Menyelusuri sejarah hidupmu kau dilahirkan dalam keluarga yang mulia di kalangan kaummu.Bani Hashim,kedudukan kerabatmu terlalu tinggi hingga mereka tak mampu mencari cacat cela keturunanmu.Mereka gagal mencari kelemahan padamu.
Yatimmu ketika dirimu masih terlalu kecil.Kehilangan kedua ibubapamu menjadikan kau insan yang tabah dan kuat.Matangnya dirimu bila mana kau diajar hidup di gurun sana bersama ternakan kambingmu.Di usia mudamu,kau tertarik pada keraian Mekah.Kau mendengar lagu dimainkan.Dirimu punya rasa tetapi ALLAH melindungimu dari maksiat dan noda lantas ditidurkanmu.Maka,terpeliharalah dirimu dari sekecil-kecil dosa itu.
Kecerdikan akalmu terbukti bila mana kau menjadi hakim pada pergaduhan antara tribe yang berebut mahu meletakkan hajarul aswad bila mana kaabah dilanda banjir.Ilmu kebijaksanaan mu menghalang pertumpahan darah dari berlaku.
Kejujuranmu menawan hati semua yang memandangmu termasuk ummul mukminin Khadijah yang meminangmu di saat dikau masih lagi di awal usiamu.Darinya,lahir zuriatmu yang mulia yang kau cintai dan sayangi.Genap umurmu 40thun di saat kau benci melihat kemaksiatan kaummu,kau berlalu seorang diri.Mengadu pada ALLAH,meminta pada tuhan yang mencipta alam ini.
Jibril datang,menyeru kepada mu seruan dari Ilahi.Dirimu gentar,gemuruh,ketakutan.Kau berlari pulang mengadu pada isteri tercinta lantas diminta diselimuti badanmu yang ketakutan.Namun saat itu,kau telah dipilih ALLAH menjadi rasul yang bakal memimpin umat dunia ini hingga ke akhirat kelak.
Perjuangan risalahmu bermula.Kau dikeji,kau dicaci,kau cuba dibunuh.Tapi kau tegar.Hingga mereka hampir putus asa.Namun,kerana hasutan syaitan bermain2 di jiwa mereka,mereka menawarkan kau harta wanita pelbagai.Namun semua itu tiada nilainya berbanding risalah ALLAH yang mulia ini.
Kau dan kaum muslim dipulaukan.Jual beli dengan mu dihalang,nikah kahwin juga tidak diberikan.Dek tekanan yang menyeksa ini,kau arahkan 12 lelaki dan 4 perempuan yang beriman itu mencari ketenangan di Habsyah.
Ujian mendatang.Bapa saudara dan isteri mu pergi di saat kau masih hangat dalam perjuangan.Kesedihan mu tidak melemahkan langsung tugas mu menyampaikan risalah ALLAH.
Datang kaum Ansar menjemput dirimu ke Madinah menjadi pemimpin mereka dan menyelesaikan masalah dikalangan mereka di samping mengajarkan ajaran Islam yang suci ini.Bermula saat hijrahmu bersama sahabat mu yang agung.Abu Bakr.Kesetiaan sebenar seorang sahabat demi ALLAH yang tiada tolok banding.Sanggup dipatuk ular hingga menitis airmata ke pipi mu yang lena di ribanya.Mereka cuba mencari dan mengejarmu tapi ternyata perlindungan ALLAH tiada tolok bandingnya.
Kau tiba di Madinah.Kau disambut penuh kegembiraan.Saat pertama kau tiba,terus kau bina masjid lalu kau solat.Islam di bawah pimpinan kau penuh gemilang hingga suatu hari kau bermimpi kau mengerjakan haji di negeri kelahiranmu,Mekah.Kau rindukan Mekah barangkali.
Berangkat kau ke Mekah bersama Muhajirin penuh kegembiraan mahu kembali ke tanah tumpah darah mereka.Setiba kau di Mekah,terus kau dirikan solat dan kau buang segala sembahan kafir itu.Lantas kau arahkan bilal azan menyeru umat Islam mengesakan ALLAH.
Perjuangan penuh liku namun ternyata setiap yang terjadi menjadi kekuatan pada dirimu.Keyakinan kau pada penciptamu menjadi motivasi terbesar dalam perkembangan Islam ini.Kau tegar walau diseksa mahupun dihina.Kerana kekuatan kau itu,kami nikmati Islam hingga kini.Kami mampu bernafas dalam ruh islam dan iman yang kau dan sahabiahmu utuh memperjuangkannya.
Di khutbah terakhirmu,saat kau memberitahu pada umatmu yang risalah ini telah lengkap,umatmu bergembira.Namun terbukti di sebalik semua itu,ALLAH mahu mengambilmu untuk memuliakanmu disisinya.Sahabat bagai tidak percaya dengan kewafatanmu hinggakan Umar menghunus pedangnya pada mereka yang mengatakan kau telah pergi.Umatmu bersedih namun Abu Bakr lantas berdiri dan berkata:
"oh people,whoever worship Muhammad,Muhammad is dead but whoever whorship ALLAH,ALLAH is alive and will never die"
Umatmu tersedar dan Umar rebah..Kekasih kepada semua umat yang bernyawa pada hari itu telah pergi..Pergi bertemu kekasihnya yang AGUNG!
Oh Muhammad ,rasulullah...
Sungguh kami merindui pertemuan denganmu...
Moga kami mendapat syafaatmu kelak.
Akan kami pelihara risalah ALLAH yang kau bawa
dan akan kami perjuangkan demi kasih kami pada ALLAH dan kau Rasulullah.
Kaulah pemimpin yang terbaik
Kaulah ayah yang paling penyayang
Kaulah suami yang paling berbudi pada isterimu
Kaulah panglima perang yang paling bijaksana
Kaulah selembut-lembut sahabat
Kaulah guru yang paling a'lim
Kaulah yang kami cintai dan sayangi
Kaulah Rasulullah s.a.w
Wallahua'lam.
Salam maulidur rasul
(ditulis secara ringkas,kesilapan fakta minta diberitahu segera)
kura-kura blaja wat kuih
13 years ago
3 comments:
tekejut den tetiba blog ni wujud kembali :D
welkam bek :)
it's just the same old blog with one extra new post for our beloved!
Post a Comment