RSS
Daisypath Anniversary tickers

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

Al Kauthar





Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.

Sungguh,Kami telah memberimu(Muhammad) nikmat yang banyak (1)
Maka laksanakanlah solat kerana TuhanMu dan berkorbanlah(sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah) (2)
Sungguh,orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat ALLAH) (3)


                                                                 (Al-Kauthar)


Salam untuk semua.

Saja nak berkongsi tentang Telaga Al Kauthar.Pasti ramai yang selalu mendengar istilah Al Kauthar bahkan selalu kita baca dalam surah di atas. 

Saat Allah menurunkan surah di atas,Rasullah bertanya kepada para sahabat,"Adakah kamu tahu apa itu Kauthar". Lalu para sahabat menjawab " Allah dan Rasullah yang lebih mengetahui".Rasullah lalu menerangkan kepada sahabat bahawa Al Kauthar adalah nikmat ,kebajikan dari Allah khusus untuk baginda.Khusus dianugerahkan kepada baginda untuk diberi kepada umat baginda di akhirat kelak saat tiada yang mampu memberi syafaat selain baginda.


Para sahabat bertanya kepada Rasulullah,bagaimanakah mungkin baginda mengenali umatnya di Mahsyar kelak di saat berjuta-juta manusia bercampur antara satu sama lain .

Lalu Rasulullah membalas " Apakah mungkin kamu mengenali seekor kuda putih yang bercampur dengan ratusan berwarna hitam?" Begitulah juga di Mahsyar kelak,Rasullullah akan mengenali umatnya dari bekas wuduk yang bakal mengeluarkan cahaya nanti.Hah,maka sempurnakanlah wuduk kita,nanti senang Rasulullah nak pandang kita!

Melihat betapa ramainya umat baginda kesan dari cahaya wuduk tersebut ,maka,Rasulullah memangil-manggil umatnya untuk minum di telaga nabi iaitu Al Kauthar.Saat nabi menyeru memanggil-manggil umatnya,tiba-tiba datang malaikat menghalang manusia2 tadi ke telaga Kauthar.Lalu baginda bertanya kepada, kenapa para malaikat menghalang umatnya untuk minum?


Lalu malaikat menjawab : Ya,mereka umatmu tetapi selepas engkau wafat,mereka tidak melakukan apa yang engkau suruh tetapi mempertahankan apa yang engkau halang."


Mendengar kata-kata malaikat itu,Rasulullah terus berkata: :"Pergi,pergi engkau dari kolamku" .



Nau'zubillah..takutnya andai kita tergolong dalam golongan yang dihalau oleh rasulullah dari minum  di Al Kauthar!

Tak nak jadi umat Rasulullah yang hanya Islam pada nama tetapi zero isinya....


Jom upgrade iman!

0 comments:

Post a Comment