Tak tahu bagaimana nak memulakan satu cerita yang agak dramatik dan panjang.Lagi2 saya bukanlah jenis yang tahu bercerita menggunakan perkataan.Kalau duduk menghadap muka ke muka,itu kepakaran saya.Bermulanya cerita,kami lepas sahaja habis round Paeds , rehat 2 hari terus kena masuk ke round Surgery selama 2 minggu sblm bermula cuti winter.Dalam kekalutan round surgery yg memuatkan 94 org dlm satu ruangan kecil,Tunisia dah mula bangkit dengan cerita penjual sayur yg bunuh diri tu.
Pada hari selasa,25hb agaknya(tak berapa ingat), kami dapat cuti sempena hari polis.Eh,tak pernah2 ada cuti sempena hari polis sebelum2 ini.Saya dan suami tak bercadang nak berjalan ke mana2 pun.Cuma kami buat projek pau coklat kalau tak silap.Pagi2 keluar ke pasar beli stok masak.Hari tu la kami dikhabarkan akan ada demo.Kami anggap seperti demo2 biasa sebab itulah malam tu kami berdua naik motor ke Tahrir untuk menjenguk mana2 kedai fastfood yang ada.
Masa masuk ke jalan utama Tahrir,kami tergelak berdua,Tiada kekalutan dan ribut hiruk pikuk kenderaan yang membanjiri jalan2.Lengang,Yang ada hanya 2,3 biji kereta sejalan dengan kami.Tapi kiri kanan,depan belakang kami,gerombolan polis berpakaian hitam lengkap dengan pistol dan penghadang berbaris panjang.Kami seolah2 lalu di celah2 semut hitam yang berkumpul.Kami lalu sambil senyum2 kerana dlm fikiran kami,demo tadi biasa2 sahaja malahan pula,pemandangan polis yg ramai sudah jadi kebiasaan utk kami.Lepas makan,kami balik semula.Sempat lagi kami bergurau,kalau2 ada yang terlepas peluru sesat.Mata2 yang banyak itu hanya melihat kami membuat lintas hormat di depan mereka.
Khamis,27/1
Makanya hari ini tamatlah pengajian kami utk sesi pertama.Cuti winter dah tiba.Semua org dah siap2 berkemas.Ada yang nak ke JOrdan,Turki,Spain,Hurghada dan segala macam destinasi percutian.Kami berdua mengambil keputusan utk hanya duduk di rumah sepanjang 2 minggu cuti.Projek Cook-Eat-Burn.Dah beli macam2 bahan utk projek ini.Stok utk projek karipap,cheese cake,dadih dll dah memenuhi peti. Pagi2 esok jumaat jam 6 pagi saya dah kena keluar rumah utk ke Rub'ah,kelas mengaji ngn sheikah seperti biasa.
Malam,kami dapat berita yang esok akan diadakan demo berjuta2 utk jatuhkan Husni.Kami dinasihatkan membeli stok utk 2 mggu kerana katanya dah diumumkan darurat utk 2 mggu.Kami cool sehinggalah kami tgk video yg metro(train) berjaya dihalang oleh pendemo yang ramai hingga tak leh bergerak seperti biasa.Dalam hati mula berkata,ini bukan demo biasa2 ni.Maka terus saya kol utk batalkan kelas esok kerana sy nak tak nak kena naik metro utk ke sana.RIsau juga takut terjadi apa2 yang tak diingini.Suami pun berat utk lepaskan saya sendiri ke sana.
Jumaat 28/1
Kami keluar ke pasar.Pasar dah banyak yang tutup dan tak berniaga.Kami keluar selepas jumaat yang mana dikatakan demo sedang hangat.On the way nak ke pasar,kami bertemu dengan jiran perempuan kami.Dengan serius dia bertanya ke mana tujuan kami.Kami just jawab nak beli ikan di pasar.Dengan semangatnya mak cik tersebut btau kami supaya menjauhi MEdan.Dalam hati terlintas,laaaa,medan tahrir jauh kot.Watpe ke sana.
Kami pun bjalan masuk ke lorong2 ikan.Kedai kebanyakan tutup.Tengah berjalan,tiba2 pak cik2 arab suruh kami beredar dari situ.Kami jenguk ke arah jalan.Rupa2nya medan yang mak cik td maksudkan adalah medan sayeeda,kawasan rmh kami.Berair mata kami terkena gas pemedih,gerun juga bila dengar bunyi2 tembakan.Kami bergegas balik dan sempat membeli stok2 apa yg ada.
0 comments:
Post a Comment