RSS
Daisypath Anniversary tickers

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

Makan biar sihat

Eh, buah apa kat atas ni.Macam pernah tengok kan..INi antara favorite saya juga ni. Tambah2 time mengandung yang tak berapa lalu nak makan ni.

Saja nak kongsi pasal kurma ni..Kurma segar atau balah atau kurma ciku ni saya kenal melalui mama iman.Mama iman ajar saya makan.Dulu sekadar tengok dekat pasar tapi tak berani beli.Tapi,bila dah cuba sedap pula rasanya dan terus terjatuh cinta.

Balah ni bila nak dimakan saya buangkan kulit dia.Ada orang makan dengan kulit2 sekali.Tapi untuk lebih keselamatan dari segi kebersihannya saya lebih suka buang kulit dulu. Jangan lupa basuh bersih2 dulu tau.

Isinya sebijik rasa macam buah ciku! Kalau beli sekilo sambil duduk2 pun boleh habis.Lagipun elok amalkan makan kurma ni.Kan salah satu makanan sunnah.Selalu kita dengar orang kata kurma kat malaysia berbuah time puasa jek.huhu..

Lagi pulak tinggi kandungan folic nya..alternatif yang best!

Kat malaysia tak tahu la dapat jumpa atau tak.Yang selalu jumpa pun yang kaler kuning harga dalam rm20 /kilo.Cik ayah paling suka makan nih.Tapi yang sebijik macam balah ni belom jumpa lagi.

Pendek je entry ni.Sekadar nK bagi sahabat2 kenal apa itu balah!

Wallahua'lam.

Dia support , saya kuat

Alhamdullillah..sepanjang tempoh yang masih di awal 1st trimester,saya sangat bersyukur dikurniakan suami yang amat memahami dan mengambil berat.

Setiap pagi segelas susu beserta roti siap tersedia ats meja. Susu adalah wajib!uhuk.. Dah tu kain2 dalam machine semua, isteri tak sentuh.Yang angkat yang spin semua abg..saya cuma guna tenaga untuk menjemur sahaja.. Angkat barang 2 semua memang di prohibited oleh abg.

Nak pergi sekolah bekas air isteri diisi penuh takut2 dahaga nanti di univ.Maklumlah tahun 6 kelas paling awl hbis pun asar.Kalau tuisyen pula bawa ke isyak la..

Dekat univ pula bekal satu plastik berisi air kotak, roti ,gula2 ,tak pernah miss walaupun tak specially request.Time isteri lapar lebih terpaksa la cari makanan berat before lecture ditambah pula singgah beli makanan sebelum sampai rumah.ish2..si siterinya tak lalu makan nasi maka terpaksa abg cari.alternative pelbagai.

Pernah sekali abg masak ketam n sotong special untuk saya kerana saya tak tahan bau hanyir ayam dan ikan. Oh demand!

Bab2 buahan jangan disoal.3kilo stok wajib ada.Limau,jambu, epal..semua ada.Nak bagi nutrition paling top class untuk baby dan ibu.

Yang paling syok abg suka baca about pregnancy need dalam internet.Abg jumpa la fakta yang folic acid banyak dalam cereal.Terus abg ajak pi khairuzzaman nak pi cari cereal.Dibelek ditelek setiap label dekat kotak nak cari yg highest folic acid.Bila dah jumpa abg bukan beli
yang 250g or 500g tapi terus dibelinya sekilo! Isteri pun semangat la makan dengan susu ditemani suami sebagai tanda sokongan..

Kalau nak dihitung memang tak terhitung.Itu belum lagi setiap masa abg asyik suruh baring jangan buat apa2 langsung.Kalau dulu ke pasar berdua tetapi sekarang abg asyik pergi seorang takut saya penat nak berjalan dan ditambah rule baru;saya tak dibenarkan bawa barang lebih dari sekilo..huhu..

Allah...itulah cik duk berpesan.Time mengandung kena jaga emosi dan jiwa supaya kandungan sihat.Dan alhamdulillah,hari2 setiap saat saya membawa mujahid kecil ini dipenuhi senyuman dan kebahagiaan. Kalaupun ada masalah yang timbul jadikan ia penguat untuk teruskan hidup dan paling best tengoklah masalah kita sebagai benda positif yang memberi rahmat dalam hidup!

Minta dari Dia

Teringat pula saat awal masa mula2 pasang hajat utk ada baby.Masa kat kelas mengaji dengan assheikah ustazah E'ffat.Saya luahkan keinginan kepada ustazah: Ustazah,ana a'ziin baby (ustazah,aku nak ank).Terkejut ustazah dengar terus jawab :lissah ya amalina..lissah khalas al quran..hik3.

Tetapi mungkin dek kesungguhan air mukaku ini,ustazah pun mengajarkan saya supaya beramal doa nabi zakaria ini.

Nak diceritakan doa ini dilafazkan NAbi Zakaria saat mana baginda masih tidak punya zuriat padahal baginda ketika itu telah pun berusia dan isteri baginda pula mandul.

Lalu saat baginda melafazkan doa ini ketika solat,malaikat terus turun dengan izin Allah ketika baginda masih bersolat untuk menyampaikan berita gembira.Berita di mna baginda bakal mendapat anak iaitu Nabi Yahya.

Nabi zakaria seolah tidak percaya memandangkan usianya yang tlh lanjut dan keadaan isterinya itu.Namun Allah berkuasa menjadikan apa sahaja yang DIA mahukan.

Nabi zakaria meminta petunjuk dari Allah akan kesahihan berita gembira itu dan maha kuasa Allah menjadikan Nabi zakaria tidak dapat bercakap selama 3 hari dengan manusia melainkan dengan isyarat sebagai bukti benarnya perkhabaran tersebut.

Jadi,ustazah mahu saya jadikan ayat ini sebagai amalan kerana doa ini sgt mustajab untuk NAbi Zakaria di mana Allah kabulkan doa itu saat baginda belum pun habis bersolat.

Bermula saat itu,doa ini tak lepas dari bibir dan dengan izin dan rahmatNya ,Alhamdulillah Dia sudi memberi saya anugerah terindah yang sedang membesar di dalam perut ku ini.

Sempurnkan anakku ya Allah kerana ku tak terdaya melainkan Dikau

Jadikan dia sihat dengan rahmat dan kasihMu..

Hadiah teristimewa dari DIA

23 Nov 2011 3.30am

Terbangun di tengah2 malam lepas mimpikan ekplorasi bersama kawan yang memaksa saya buat pregnancy test.Haih punyalah mencabar mimpi sampai terbangun dibuatnya.Dah terbangun mata tak mahu lelap balik dan otak duk putar mimpi yang sweet tadi.Ialah,angan2 ku sejak saat pertama bergelar seorang isteri.Terus saya bangun took the test kit dan masuk toilet dalam kesejukan.Nasib banyak spare thanks to abg yang sgt faham isteri dia yang setiap kali mesti paling kurang 3 test nak digunanya.Orang farmasi pun dah pelik kenapa la asyik beli sampai 5 setiap bulan.Hik3..nasib dapat abg yg memahami jiwa wanitaku ini.

And for my suprise the test gave the two line i been longing to see!Though it was an overwhelming new to share with,yet i kept it to myself without telling abang.Actually i was very nervous and afraid on how am i gonna break this new to abg.So i kept it silent till it's time to go to the class.

So while siap2 nak ke kelas as usual saya akan amik my prenatal folic acid.(yeah, i been taking it though i am not yet pregnant).Masa tengah tonyoh nak cungkil pil keluar dari pack dia,abg sergah dari luar bilik  and asked me : ayg,makan apa tu..

