RSS
Daisypath Anniversary tickers

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

tatkala hujan lebat

Azan subuh belum kedengaran tapi rintik hujan makin lebat.Bangun pagi ini disambut manja dengan dingin hujan yang sangat jarang2 sekali di Mesir.Adik2 dah mula bangun bersiap hendak ke sekolah.Tiga sekolah berlainan arah menyebabkan perjalanan mereka bermula seawal pagi begitu.

Terimbau kenangan lama bila hujan lebat setiap kali.Di rumah lama,semua orang terintai2 di celah tingkap melihat lebat hujan sambil dalam hati berdoa moga hujan itu berterusan.Rumah yang dikelilingi sawah menghijau begitu mengamit rasa.Lebat hujan seakan nikmat.Gembira hati bukan kepalang tatkala air melimpah dari sawah ke jalan raya ditengahnya.Kami kanak2 girang berlari ke jalan bila hujan reda.Kalaupun masih hujan ,berpayung kami ke sana mahu berlari dalam air yang kini seakan pinggir pantai.

Kami bertinggung di jalan yang sedikit tinggi tanpa kaki cecah ke air.Menunggu dengan sabar.Bila air mula bergoyang dek kerana ikan dari sawah melintas ke jalan2,kami bertempiaran beramai2 lari masuk ke air dengan tangan ditelengkupkan siap2 dalam misi menangkap ikan.Nikmatnya tak mampu nak diceritakan.Menunggu beramai2,berlari beramai2 kemudian membanding2 ikan yang berjaya ditangkap dengan tangan.Balik rumah cari botol2 kicap mahupun jem yang kosong.Bersihkan,hias sikit2 dengan pasir dan batu tak kurang juga letak pokok2 hijau sikit.Siap,rumah baru untuk ikan2 yang ditangkap.Bersusun di tepi dinding rumah.

Teringat juga kami masuk hutan mencari buluh mahu di buat kail.Kali ini misi kami lebih besar.Mengail ikan keli dan haruan di sawah padi.Dah dapat buluh,berbasikal pula mencari mata kail.Lepas siap pancing buatan sendiri,kami ke tepi sawah mengail.Digali tanah tepi sawah mahu dibuat kolam untuk mengisi hasil tangkapan nanti.Lepas beberapa hari,bila hujan berterusan air melimpah.Kolam sudah hilang dari pandangan mata.Hasil tangkapan berlari riang lepas dari kurungan buatan kanak2 hingusan itu.

Pernah juga kami berendam dalam sawah, tambahan pula ada nenek yang mengusahakan tanaman padi.Berebut2 kami mencabut rumput2 yang hanyut tenggelam dalam air.Kaki2 terlekat dalam lumpur.Bila diangkat,binatang lintah melekat2 rakus menghisap darah.Menjerit ketakutan mahu melepaskan diri.Cabut dia letak dalam abu arang,mati kekerasan.Teknik dari orang-orang tua kita.

Sudah penat bermain,balik ke rumah,minum teh panas sambil makan ubi rebus.Ahhhhh...hilang sejuk dingin musim hujan.Mata mula kepenatan.Hari yang seronok dilabuhkan dengan tidur yang nyaman.

Sungguh indah menjadi anak kampung.Kenangan2 itu suatu harta berharga yang akan kusimpan utuh dalam kotak fikiran.Sawah padi itu kini sudah tiada bertukar menjadi padang rumput.Banglo2 mula tegak berdiri.Tiada lagi ruang untuk air melimpah ke jalan.Suasana keceriaan zaman kanak2 kami mula hilang ditelan arus kemodenan.Namun gambarannya tetap segar dalam minda.

Anak2 kini  juga sedang mencipta memori indah mereka tetapi dalam gambar yang berlainan dengan kami dulu.....



yang akhirnya dan musafir lagi

Huh...alhamdulillah.Baru habis kemas rumah yang bakal ditinggalkan ni.Dapur sudah siap,baju pun sudah berbasuh.Iyelah..nak ditinggalkan rumah lama2 ni biar kemas semua.Balik nanti tak sakit matadek kerana bersepah,tak ada bau busuk baki2 makanan ke apa.Paling kurang pun nati just vacuum habuk2 aje.InsyaAllah akan baliknya esok jam 1.55 ptg dari sini.Transit sekejap (8jam) di Bahrain.Lepas tu baru sambung perjalanan ke KL.Sampai 10hb,lewat sehari dari BERSIH 2.0.Doa mengiringi dari kejauhan di langit tinggi, moga Allah berikan kemenangan pada pejuang yg ikhlas di jalanNYA.


