RSS
Daisypath Anniversary tickers

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

the greatest doc in the world!

Musim sejuk di Mesir sudah mula menampakkan dirinya.Badan2 mula berbungkus litup dengan baju2 sejuk.Ribut pasir dengan angin kuat hari tu mmg betul2  perubahan yang " acute".Dari panas terus ke angin dingin.Tak sangka ribut hari tu rupanya masuk surat khabar dan berita di Malaysia.Kami yang duduk sini tak tahu perkembangan.Tapi sekarang,cuaca dah stabil.Tiada ribut cuma angin sejuk yang bertiup sampai ke
tulang.

Round ke 2 di tahun 5 ni -Paediatric- dah nak hampir tamat da.Tinggal lagi 2 minggu sebelum end round exam.InsyaALLAH kami akan exam 11,12 dan 13.Hu3....takdir allah saya akan ambil exam pada 12hb-tarikh keramat untuk diri saya.After that,kami akan msuk ke round Surgery.Doakan kami semua najah dalam imtihan!

Bercakap pasal Paed ni,bilamana berhadapan dengan budak2 yang sakit ni,apa yang saya kagumi adalah ibu2 mereka.(jarang saya jumpa bapa yang jaga anak2 di hospital-ada tuntutan lain barangkali). Ibu2 ini sangatlah kuat dan tabah.,Paling menyentuh hati,ibu2 ini sabar.Melayan tangisan dan perangai anak2 yang sakit atau anak2 yang kurang sempurna fizikal mahupun akalnya.Kami sendiri kadang2 tak mampu menjadi sepenyabar ibu mereka bilamana mendengar bdk menangis ala tuul ataupun  budak hyper yang berlari2 sekeliling kelas.Oh,sangat lah tabah mereka menghadapi anak2 yang istimewa ini.

Ibu yang punya anak yang cacat lagilah tabah.Walaupun tahu anak itu tak seperti org lain,tpi masih lagi bermain2 seolah2 anak itu faham segalanya.Tak penah lelah mendukung anak itu ke sana ke mari walaupun dah berusia belasan tahun.Tak malu mencium dan mengagah anak itu di hadapan semua orang.Mungkin ada yang memandang hina tapi ibu ini sangat istimewa di sisi ALLAH dan anak ini pastinya anugerah ALLAH untuk ibu2 ini.

Tahniah untuk ibu2 yang terpilih ini dan juga paling penting- tahniah dan terima kasih kepada cik tersayang yang telah berjaya membesarkan anak2 seramai 7 orang.

Yes,bukan senang nak besarkan anak.Dari waktu mengandung nak kena jaga takut3 tak cukup 
nutrition akan affect baby's growth inside,.Baby jadi pendek,kecik tak ckup vitamin.Pastu ibu2 xleh kena infection takut jadi congenital anomalies(cacat) pada anak2 pula .Kena amik supplement etc.Tu baru mengandung.

Bila nak lahirkan pulak,ibu2 kena hadapi pula difficult labour.Lambat keluar baby tak cukup oxygen,otak baby terjejas.Bagi effect for lifelong.Bila dah lahir,terus ibu2 kena breastfed untuk bagi immunity dkt baby yang sangat fragile  pada enviroment ni yang seakan musuh yang menanti untuk menyerang immune system baby.

Bila da lahir,ibu2 perlu jaga segala nutrition baby.Tak bagi breast milk,baby mudah kena penyakit.Bagi formula milk,baby allergy,diarhea,vomitting.Susah2.Baby sangat cerewet. 

Dah umur 6 bulan,kena start bagi makan.Kalau tak bagi makan yang cukup,baby malnutrition Tak bagi makan langsung,marasmus .Bagi makan manis2 je,kwashiokor pula.Itu tak lagi dengan observation yang rapi.Takut dapat apa2 infection.

Kalau nak diteliti buku teks paeds ni,segala macam beratus2 penyakit untuk budak2 ni....nak difikirkan logik akal,sangatlah impossible nk jadi orang tua yang sesihat sebesar kita sekarang.Tapi kerana rahmat ALLAH yang dipancarkan kepada ibu2 kita,kita berjaya lepasi satu period yang sgt tough dengan jayanya.Ibu kita tak ambil medicine macam doktor2 tapi mereka berjaya dengan hanya kerana mereka adalah IBU! Terima kasih ibu2 yang tersayang yang telah melindungi kita dari disease yang pelbagai!

Ibu -our best doctor dari seawal kita only pieces of cells!