Hah...rahsia pecah!

So dengan nekad,i ran to the room abg was in,bring with me the note which i already prepared after the positive result(semangat buat di tengah keheningan pagi), put it on the desk yang abg tgh study.After giving the note,i ran back to the study room covering my ear feeling embarrased  kononnya tak mahu dengar apa2 pun abg ckp + nervous at the same time.Here is the notes:


So saya pun dengan sabar tunggu la di bilik study respon abg.Aik,diam tiada respon...Saya kemudian slow2 masuk ke tempat abg dan nampak abg tgh termenung.Saya dekati abg dan tanya pada abg : Abg takut eh nak jadi seorang ayah dan betol2 seorang ayh? Abg diam..mungkin banyak benda yang sedang abg fikirkan.

So kami pun naik lah motor cam biasa ke kelas.Lepas tu the sweetest thing abg tiba2 ckp: Abg sekarang dah bawa 3 orang ni.Ke 4? Ihik...hati melonjak gembira...So abg pun bawa motor habis slow la.Bonggol2 pun siap brek awal2 lagi..

Balik kelas utk confirmation kami went to the hikmah lab to do the serum hCG.Masa awal nak masuk duk teringat perangai sendiri yang setiap kali nak kena cucuk,ye cucuk ok,terpaksa paling kurang 4 orang pegang + mulut  dan air mata yang mengalir laju.Tapi kali ini tidak.Saya dah azamkan dalam hati,kalau saya berani nak tunjuk ketakutan tu,jangan harap untuk jadi seorang ibu.I NEED TO BE STRONG FOR MY BABY!

So masuk2 aje,dia dah bawa keluarkan jarum dia.Tarik nafas panjang,abg pesan jangan tengok,Tapi sebab nak confront fear to saya memberanikan diri tengok dan it went smoothly.Semangat dari dalam yang luar biasa! Bangun2 terus cakap kat abg,eh tak sakit pun.Eheh,...so the result will be in an hour.

Balik rumah dulu.Abg actually demam hari tu.So abg tidur the whole evening dan saya anxiously kejut abg banyak2 kali sambil2 tengok jam berulang2...Abg woke up dengan muka tak sihat cakap : hah dia tu tak sabar nak ajak kita pi amik result la tu...Buat muka comel..While tengah tggu abg recover from sleepiness tu i done the 2nd urine test just to comfort myself yang ini bukanlah false positve.Takut terkecewa dengan harapan dan impian menggunung ini.

So lepas maghrib kami pi amik result and alhamdulillah..Positive.Abg terus suggest utk pergi jumpa dr pakar Obgyn.Saya ikut saja.Kerana ke eager ran yang sedang memuncak,kami pi awal yang mana klinik still tak buka..So pi smyg isyak dlu.Masuk klinik kami jadi org 1st la.

Bagaikan mimpi menjadi nyata,doc showed us the little sac which our baby's in.Though not yet a human,but it enough to make me happy and a solid prove that      I AM GOING TO BE A MOTHER!

Terima kasih Allah atas anugerah mu yang tak terhingga ini.Moga anakku ini dijaga ENGKAU selama mana dia masih di dalam kandunganku...


kerana kalian

Alhamdulillah......alhmdulillah..alhamdulillah....rasanya kalau sepanjang hari duduk bersujud mengucap syukur pada Allah masih tak kan setara dengan nikmatNYA yang terbentang luas itu.

Hati penuh lega.Terasa sangat kasih sayangNYA yang masih sudi memandang aku yang penuh dosa ini.Moga kejayaan ini bukanlah sesuatu yang akan menjauhkan aku dari jalanNYA bahkan menjadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur padaNYA.

Setelah sebulan menanti akhirnya yang ditunggu keluar juga.Senak perut,kepala berpusing sepanjang penantian sebulan ini.Manakan tidak,kami adalah batch terawal yang habis exam dan hanya 2 kertas (tapi berkapasiti markah 1000),namun hampir setiap hari sepanjang sebulan kami menanti,result yang keluar hanyalah result adik2.Hati gundah sungguh bila ada orang kata tahun 5 ramai tak lulus dan terpaksa re check semua sekali..makanya 15hb selepas berbuka saya seperti biasa duk main refresh website univ setiap minit secara purata,hampir gugur jantung bila nampak terpampang 5TH YEAR RESULT tapi kat tepi siap tulis pula (COMING SOON)..Allah..betul2 suprise yang mendebarkan.Tunggu punya tunggu,refresh lagi..hah! Dah hilang coming soon tu,link pun boleh tekan.Scroll bawah ada pulak tulisan ini : THE RESULT WILL BE DELAYED DUE TO TECHNICAL PROBLEM..hayoyo...

Malas nak refresh dan kecewa saya tinggalkan laptop di bilik..Biarkan dia..Dah lama lepas tu,sebab malas nak mengharap,sy ambil fon dan main FB.Mabrouk! Eh apasal dah banyak sangat perkataan ini dekat wall?? Fahamlah saya result dah pun keluar.Dengan tangan yang terketar2 saya tekan link ditemani cik ayah.

Hati berdebar2 sb exm thn ni sgtlah mncabar.Dengan sistem baru diperkenalkan,Arabic jd main language utk lecture.Semua bergaul menjadi kerisauan di hati.Dulu fikirkan utk seorang tapi sekarang semua menjadi 2..

Scroll nama abg dlu ..lega then nama sendiri..juga lega..alhamdullillah.Sblm ni Abg dah nak siap2  cari no tpon Gulf air sebab nak tukar tarikh.Risau punya pasal tkut kena balik awal..Namun Subhanallah..... nikmatNYA terlalu besar hingga tak mampu utk kami hitung..

Melihat result sendiri rasa nak menangis,Ini exam pertama saya sebagai seorang isteri.Dari mula lagi saya dah siapkan azam dalam hati untuk bekerja keras demi membuktikan yang perkahwinan ini bukanlah penghalang bahkan menjadi inspirasi dan penguat kepada diri.Cik ayah tersenyum.Hati saya melonjak gembira kerana allah bantu saya menunjukkan pada cik ayah yang perkahwinan ini bukanlah penghalang utk sy berjaya seperti yang lain.Terima kasih allah kerana membantuku sepanjang perkahwinan ini.

Kehidupan rumah tangga sedikit berbeza dengan zaman bujang dulu.Kalau dulu balik kelas,boleh tidur2 dulu andai kata bukan giliran masak pada hari tersebut.Dah hilang penat,bangun2 dah boleh makan.Kemas rumah pula bila hujung minggu mengikut giliran.Itupun bukan satu rumah ,cuma mengikut compartment yang telah dibahagi2 kan.Bila dah jadi isteri, semua perlu diuruskan sendiri.Pada awal perkahwinan,kekok juga nak menyesuaikan diri  sebagai pelajar tetapi dalam masa yang sama seorang isteri (yang lebih prioritinya).Dengan support dari abg ,tahun pertama sy memegang 2 jawatan penting ini berjalan lancar.Dalam kepala, jadual pengurusan masa mesti sentiasa berjalan supaya rumah tak terabai,pelajaran juga terbela.

Tak dinafikan kualiti dan kuantiti belajar saya tidaklah banyak dan bermutu..Lagi pula saya jenis yang suka study last minute.Tapi setiap kali belajar dalam hati duk berkata2; walau aku tak mampu nak study sama dengan orang lain dan semasa zaman bujangku tetapi, moga dengan segala perbuatan aku untuk mengembirakan suamiku,memudahkan suamiku ini membuat dia redha dengan aku dan bila dia redha dengan aku,Allah mudahkan ilmu2 ini meresap masuk dalam jiwaku dan diberi kemudahan untuk aku hadapi exam nanti.