Ok, dengan musafir ini,bermakna kami telah pun habis tahun 5! Orang kata tahun 'gila'.Hu3...Kasor bebenonya bunyi.Tapi tahun ini memang lebih mencabar dari segi survival budak Malaysia.Kalau 4 tahun sebelum ini,lecture fully english(yang menyebabkan arab kami syuwayah2..nuus2 ni) tapi tahun ini sistem baru lecture fully arabic di samping clinical juga.Cuak bukan? Pelbagai pendapat dan pertentangan idea muncul di kalangan kami sendiri untuk mencari jalan terbaik di tengah kekalutan subjek yang mencabar.Tapi  semuanya dapat diselesaikan dengan baik biiznillah...

Tahun ini,kami diberi 4 subjek; Pediatric , Obgyn , Surgery and Int Med.2 major and 2 minor.Yang ada finalnya 2 subjek pertama tu je,yang 2 lagi akan disambung selama setahun setengah lagi tahun depan (final year!).Nak disingkap mengenai exam,huh,tak kering peluh.Mula dengan subjek Obgyn yang penuh dengan rungutan dari kawan2 arab dek kerana end round yang terlalu tinggi standard hingga hampir semput jugadibuatnya.Finalnya, boleh la senyum sikit....Clinical and oral seperti sebelum2 ini..org kata exm yang mana doctor nak tolong student2...hu3..Alhamdulillah, walaupun tak dapat la kan nak score 400 markah masa final + 100 end round tu,but it all went smoothly.I gave my best already and hope it pay me well.


Subjek pediatric pula,tak ramai yang komplen mungkin sbb end round dulu masuk apa yang kebanyakannya semua buleh jawab.Di mai nyer soalan final yang hampir melenguhkan brain nak fikir tanpa tangan nya menulis banyak.Hu3..esei nye susah ,maka diusaha lebih utk MCQ 100 marks esooknya..alahai...ketaq lagi jari jemari hari tu..nak buat mcm mane.Nama pun guna buku international,soalan pun kenalah up sikit.Tapi masa exm clinical..sangatlah seronok.Markah banyak menyebabkan level cuak pun tinggi.Tapi once the exm started, semua smooth je.Altogether doctors sangat la baik dan patient2 saya semua pun tenang ,tak membuat masalah sangat!Saya dapat case Down's syndrome, heart disease and Thalasemia major.Alhamdulillah...walaupun masa case Down tu sy pun turut down sedikit dijerkah doctor awal2nya.huhu.Yang ini pun 500 markah ye...


1000marks..jgn buat muka terkejut eh sebab kami pun hampir  shock nk mengejar 1000 ni..Saya sendiri dah berubah terus biological clock.Nak tidur malam tak dapat.Bersengkang mata hingga masuk subuh 3 pagi,rehat2 sekejap...dah matahari naik sikit baru mata nak layu.Sungguh,tidur itu nikmat dari DIA yang teramat besar.Cuba ditariknya nikmat itu,pusing2 4 jam atas katil tanpa lelap.menangis tak berlagu la kita.Lemah kan kita? Pergantungan pada DIA terlalu besar..itupun ada lagi maksiat pada DIA yang kita berani buat..ish2..

Usahanya udah,sekarang bg sepenuh kepercayaan pada Allah saja.Biar DIA tentukan dan nilaikan.Yang penting apa yang dah kita buat ni semata2 kerana mencari redha DIA.Berjuang di bidang menuntut ilmu ini demi meningkatkan kualiti umat islam dan menjadikan islam terkehadapan dalam semua bidang.InsyaAllah!Juga sebagai hadiah utk mak ayah kita yang rela berpisah dengan kita untuk sebuah perjuangan mencari ilmu ini..


Ok..harapnya buku tahun 5 ini ditutup dengan gembira dan bersedia untuk tahun depan.Wah..siapa sangka kami semua akan berada di final year tahun depan selepas 5 tahun perjalanan bersama yang penuh suka duka..

Al fatihah untuk sahabat Gen6,arwah Ammar yang telah pergi masa kami di tahun 3 dahulu.Moga arwah berbahagia di sana.Utk ummu Ammar..terima kasih ats hadiah yang begitu berharga.Buku Manhaj at Tarbiyyah an Nabawiyyah lit Tifli itu akan saya hadam dan selami segala isinya.Moga zuriat yang lahir nanti menjadi penguat dan pendokong agama suci kita ini!


Doakan permusafiran saya dan suami esok..Moga segalanya selamat....