukan waktu ini untuk kau cari mana cantik isterimu,mana seri mukanya,dan mana lincah pergerakannya! Dan tidak patut juga untuk kau mula mengintai pengganti!


Sepatutnya,saat inilah kau kumpul kecantikan isterimu.Kecantikan yang mana?


Kecantikan pada pengorbananya yang telah menjaga mu selama hayat kau mengenalinya.

Kecantikan penat lelahnya menyediakan kelengkapan hidup,makan minummu.

Kecantikannya saat dia perit mengandungkan zuriatmu.

Kecantikan dirinya yang bersabar saat emosimu menggunung.

Kecantikannya yang menjaga nama baikmu saat kau pergi meninggalkannya.

Kecantikannya yang menerima segala kelemahanmu


Kecantikannya yang tidak pernah mengeluh saat kau gagal memenuhi hasratnya


Kecantikannya yang memberi ketaatan sepenuhnya padamu.

Dan kecantikannya sebagai seorang hamba ALLAH.

Nah!!! Apa lagi yang kau mahu?


Ini kecantikan hakiki yang takkan sama dengan cantiknya fizikal itu!

5 comments:

soliloquy said...

kerana itulah antara 4 perkara yang seringkali menjadi sebab dinikahinya seorang perempuan itu, Rasulullah pesan pilih yang 'baik agamanya'. maka beruntunglah kedua tanganmu.
sama-sama menjadi yang 'baik agamanya'. we've the whole lifetime to put ourselves in that category.

iAllah inoe. doa byk2 iA kheir. kullu kheir iAllah. :)

InoueRozik said...

IA...sama2 membentuk diri utk pentarbiahan sbuah rumah tangga kelak yang bakal melahirkan pendukung Islam tercinta ini

Nurul Atikah said...

xsabar2 nampak nak tua?? hik3

InoueRozik said...

eleh kak tikah...paku dulang paku serpih,mengata org kak tikah lagi la lebih2..kih:)

soliloquy said...

ouh ha.. ni atikah alex ke?

kalo ye, kak tikah. takmo jemput said ke? :P

Post a Comment