Saya masih terlalu baru dalam usia perkahwinan ini namun harapan saya moga mawaddah dan sayang kami sentiasa segar seumpama saat akad dilafazkan.Moga Allah menjadikan saya seorang isteri yang taat dan mampu memberi hanya yang terbaik untuk kekasih saya.

Mabrouk kepada semua adik beradik Gen6.Kegembiraan ini kita kongsi bersama..Juga terima kasih utk cik ayah along dan adik2 yang tak lupa berdoa sepanjang kakak exam..

Kerana kalian dengan izin Allah,saya berjaya.....

tatkala hujan lebat

Azan subuh belum kedengaran tapi rintik hujan makin lebat.Bangun pagi ini disambut manja dengan dingin hujan yang sangat jarang2 sekali di Mesir.Adik2 dah mula bangun bersiap hendak ke sekolah.Tiga sekolah berlainan arah menyebabkan perjalanan mereka bermula seawal pagi begitu.

Terimbau kenangan lama bila hujan lebat setiap kali.Di rumah lama,semua orang terintai2 di celah tingkap melihat lebat hujan sambil dalam hati berdoa moga hujan itu berterusan.Rumah yang dikelilingi sawah menghijau begitu mengamit rasa.Lebat hujan seakan nikmat.Gembira hati bukan kepalang tatkala air melimpah dari sawah ke jalan raya ditengahnya.Kami kanak2 girang berlari ke jalan bila hujan reda.Kalaupun masih hujan ,berpayung kami ke sana mahu berlari dalam air yang kini seakan pinggir pantai.

Kami bertinggung di jalan yang sedikit tinggi tanpa kaki cecah ke air.Menunggu dengan sabar.Bila air mula bergoyang dek kerana ikan dari sawah melintas ke jalan2,kami bertempiaran beramai2 lari masuk ke air dengan tangan ditelengkupkan siap2 dalam misi menangkap ikan.Nikmatnya tak mampu nak diceritakan.Menunggu beramai2,berlari beramai2 kemudian membanding2 ikan yang berjaya ditangkap dengan tangan.Balik rumah cari botol2 kicap mahupun jem yang kosong.Bersihkan,hias sikit2 dengan pasir dan batu tak kurang juga letak pokok2 hijau sikit.Siap,rumah baru untuk ikan2 yang ditangkap.Bersusun di tepi dinding rumah.

Teringat juga kami masuk hutan mencari buluh mahu di buat kail.Kali ini misi kami lebih besar.Mengail ikan keli dan haruan di sawah padi.Dah dapat buluh,berbasikal pula mencari mata kail.Lepas siap pancing buatan sendiri,kami ke tepi sawah mengail.Digali tanah tepi sawah mahu dibuat kolam untuk mengisi hasil tangkapan nanti.Lepas beberapa hari,bila hujan berterusan air melimpah.Kolam sudah hilang dari pandangan mata.Hasil tangkapan berlari riang lepas dari kurungan buatan kanak2 hingusan itu.

Pernah juga kami berendam dalam sawah, tambahan pula ada nenek yang mengusahakan tanaman padi.Berebut2 kami mencabut rumput2 yang hanyut tenggelam dalam air.Kaki2 terlekat dalam lumpur.Bila diangkat,binatang lintah melekat2 rakus menghisap darah.Menjerit ketakutan mahu melepaskan diri.Cabut dia letak dalam abu arang,mati kekerasan.Teknik dari orang-orang tua kita.

Sudah penat bermain,balik ke rumah,minum teh panas sambil makan ubi rebus.Ahhhhh...hilang sejuk dingin musim hujan.Mata mula kepenatan.Hari yang seronok dilabuhkan dengan tidur yang nyaman.

Sungguh indah menjadi anak kampung.Kenangan2 itu suatu harta berharga yang akan kusimpan utuh dalam kotak fikiran.Sawah padi itu kini sudah tiada bertukar menjadi padang rumput.Banglo2 mula tegak berdiri.Tiada lagi ruang untuk air melimpah ke jalan.Suasana keceriaan zaman kanak2 kami mula hilang ditelan arus kemodenan.Namun gambarannya tetap segar dalam minda.

Anak2 kini  juga sedang mencipta memori indah mereka tetapi dalam gambar yang berlainan dengan kami dulu.....



yang akhirnya dan musafir lagi

Huh...alhamdulillah.Baru habis kemas rumah yang bakal ditinggalkan ni.Dapur sudah siap,baju pun sudah berbasuh.Iyelah..nak ditinggalkan rumah lama2 ni biar kemas semua.Balik nanti tak sakit matadek kerana bersepah,tak ada bau busuk baki2 makanan ke apa.Paling kurang pun nati just vacuum habuk2 aje.InsyaAllah akan baliknya esok jam 1.55 ptg dari sini.Transit sekejap (8jam) di Bahrain.Lepas tu baru sambung perjalanan ke KL.Sampai 10hb,lewat sehari dari BERSIH 2.0.Doa mengiringi dari kejauhan di langit tinggi, moga Allah berikan kemenangan pada pejuang yg ikhlas di jalanNYA.


Ok, dengan musafir ini,bermakna kami telah pun habis tahun 5! Orang kata tahun 'gila'.Hu3...Kasor bebenonya bunyi.Tapi tahun ini memang lebih mencabar dari segi survival budak Malaysia.Kalau 4 tahun sebelum ini,lecture fully english(yang menyebabkan arab kami syuwayah2..nuus2 ni) tapi tahun ini sistem baru lecture fully arabic di samping clinical juga.Cuak bukan? Pelbagai pendapat dan pertentangan idea muncul di kalangan kami sendiri untuk mencari jalan terbaik di tengah kekalutan subjek yang mencabar.Tapi  semuanya dapat diselesaikan dengan baik biiznillah...

Tahun ini,kami diberi 4 subjek; Pediatric , Obgyn , Surgery and Int Med.2 major and 2 minor.Yang ada finalnya 2 subjek pertama tu je,yang 2 lagi akan disambung selama setahun setengah lagi tahun depan (final year!).Nak disingkap mengenai exam,huh,tak kering peluh.Mula dengan subjek Obgyn yang penuh dengan rungutan dari kawan2 arab dek kerana end round yang terlalu tinggi standard hingga hampir semput jugadibuatnya.Finalnya, boleh la senyum sikit....Clinical and oral seperti sebelum2 ini..org kata exm yang mana doctor nak tolong student2...hu3..Alhamdulillah, walaupun tak dapat la kan nak score 400 markah masa final + 100 end round tu,but it all went smoothly.I gave my best already and hope it pay me well.


Subjek pediatric pula,tak ramai yang komplen mungkin sbb end round dulu masuk apa yang kebanyakannya semua buleh jawab.Di mai nyer soalan final yang hampir melenguhkan brain nak fikir tanpa tangan nya menulis banyak.Hu3..esei nye susah ,maka diusaha lebih utk MCQ 100 marks esooknya..alahai...ketaq lagi jari jemari hari tu..nak buat mcm mane.Nama pun guna buku international,soalan pun kenalah up sikit.Tapi masa exm clinical..sangatlah seronok.Markah banyak menyebabkan level cuak pun tinggi.Tapi once the exm started, semua smooth je.Altogether doctors sangat la baik dan patient2 saya semua pun tenang ,tak membuat masalah sangat!Saya dapat case Down's syndrome, heart disease and Thalasemia major.Alhamdulillah...walaupun masa case Down tu sy pun turut down sedikit dijerkah doctor awal2nya.huhu.Yang ini pun 500 markah ye...


