Salam sayang untuk semua
Moga terus berada dalam pandangan dan ampunan ALLAH yang mencipta.
Hari ini saya akan sentuh satu isu yang mungkin ramai tak sedar atau yang menganggap ini satu kebiasaan.Tetapi tulisan ini lebih kepada muhasabah diri saya sendiri.
Internet,satu teknologi satu perkembangan yang begitu memberi satu kelebihan dan menjadi seakan satu yang wajib pada kita.Facebook,yahoomesengger,blog dan segala macam alat alam siber ini andai digunakan pada baiknya perbuatan maka menjadi baiklah ia pada nilaan ALLAH tetapi andai sebaliknya yang terjadi,sama2lah kembali pada yang terbaik.
Isu ini mungkin nampak remeh tetapi mungkin kamu atau saya masih belum sedar implikasinya.Apakah yang saya cuba sampaikan sebenarnya?
Fenomena sekeliling membuat saya terfikir.Ini situasinya.
Kamu yang perempuan atau lelakinya tergelak2 di meja studymu.Apa yang kamu gelakkan.Tiba-tiba kamu memanggil kawan2 kamu,kamu bercerita dan kemudian kamu2 beramai2 bergelak ketawa.Kemudian terjadilah perbualan yang mungkin pada kamu biasa tetapi tanpa kamu sedar kamu sedang menjatuhkan diri kamu.
Mari lihat apa ada di meja study kamu..Oh laptop sedang terbuka.Ada yang sedang "buzz".Lihat,lelaki sedang bercerita dengan kamu.Oh kamu lelaki sedang seronok melayan perempuan.
Tidak,alasan kamu,kami berkerja.Maka Islam tidak menghalang kami.Kami punya niat yang betul.Baik.Jika itu alasanmu.Kita lihat pada jalur2 perbualan mu.Mari kita nisbahkan perbualan pekerjaan yang kamu maksudkan itu.Berapa % dari seluruhnya? 2% atau -50%?
Tidak,kami berbincang tentang ISlam.Isu yang sedang terjadi.Memikirkan cara memulihkan umat ini.Tengok,kami selitkan hadis,ayat AlQuran.Kami pendakwah yang sedang mencari satu titik kekuatan.Oh~
Baik.Itu bagus.Kamu memang bagus.
Eh,sang lelaki punya status kontroversi.Jom tegur dia.Nak tengok apa reaksi dia,seronok juga dapat gelak2 bersama.Maka kamu pun "buzz" dan lelaki itu membalas dengan ikon :P...Hatimu melonjak.Dimulakan perbualan dengan bersahaja atas nama kawan.Berbual lah kamu tentang itu tentang ini.Eh,lelaki itu juga macam best untuk di "buzz" maka kamu buzz atau kamu mulakan dengan lafaz "salam" dan ikon2 di YM.Maka berterusan perbualan kamu si perempuan dengan lelaki-lelaki yang kamu anggap kawan yang menjadi tempat kamu bergelak ketawa,menjadi isu topik perbualan kamu dan kawan2 kamu,menjadikan waktu tidurmu singkat hingga siangmu terbuang dengan tidurmu berpanjangan.
Eh,esok boleh dibawa berbual lagi.Seronok!
Wahai sahabiah ku bergelar muslimah,inikah yang kita cari.Perbuatan inikah yang kita mahukan sehari-hari.Mungkin bagi kamu ini biasa.Tetapi tanpa kamu sedar,perbuatan kamu yang terlalu biasa dengan lelaki menjadikan kamu sedikit demi sedikit di pandang rendah.Lelaki itu,lelaki ini,yang di situ yang disana,semuanya kamu kenal.Semuanya tempat kamu bergelak sesama kamu.Tanpa kamu sedar nilai ketinggian maruahmu makin pudar.
Maka bertemulah lelaki2 itu sesama mereka.Bercerita mereka tentang kamu.Kamu yang baik dengan semua mereka.Berchatting,bergurau,mencari topik perbualan sia-sia untuk dimulakan.Kamu fikir,apa pandangan mereka pada kamu?Terlalu mudahkan kamu pada semua lelaki? Beginikah muslimah yang perlu mereka hormati?
Bukankah sepatutnya dirimu itu engkau khususkan hanya pada seorang lelaki,seorang lelaki yang bakal menjadi suamimu.Tempat dirimu mencurah sayang dan rindumu.Tempat dirimu mencari erti bahagia dan senang? Simpanlah dirimu,percakapanmu,perbuatanmu untuk Dia yang ALLAH dah khususkan padamu.Tidakkah kamu merasa kamu telah mengkhianati bakal suami kamu dengan perbuatan kamu sekarang ini? Segala apa yang patut kamu berikan pada dia terlebih dahulu kamu agihkan pada lelaki yang kamu berchatting dan menghabiskan masa kamu itu? Mengapa tidak masa kamu itu kamu gunakan untuk membina yang terbaik dalam diri kamu supaya nanti yang terbaik itu dapat kamu berikan pada selayaknya.
Mungkin bagi kamu perbuatan kamu itu biasa kerana kamu tidak punya apa perasaan pada lelaki2 itu.Tapi kamu harus sedar,perbuatan biasa2 kamu itu menghakis tanpa kamu sedar maruah yang mulia yang kamu miliki.Pada pendapat kamu,apa pandangan suami kamu bila mana suatu hari sedang kamu berjalan bersamanya,tiba2 seorang lelaki lain menegur dan berkata :
"Eh,dulu kita selalu chat2 kan.Tak sangka ko da kawen skrg"
Atau suamimu keluar bekerja atau beriadah.Tiba2 berjumpa kenalan baru.Suamimu bercerita tentang kamu dan tiba2 kenalan baru suamimu berkata:
"Lorrr..tu kawan aku dulu tu.Masa blaja dulu dia la slalu duk buzz2 aku.Chat2 maen teka teki,mcm2 lagi.seronok weyh!"
Apa rasa suamimu?Dikhianati? Tidak! Kerana perbuatan itu sebelum kamu berjumpa dengan suamimu.!! Marahnya suamimu ditambah rasa malu.Ini isteri aku yang tak menjaga batas pergaulannya dulu.Betapa dia telah mengkhianati aku walaupun sebelum dia berjumpa dengan aku dan menerima aku sebagai suami.Kecewa aku!
Huh,apa lagi kawan2? Nak ke kita seperti itu?Mengkhianati dia walaupun dia tak lagi kita temui!! Dia yang sepatutnya kita letakkan sebagai yang utama dah jadi yang terbawah dengan perbuatan kita itu.
Bukanlah saya menolak hubungan lelaki-perempuan kerana mana mungkin kesalingan ini mampu dinafikan.ALLAH yang telah mencipta segalanya berpasangan namun harus diingat mengapa kita harus dekat pada yang bukan pasangan kita semata untuk menghabiskan masa kita...Untuk tujuan kebaikan,teruskanlah.Cuma yang merasakan perbuatan mereka itu hanya untuk suka2 maka kita masih punya masa.
Maka,batasi pergaulanmu,jaga percakapanmu,jaga perbuatanmu.Khususkan ia hanya untuk yang telah tertulis padamu oleh ALLAH , pencipta kita