RSS
Daisypath Anniversary tickers

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

ashabul a'raf

سورة الأعراف

46-51


Satu post ringkas yang rasa eager untuk dikongsi setelah mendapat penjelasan dari Ustazah Iffat sayang.Mungkin dah ramai yang tahu mengenai tafsiran ayat ini.Cuma mungkin sekadar mahu bagi booster dose untuk ingatan kita semua.

Siapa mereka Ashabul A'araf?

Selepas Mahsyar nanti,segala amalan dihisab dan dihitung mengikut timbangan Maha Adil,maka sekalian manusia berjalan di titian sirat menuju ke syurga dan di bawahnya terbentang luas neraka panas yang mengazab.

Para rasul,nabi dan auliya yang paling terkehadapan diikuti pada tabi' tabiian para mukmin dan solehin.Kaum yang kafir satu persatu jatuh ke bawah diazab neraka yang menyeksakan.

Sampai pada satu golongan timbangan amalan baik dan buruknya sama rata.Tidak mereka di syurga dan tidak jua di neraka

Mereka berpaling ke arah ahli syurga dan lantas memberi salam.Dan mereka bahagia melihat kenikmatan dan kebahagian syurga abadi milik pejuang Islam di dunia dulu.

Lalu berpaling jua mereka ke arah ahli neraka yang sedang diazab.Yang meminta-minta dari penghuni syurga sedikit air menghilangkan seksa dahaga dan panas mereka.Sedang mereka tidur di atas lantai api berselimutkan jua api.Tetapi segala kenikmatan syurga itu diharamkan kepada mereka.

Mereka berdoa supaya ALLAH tidak memasukkan mereka ke dalam golongan yang telah menzalimi diri mereka sendiri itu.

Maka,dengan rahmat ALLAH,mereka dimasukkan ke syurga.
Mereka inilah Ashabul A'araf.Dengan sifat MAHA PENYAYANG dan RAHMAT ALLAH ini mereka menikmati keindahan syurga.

Sedangkan para ahli neraka di seksa ALLAH dengan azab yang pedih dan ALLAH melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan ALLAH semasa hidup mereka di dunia dahulu.

Beruntunglah mereka yang mendapat kasih sayang ALLAH
dan rugilah mereka yang mengundang murka ALLAH

Wallahualam

Selamat Tahun Baru 2010

Januari-bulan istimewa

1jan- keeyna yaakob
5jan- sharifah 
6jan - dhah-siti amalina-wan nor izzati
8jan-RADIN 
10jan - aqish

12JAN........> MINE
13JAN........> ADIK,rem aini

22jan - Madam Qiqi
23jan - Salihah sayang
25 jan - Syafaf