1000marks..jgn buat muka terkejut eh sebab kami pun hampir  shock nk mengejar 1000 ni..Saya sendiri dah berubah terus biological clock.Nak tidur malam tak dapat.Bersengkang mata hingga masuk subuh 3 pagi,rehat2 sekejap...dah matahari naik sikit baru mata nak layu.Sungguh,tidur itu nikmat dari DIA yang teramat besar.Cuba ditariknya nikmat itu,pusing2 4 jam atas katil tanpa lelap.menangis tak berlagu la kita.Lemah kan kita? Pergantungan pada DIA terlalu besar..itupun ada lagi maksiat pada DIA yang kita berani buat..ish2..

Usahanya udah,sekarang bg sepenuh kepercayaan pada Allah saja.Biar DIA tentukan dan nilaikan.Yang penting apa yang dah kita buat ni semata2 kerana mencari redha DIA.Berjuang di bidang menuntut ilmu ini demi meningkatkan kualiti umat islam dan menjadikan islam terkehadapan dalam semua bidang.InsyaAllah!Juga sebagai hadiah utk mak ayah kita yang rela berpisah dengan kita untuk sebuah perjuangan mencari ilmu ini..


Ok..harapnya buku tahun 5 ini ditutup dengan gembira dan bersedia untuk tahun depan.Wah..siapa sangka kami semua akan berada di final year tahun depan selepas 5 tahun perjalanan bersama yang penuh suka duka..

Al fatihah untuk sahabat Gen6,arwah Ammar yang telah pergi masa kami di tahun 3 dahulu.Moga arwah berbahagia di sana.Utk ummu Ammar..terima kasih ats hadiah yang begitu berharga.Buku Manhaj at Tarbiyyah an Nabawiyyah lit Tifli itu akan saya hadam dan selami segala isinya.Moga zuriat yang lahir nanti menjadi penguat dan pendokong agama suci kita ini!


Doakan permusafiran saya dan suami esok..Moga segalanya selamat....







tarik nafas separuh

Alhamdulillah...boleh tarik nafas lega separuh.Setelah 3 hari berturut2 exm tanpa henti dapat juga hari ini melepaskan lelah.Tak patut kan rasa lelah dlm menuntut ilmu sbb ilmu takkan habis utk digali smpai kita mati sekalipun..He3..maka tukar ayat.Menceriakan dan merehatkan diri sekejap.Dapat main dengan si kecil Iman ,tidurkan dia,mandikan dia,suapkan makan....hati dah rasa damai.Terima kasih mama iman bagi pinjam Iman!

Mengimbas,ewah mcm dah lama exm nya..3 exm yg dah berlalu ni,ada suka dan ada kurang sukanya.Balik rumah,buka balik buku...

aaaaaa..napa la tadi aku tukar jawapan saat2 5 min terakhir tu.
ala..napa la aku boleh terkonfius soalan mudah cmni...
erk,nape aku boleh salah tanda ni..

Ayat2 normal mainan diri sendiri.Haih la..susah betul nk rasa puas hati kan.Padahal mulut duk cakap,aku tawakal ni sb aku dah usaha da.Tak salah untuk muhasabah agar kesilapan sama berulang lagi tpi kenapa nak bersedih lama2.Susah nak bagi lekat dekat hati n jiwa ni:

" Rezeki awak tu,Allah dah tetapkn!Result awk pun Allah dah tulis siap2 da.Yang Allah nk dari awk USAHA! Faham? Kalau dah usaha semampunya,serah lah kat DIA.DIA dah tengok jerih perit awak tu.Kalau jawapan awk salah tadi,maknanya memang bukan rezeki awak la.Dan lagi satu,mana awak tahu yang awak hilang markah? Hati pemeriksa siapa yang pegang? Allah kan? Berdoa je la sekarang ni.Senang je Allah nk bagi lembut hati pemeriksa tu.Kenapa tak nak yakin dengan ALLAH?"


Wahai diri,sedarlah yang setiap sesuatu di dunia ini bergerak atas takdirNYA!




Baki mendatang penuh cabaran
26.6 - Oral & Clinical OBYN

3.7 - Written Pediatric
4.7 - MCQ Pediatric

6.7 - Oral & Clinical Pediatric 


Kanser Ovari? Perkahwinan ada jawapannya!

Subhanallah.....subhanallah...


Dalam tengah semangat ulangkaji untuk exam Obstetric n Gynaecology sabtu depan ni,rasa terpanggil untuk berkongsi fakta menarik yang ada tertulis dalam buku ini.


Intro nya,apa itu ovari? Dalam bahasa mudahnya,ovari ini adalah kilang yang mengeluarkan telur(ovum)-(ovulation) dari wanita untuk disenyawakan dengan sperma sebelum terhasilnya anak.Kanser ovari ada banyak jenis tapi bukan itu yang saya nak kongsikan.Boleh google di internet untuk lebih pemahaman.tekan sini






Yang saya eager nak share dengan semua adalah hikmah perkahwinan dalam menurunkan percent kanser ini.Subhanallah,maha Suci Allah yang Maha Sempurna dalam penciptaanNYA yang setiap satu nya ada hikmah yang besar.


Meh saya cerita proses normal dalam diri setiap wanita dulu.Setiap bulan,ovari wanita  akan menghasilkan telur yang matang (Mature Graffian Follicle) untuk disenyawakan dengan sperma dari lelaki.Jika telur ini gagal disenyawakan,maka akan berlakulah haid (menstruation).Untuk persenyawaan pula berlaku, telur ini mesti dikeluarkan dri kilangnya (ovari) ke Fallopian tube menunggu sperma di situ.


Jadi,proses untuk mengeluarkan telur ini,akan menghasilkan tompok kecederaan kecil pada ovari.Lubang2 kecil gitu.Jadi lubang2 yang terbuka pada permukaan ovari ini akan menyebabkan lapisan luar yang menyeliputi ovari akan masuk ke dalam. Hah,ini adalah risk factor paling utama yang menyebabkan kanser ovari selain faktor2 lain juga!








Makanya..bagaimana pula perkahwinan dapat menghalang benda ini?


Ini hikmahnya.... perkahwinan itu sebenarnya titik mula.Yang betul2 menghalang proses kecederaan ini adalah pregnancy(mengandung).Iya lah,bila mengandung tak ada haid kan? maksudnya tiada telur yang dihasilkan.Maka,bila tiada telur di hasilkan dan dikeluarkan dari ovari,tiadalah kecederaan2 di permukaan ovari ini.9 bulan ovari dapat direhatkan dari kecederaan.Dan 9 bulan lagi bila mengandung lagi dan lagi dan lagi.


Kanser ini tinggi peratusnya di kalangan mereka yang tidak mengandung kerana proses ovulation  atau haid setiap bulan yang berterusan sepanjang hayatnya itu akan mantainkan trauma injury kepada ovary without resting...


Harap yang membaca dapat faham proses di atas ini,Punya pening juga nak terjemahkan apa yang dipelajari dalam bahasa mudah kita.


Besar bukan hikmahnya sebuah perkahwinan yang Allah syariatkan ini? Ini pun hanya salah satu dari infiniti hikmahnya...


"dan perhatikanlah bukti kebesaranKu pada ciptaan dirimu"


Alhamdulillah,walau tidaklah mengambil pengkhususan dalam bidang agama,medic juga adalah cara terbaik untuk mengenal Pencipta kita..Tapi paling penting,tak kira apa jua bidang,pekerjaan yang kita dalami,status muslim kita itu sudah cukup untuk kita sujud mengagungkan DIA yang Maha Hebat Maha Kuasa dalam segala aspek kehidupn.


Ok,pendek2 dulu......nak kena fokus pada subjek Sakit Puan yang sangat menarik ini..


Doakan exm untuk mata pelajaran IBu ini 18/19/26.6  dan selepas itu disambung dengan subjek anak2 pula (Pediatric) 3/4/6.7




* Jom kahwin!*



at the very end of the year

Kalutnya dah datang,tegang dan stressnya juga dah tiba.Dah hujung pengajian makanya,seperti kelaziman final exam dalam masa beberapa minggu lagi.Round gynae masih berjalan dengan budak arab dah mula menyepi.Yang memenuhi kelas biasa lah,budak2 melayu yang bak kata doctor very berdisiplin like Japanese.Good impression and highly respected la Malaysians.Mana tak nya.Dalam dewan exam,seperti di ajar sejak zaman sekolah rendah,time exm,masuk 10 min awal,duduk,tunggu cikgu distribute kertas then cikgu terangkan cara2 (do not open your paper before cikgu kata Go)...then this exam routine seakan melekat di setiap Malaysian yang mempamerkan amalan ini di tengah ketamadunan arab yang jauh bezanya dengan kita .:P

Eh,terlari jauh pula.Oh ye,kami sepatutnya ada lagi 2 mggu sebelum secara rasminya menamatkan tahun 5.But weird thing we'll gonna have our end round exam before the round is exactly ended! 

Biiznillah,end round slide pada 29/5, sheet 2/6, MCQ 4/6.Moga Allah mudahkan semuanya.

Tahun ni,tahun pertama saya bakal menghadapi exam sebagai seorang pelajar dan juga seorang isteri.Nak diimbas2 waktu bujang dulu,setiap kali exam dah berjela 5 muka surat A4 saya sambung,tulis waktu setiap 2 jam dan garis panjang2 bahagi ikut tajuk untuk belajar.Target paling kurang 13jam dekat meja (sepanjang study leave) wajib! (though,not usually succeed but niat itu penting!) Study memang segalanya lah orang kata.selagi tak capai target selagi tu la duduk di meja study.Kena habiskan la,baru bleh cross tajuk dekat jadual 5 muka surat tertampal kemas di dinding.Berhenti tidak hanyalah untuk masak,makan dan solat disamping tidur sekejap2(:P) 

Tahun ni,dah jadi isteri orang tanggungjawab dah lain.Kalau dulu tanggungjawab dan hak sebagai pelajar menjadi priority,sekarang ni,belajar still no 1 but menjadi isteri juga my top priority.Kena belajar bahagikan masa walaupun kadang2 ada rasa malas.(well,hidup dah rasa complete kan).Ish2,tak patut2....

Kena bahagikan masa untuk menguruskan makan pakai disamping menjaga keindahan dan keanggunan istana cinta kami ini.Orang kata,sambil buat nota,pegi tekan mesin basuh bagi pusing.Sambil goreng ayam nak tunggu masak,pergi sidai baju pulak.Rasa ngantuk2 baca buku,ambil baju,iron siap2.Kena menjadi multi tasker yang berjaya lah orang kata.Hah,kalau dalam kelas doctor datang lambat,kuarkan kertas terus sambung notanya..Every  minute past sangat bernilai. Kena hargai nikmat masa lapang yang Allah kurniakan ini.

Nasib juga tahun ni cuma 2 subjek untuk final exam (pediatric and Obgyn).Bunyinya 2,tapi nak cover banyak juga but not like when we were in 2nd year, 6 anatomy books,6 physiology books, 2 histology and 1 biochem.What a relieve dah  berjaya lepas zaman itu.

Bila hidup dengan seorang lelaki,baru sedar banyak beza rupanya antara mereka dan kita.Kita punyalah kalut nak cover tu nak cover ni,cuak itu cuak ini,kata tak ada masa dah semua.But man are cool..Walau nampak tak sekalut kita,they manage to handle things well.Segan juga dengan abg bila tya2 soalan abg selalu boleh jawab padahal abg nampak rileks je.But as usual we complete each other..

Ini hikmahnya Allah melantik mereka menjadi pemimpin utk kaum wanita.Tapi sayang,zaman sekarang,sedih melihat lelaki hilang kredibiliti yang diberi Allah seiring dengan hanyutnya mereka dalam keseronokan dunia akhir zaman dan juga ceteknya ilmu agama yang sepatutnya menjadi bekalan wajib sang pemimpin.

He goes well by his way and i did good in my way but at the very same time ,we hold each other hands to make it to the perfect end.We are complementary to each other like enzyme and its receptor!(actually,hormone-receptor)(eznyme-substrate) (Gee betolkan)

Dan ,dan jangan lupa,bila kadang2 rasa penat atau letih atau tak cukup waktu untuk handle thing,cakap dekat diri sendiri,aku tengah jalankan tanggungjawab aku yang diamanahkan oleh Allah dan dengan setiap kesempurnaan amanah yang aku pegang ini,pasti ada ganjarannya dari DIA.Mungkin tak nampak sekarang but rahsia ALLAH siapa tahu.Mungkin dengan keikhlasan dalam setiap nasi yang dimasak,tiap helai baju yang di basuh dan di iron,setiap habuk yang disapu, dari situ datangnya redha dari dia,suami tercinta dan dari redha nya dia,maka seiring itu datangnya redha ALLAH,memudahkan setiap langkah mendatang.

Mudah bukan untuk mendapat pahala andai ALLAH jadi matlamatnya.

Kawan2 yang belum kahwin juga sama.Penuhi hak ahli beit,hak kawan,hak ibu bapa dan paling utama,hak Allah.InsyaAllah,kullu kheir.Hak suami ,gai....biiznillah.

Final exam schedule:

Written Obgyn : 18.6
MCQ Obygn : 19.6
Oral/ clinical Obygn : 26.6

Written Paeds: 3.7
MCQ Paeds: 4.7
Oral/clinical: 6.7

ku kagumi dia-selamat hari ibu cik!

Dulu2...waktu sebelum kahwin(ewah..mcm lama da kahwinnya),saya akui saya jenis yang berdikari dan suka jalan ikut rentak sendiri dan sangat tak suka bergantung kepada orang lain.Ke pasar saya mampu seorang diri,ke Tahrir pernah juga sendiri,ke kelas mengaji di Rab'ah sana juga pernah.Tetapi sekarang,sejak dah kahwin,saya makin memanjakan diri dan rasa kebergantungan saya adalah di aras paling tinggi.Nak berjalan seorang ke kedai belakang rumah pun dah rasa tak selamat dan tak mampu.Maklumlah sekarang dah ada pelindung yang sentiasa beriringan dengan saya.Rasa terdedah kepada bahaya bila dia tiada di sisi.

Dulu2..sebelum kahwin,bila lihat pasangan kahwin jarak jauh bersedih sedihan terpaksa berpisah,hati saya terus menentang.Apa susah,pisah jela.Telefon ada ,YM ada .Tak ada masalah langsung.Pelik tengok sampai ada yang menangis setiap masa.Hah,ambil sekarang ni.Baru saya rasai apa perasaan itu.Walaupun kami hanya pernah berpisah paling lama pun 3 hari,itupun dah cukup untuk buat saya tak tidur malam.Hati rasa resah,jiwa gelisah tak dapat nak melihat dia di depan mata.Oh,ini rupanya perasaan yang mereka rasai....Mesej non stop sepanjang pisah2 rindu ni.Eh,indah rupanya cinta lepas kahwin ini.

Actually entry ini saya tulis teristimewa buat wanita yang paling kuat dan paling tabah pernah saya kenali.

Dia berkahwin di usianya baru menginjak 20 an dan baru nak mengenal apa erti kehidupan alam university.Saat pasangan lain yang berkahwin hidup bersama,dia terpaksa ke UKM meneruskan pengajian.Jauh terpisah di awal perkahwinannya tidak melunturkan semangat dia untuk memberi yang terbaik dalam komitmennya.

Di saat rakan2 yang lain masih seronok di alam remaja, si dia sarat mengandungkan anak pertama di university dengan suami tiada di sisi.Kegigihannya terserlah bila mana setiap kali ke UKM,dia dengan bersungguh menunjukkan kepada anak2nya yang di bukit tinggi itulah dia memanjat anak2 tangga untuk ke kelas saat dirinya sarat mengandung.Saat melahirkan anak sulungnya kian hampir tetapi dia jauh dari keluarganya.Dengan nekad,di saat akhir kandungannya,dia menaiki flight balik ke kampung dan selamat melahirkan anak sulungnya itu.


Hidupnya kian bermakna bila dia dikurniakan puteri dan putera yang semakin ramai.Namun,senyumnya tak berpanjangan.Saat anak2 masih lagi kecil dengan yang sulung baru menginjak ke usia sekolah rendah,suaminya terpaksa berpindah jauh ke hulu negeri kerana tuntutan kerja.

Maka tinggallah dia dengan anak-anak kecil mengemudi hidup sendiri tanpa suami.Sungguh dia tabah.Melayani karenah anak pelbagai sambil memikirkan hal persekolahan,hal mengasuh anak bahkan hal2 rumah yang terpaksa diuruskan.Awal2 dulu ,dia masih tiada lesen kereta.Susah kehidupan waktu itu.Pernah dia menunggang motosikal bersama anak keduanya yang ketika itu masih kecil.Dek kerana masih belum mahir,keduanya jatuh dan parut itu masih kekal hingga kini.

Dia juga melahirkan dan membesarkan anak2 nya tanpa suami senantiasa beriringan dengannya.Bulan ramadhan penuh sayu.Dikirim pada jiran2 untuk dibelikan kuih juadah berbuka untuk anak2.Mahu pergi sendiri,anak di rumah masih kecil untuk ditinggalkan tambahan pula dia masih belum mampu berdikari ke sana ke mari dengan kenderaan.

Anak2 dibelikan basikal untuk ke sekolah.Yang sulung membawa adik di belakang dan yang tengah ditugaskan membawa beg2 si sulung dan adik tadi.Bimbangkan keselamatan anaknya, mereka di kirim ke sekolah dengan kawanan lelaki sebaya anak2 nya.Setiap kali turun dari rumah,dia berpesan:

" Lintas jalan,jangan naik basikal.Turun dari basikal,tuntun basikal sampai ke seberang jalan"

Kesibukan dia sebagai seorang guru tak menghalang dia untuk menjalankan tugas seorang ibu dengan baik.Masakannya sentiasa ada walaupun mungkin sesederhana mungkin dek kerana kekangan masa yang menghimpit.Pakaian anak2 tak pernah terbiar walau dia terpaksa membasuh tangan timbunan besen pakaian saat air mula memberi masalah dengan color keruhnya.

7 orang anak tidur bersamanya dalam satu bilik.Yang kecil di katil babynya.2 yang sebelum bongsu di atas katil bersamanya.Putera sulung dihamparkan tilam di tepi katilnya dan 3 puteri atas juga dibentangkan tilam di depan pintu bilik.Bahagia saat itu.Tidur bersama.Saat nak membangunkan tidur,Allah....

Dah hampir berbelas tahun semua ini berlalu.Dia semakin dimamah usia tapi kecantikan luaran dan dalamannya begitu indah terserlah.Dia kini sudah mampu tersenyum.Anak2nya kian menginjak dewasa.Hidup nya kini ditemani suami tersayang di sisi dan dia sudah mampu berdikari dalam setiap perkara.

Namun di sebalik raut wajah itu,tersembunyi di dalamnya seribu satu cerita duka dan suka yang mencorak kehidupan dia,seorang wanita paling tabah pernah aku kenali.

Dan dia adalah ibuku....

Wanita yang berjaya membesarkan 7 orang anak dengan kudrat wanitanya itu.
Wanita yang berjaya mencorak kehidupan untuk setiap anak2nya dan berjaya membina sebuah keluarga yang cukup membahagiakan kami anak2.
Wanita yang berjaya untuk tabah demi suami dan anak2nya.

Moga ALLAH yang MAHA MELIHAT mencatat setiap saat masa mu dalam menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu itu dengan ganjaran terbesar di syurga kelak.Moga kau kan mendapat mahligai terindah di sana.

Cik......dirimu terlalu berharga buat kami.


re - publish: yang manis itu bagus

Tadi  kelas klinikal doktor bawa  kami pusing2 katil di ward.Walaupun dengan jumlah yang agak ramai,but it quite ok.Doctor showed us the details of each patient's disease.In order not to waste any time while waiting for my turn, i took my chance  talking with an old woman patient, living near Qala'h Salahuddin.She came to the hospital due to sudden loss of vision without any pain or trauma.

Through all the way,she kept praising on how good mannered our doctor was!Greet the patients with happy face and showed empathy with their illness.Also kept apologizing for troubling them throughout our lesson. Muaaddabun giddan.Beforehand,there was one big doctor(one of the top on board) just came down into ward and looked into patient's sheet , examined them with no smile and no greet at all! Eih wehsyah da?

She told us, that no matter how rich and great you are,akhlak is lots more important.It wasn't difficult at all -just move few muscles around your face and SMILE! and the world surely will do the same-

Cuaknya memikirkan,mampukan aku menjadi doktor yang bukan hanya merawat fizikal tetapi jua memberi ketenangan pada pesakit.Mampukah untuk aku senyum saat bebanan kerja menimbun dan mampukah aku menyapa mesra pesakit saat aku keletihan on call?

Oh Allah,give us strength to be the best and give the best toward others!

...adab itu mendahului  ibadat.......

from here to maternity

I just bought this book....the strange and hilarious nine-months spiral towards motherhood....
Hoping to find the free time to finish this book. The Obgyn round nearly finishes its first half time.Hope to digest everything well.And also cover up the Paeds subject~
Allahumma yassirni fi kulli amri fi dunya wal akhirah...Ameen
 

We Both Like It!

Semalam sempena dengan kepenatan isteri yang berpuasa,abg dengan jayanya telah menyiapkan satu hidangan yang memukau kalbu.

Nasi Mak'loba..

Apa tu? Menurut kata abg,nasi ni ala2 nasi arab dan abg sememangnya belajar dari arab.Saya sendiri tak pernah makan nasi yang mcm ni.Yang pernah saya rasa hanyalah nasi yang dimasak dengan ayam dan susu di rumah ustazah.Nasi Mak'loba ni,atau bahasa senang dia adalah nasi tingkat.




Hah,inilah rupa nasi dia.Nak masak tu bukan main complicated lagi.Dia ni nasi yang kita msak dengan pelbagai campuran di dalamnya.Mula2 abg rebus daging besar2 dalam lebih kurang 2 jam rasanya.Kemudian menggunakan daging dan air rebusan tadi,dimasaknya pula sup untuk tanak nasi kemudiannya.

Dalam periuk lain pula,abg buat base dengan menggunakan bawang yang banyak.Kemudian mula susun layer by layer.Mula2 carrot,then kentang,terung yang semuanya digoreng terlebih dahulu.And then baru daging n beras.Masukkan sup yg dimasak tadi.Tutup dan tunggu dan siap!

Abg memang jadi chef yang superb la semalam.

Dan hari ni,giliran saya pula memasak juadah untuk berbuka.Tak de setara mana.Sederhana yang mampu.

daging masak merah, udang goreng tepung and a pizza from abg's friend yang abg tolong angkatkan barang dia pindah rumah hari ni.



Actually,we both like ,erm looove eating.And we don't mind spending money on food.Buktinya:


load of foodsss


Lucky enough saya bukan jenis yang suka shopping.Weird hah,everytime terpaksa spend money on dress or shoes i felt sad..but that never happen when it comes to foods...


Cik ayah dah bising masa balik darurat hari tu....Control your diet please..he2...tough job~ basikal dah mula berhabuk tanpa kayuhan......

cubes of life




Andaikan hidup ini adalah cube2(petak) yang disusun rapi.Bilangannya pada setiap orang adalah sama.Sebagai contoh 24 cubes for happiness dan 24 cubes for sorrow and  sadness.Maka bilangan cubes ini adalah sama bagi setiap manusia yang berjalan di atas dunia ini.Baik yang terkaya di dunia mahupun yang termiskin sekali.Kehidupan dilakarkan di atas warna2 cube yang telah disusun rapi oleh pencipta yang MAHA AGUNG.

Yang miskin tak patut mengandaikan yang kaya ada 25 cubes kebahagian dan yang kaya tak patut memandang yang miskin cuma ada 20 cubes kebahagiaan dan 30 cubes kesedihan.Tidak...semua dengan bilangan yang sama.Yang berbeza cumanya pada warna yang sering berubah.

Andaikan cube kebahagiaan si kaya punya petak untuk harta,kemewahan,kesihatan,rumah yang besar.Maka andai si kaya mahu menambah apa yang ada,si kaya tak akan boleh menambah cube ke 25 dalam ruangan yang hanya mampu memuatkan 24 cube.Bermakna untuk mendapatkan satu kelebihan maka si kaya terpaksa membuang salah satu cube happiness yang sedia ada dan diganti dengan cube yang telah diupgradekan kepada warna gold.

Begitu juga si miskin.Si miskin punya masalah besar yang merangkumi 20 daripada 24 petak sadness and sorrow nya, Si miskin malas untuk menghadapi masalah tersebut dan terus si miskin buang 20 petak kesedihan tersebut tapi si miskin tidak sedar.Bila mana dia lari dari masalah tersebut dan mengosongkan 20 daripada 24 petak sadness itu,maka akan datang kepada dia 20 sadness and new problems untuk memenuhi ruang2 yang telah di kosongkan.

Contoh mudah kepada keduanya...yang mana bilangan itu tetap dan takkan berubah.Yang berubah cuma warna nya dan penyusunan nya sahaja.

Ahhhh..pening.Apa singnificant semua ini?Alhamdulillah.Tadi dalam clinical class lepas habis sesion tutorial doc ambil sedikit masa kami untuk berbincang tentang isu Abortion atau pengguguran anak.Doktor memberi penerangan dalam pendekatan yang amat menusuk ke dalam hati saya.Maka dengan eagernya saya akan berkongsi dan meluahkan di tulisan ini.

Apa yang cuba doktor sampaikan adalah semuaNYA telah disusun elok oleh ALLLAH.Setiap orang akan datang kepadanya susah dan akan datang juga padanya senang.Jangan kita merasakan yang senang itu sebenarnya senang dan yang susah itu sebenarnya susah.Hakikat sebenar hidup itu adalah merasa kan kehambaan padaNYA.
Berbalik kepada menerima apa yang diberi,contoh kepada isu pengguguran anak.Jikalau sekalipun anak itu telah di buktikan mempunyai kecacatan seawal kandungan,apa hak seorang ibu atau bapa untuk menamatkan kehidupan yang Allah telah beri ini.Jangan jadikan alasan miskin atau tak mampu untuk lari dari masalah yang mendatang.

Mengikut kes yang doctor ceritakan seorang ibu mahu melakukan pengguguran anak kerana kecacatan anaknya but doc insist melarang ibu tersebut.Tapi ibu itu juga berkeras.Tak lama selepas itu,doctor berjumpa dengan seorang wanita yang memakai semua hitam dan menangis.Wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai kakak wanita yang mahu membuat pengguguran tadi.Bila ditanya mengapa,wanita tersebut memberitahu,anak sulung kepada adiknya telah meninggal dunia.Anak nya itu cukup lengkap sempurna anggota badan dan tinggi IQ nya.Tak sampai seminggu selepas si ibu get rid  dari kandungan yang cacat ini,ALLAH ambil darinya apa yang telah di beri sebelum ini.Bila nak disamakan dengan konsep cubes tadi,makanya si ibu bersedih kerana punya anak cacat.Dan kesedihan si ibu tadi meliputi 20 cubes daripada 24 petak.Si ibu tak sanggup menghadapi masalah tersebut dan terus membuang 20 petak tersebut tanpa si ibu sedar dia akan mengisi 20 petak itu dengan masalah dan ujian yang lain.Lain pula jika si ibu mampu menahan 20 petak kesedihan itu..baki yang ada hanya 4 untuk problem lain datang dan never more will comes.

Ini cuma perumpamaan mudah.

Kesimpulan doctor,: Don't play the God's role.Just take what He give or He'll take back what had been given.

Indah kan sifat redha..Bila mana redha utuh di hati,apa yang datang itu adalah nikmat dariNYA.Yang susah itu nikmat untuk kita dekatiNYA dan yang senang itu nikmat untuk kita syukuri...Alhamdulillah.Kullun min i'ndirabbina....

taste of revolution






Cairo-Jeddah-Kuala Lumpur-Kelantan-Perlis (5)-Akhirnya Cairo

Cerita Malaysia.

Kata cik :Cuti yang bagaikan mimpi.Sepatutnya 2013 menjadi tahun pertemuan semula kami bertukar masanya.Senyum cik ayah,adik2 menyambut di airport.Sampai2 kami pekena satay dulu.Rutin yang selalu setiap kali balik.Yang berbeza,kini balik bersama teman.Duduk di Kelantan 4 hari dan terus balik ke Perlis bertemu mak dan abah pula.Aktiviti kami sepanjang cuti tak banyak.Makan,minum,shopping.Hu3..sempat ke Kulim dan berjalan ke Penang seharian suntuk bersama keluarga besar belah abang.Alhamdulillah.

Eh,ingatkan dah habis ketidakpastian kami.Rupanya masih berjalan~ Siapa nak taja kami? sendiri? Negeri? JPA.MARA masih diam seribu.Tengah syok tengok berita,tiba2 terbaca Shahidan Kasim taja 50 orang.Abang dan abah dah mula buat strategi.Pergi jumpa SU,haih~ tinggal je la nama dulu.Duduk tak lama, semua negeri selain negeri Pakatan Rakyat dah buat pengumuman akan menaja.Abg senyum lagi.Saya pula sedih kerana Perlis hanya menaja anak Perlis.huh~ apa kan daya..

Dalam ketidakpastian itu,kami dah mula membeli stok2 utk dibawa balik Mesir.Stok sampai 2013 nih.So,imagine mcm mana kuantiti dia.hehe...

Along ambil special cuti utk balik dari Sabah mahu ketemu kami.Hati melonjak excited.Atin tumpang sekaki dengan Along.Kami beli tiket bas dr Per-Kel pada hari sama Along-Atin sampai.Muiz dari lipis sampai beberapa hari kemudian.Oh gembira hati dapat bersatu semua sekali.Riuh gelak ketawa beramai ini tak ternilai harganya dan menjadi penyeri yang menceriakan hari2 di Mesir kelak.

Duduk tak lama,kerajaan Kelantan buat pengumuman akan menaja kami.Abg alhamdulillah boleh ikut serta.Maka,,kami dengan penuh pengharapan join seminar dan program berjalan but at last,they made "THE" announcement yang mmg kabar2 anginnya dah kami dengar. "kami tak menaja student MARA n JPA"..

Abg kecewa,saya lagiiiii lagiiilah kecewa.Tak de la harapan kami nak fly bersama.Tak lama lepas tu,heboh pula JPA chatered flight but all must go to BTN.Abg kenyih manjang.MARA tak perlu join.~ hah,MARA pun dah keluarkan senarai nama pelajar yg akan di taja.Menunggu panggilan JPA yang tak kunjung tiba.Akhirnya,saya call dan dpt confirmation kena g BTN di Besut.Abg pula terus beli tiket pulang ke Perlis sementara saya ke BTN.Mak bakal bertolak ke Mekah untuk umrah.

Maka terpisah lah kami dalam ketidakpastian.Abg dah confirm akan fly 10hb 0030.Di BTN,pasport kami dikutip dan tarikh fly akan diberitahu melalui telefon.BerBTN jumaat sabtu dan khbar angin kami akan fly SELASA!  Ahad abg blik lagi ke KElantan,Kami buat keputusan akan fly dr Kelantan.Dalam ketidakpastian , ahad berlalu tanpa berita.Isnin,kami dah kalut.Takkan esok nak fly esok baru nak btau.Kmi duduk bkn sebelah KLIA.Tengok website,masih tiada update.Line sibuk.Tiket domestik tak beli lagi

Cuba punya cuba abg berjaya tembus.Alhamdulillah confirm fly selasa 5.30 pg dan kami dpt berita Isnin pagi.~~~~ means ptg tu juga sy terpaksa naik flight ke KLIA dan berkampung di sana utk fly pagi besoknya.Semua dalam terkejut.Balik mengejut,pergi pun mengejut...sungguh tak syok keadaan ini.Adik2 tak sempat nak manja2 lagi...sy pun tak habis manja dengan cik ayah...tup2 kena pergi.Abg fly esoknya ke KLIA....Maka,sy tinggalkan mereka,terbang dulu ke Mesir.........





MESIR (sejuk)

Nak dijadikan pelengkap kepada cerita ini,sampai2 di Cairo Airport,ratusan Malaysian beratur nak ambil bag.Saya pun tak ketinggalan.Tunggu-tunggu-...beg hijau keluar.Tapi kalernya bertukar hitam Erm....kicap~~~ sugul..

Tunggu kotak dan buku pula.Menongkak dagu menunggu kotak.Eh,da berhenti.Tak bergerak dah menda yang putar2 beg tu.Mana kotak ni.Sekeliling ramai yang dah keluar.Yang tinggal beberapa kerat sahaja.Cik HAzam datang membawa berita sedih.Sekontena beg tertinggal di KLIA.Oh my......apa lah nasibku ini.Buat report dan kepilkan tag no bag.Nasib xbuang boarding pas.Kalau tak~~~

Balik ke rumah kak yana dalam kebimbangan.Rumah sendiri tak jenguk lagi,Tak berani berseorangan,Tunggu abg dulu.Bermalam di rumah k.yana....pagi esoknya balik ke rumah dan kemas apa yang ptt.Malamnya ditemani Sam.....Kotak..pun Alhamdulillah lili yang smpai trip ke-2 ambillkan....

2 hari sendiri..akhirnya abg smpai bersama baki2 stok brgn kami...hati gembira..
bermula lgi kehidupan berdua kami sebagai suami isteri dan pelajar....

Round surgery dalam kekalutan, Obs n Gynae dalam kejaran...

End round exam MCQ 24hb....OSCE 26hb......bagaimana mahu exam sedangkan kami baru nk kenal apa itu Surgery........Saturated dengan jadual 4jam klas tutorial n clinical non stop di sambung 2 jam lecture. Rabbi yassir wala Tua'ssir ya Raab

Mencari momentum utk kembali



p/s : Mesir normal sahaja.Budaya dan adat masih tiada bezanya....cuma precaution lebih kerana bimbangkan kadar jenayah yang sedang meningkat...

Moga revolusi Mesir ini dapat mengubah kehidupan rakyat mereka.Walaupun baru masuk thun ke 5 di sini, sy juga harapkan perubahan berlaku dari segala aspek.Saya 5 thun,rakyat mesir dah berpuluh tahun menanti~~

Cairo-Jeddah-Kuala Lumpur-Kelantan-Perlis (4)

Alhamdulillah...jejak juga kaki ke Jeddah setelah pelbagi dugaan menunggu.Di Madinatul Hujjaj,rakyat Malaysia dah mula berkampung.Dengan pelbagai gaya pemakaian dan aksi.Di Jeddah,saya duduk berasingan dengan suami.Dipisahkan oleh pintu yang menjadi saksi setiap pertemuan kami sepanjang beberapa hari di Jeddah.Situasi di Jeddah lebih kurang sama dengan keadaan semasa duduk di ARMA.Kami dapat visa on arrival selama 7 hari.Sepanjang di sini,continuation berita2 pelbagai berterusan.Ada yang kata kami terpaksa menunggu sehingga habis 11 ribu Malaysian evacuate dr Mesir ,then baru dihantar balik.Tak kurang yang bersungguh2 mengatakan kami bakal dikeluarkan dalam masa yang terdekat mengikut kemasukan ke Madinatul Hujjaj memandangkan visa yang hanya 7 hari.

Hidup di Jeddah dari sudut makanan,heaven~ Banyak sangat sampai tak larat makan.Kagum dengan sikap orang2 kaya di sini yang langsung tak berkira dalam memberi bantuan.Hah~ orang kaya yang mcm ni la yg kita nak.Poket penuh tak kedekut.Sampaikan ada yg minta kami tulis apa barang yang kami nak di kertas dan mereka akan belikan.Berduyun2 yang menulis nak selipar,tuala,iron,iron board..nak laptop pun ada~ haih..

Maka malamnya berbondong2 brg2 percuma masuk hinggakan dibuka kaunter brg2 percuma ni.Syukur kerana ada juga pampers n susu n nestum utk ibu2 yang punya anak.Tak perlu risau apa satu pun.Segala keperluan cukup semua.Mngkin saya rsa syok sb duduk di blok B yg mmg dijdkan pusat.Apa2 makanan sampai kami dapat dulu.Yang duduk d blok2 belakang dan yang duduk di stor2 tak tahulah.

Saya juga sempat bersama suami dan kawan2 keluar dari Madinatul Hujjaj.Nak diikutkan peraturan,kami dilarang utk keluar kerana kami hanya ada visa on arrival.Dengan menggunakan alasan utk mmbeli tiket sendri blik ke Malaysia kerana tidak tahan dengan ketidakpastian,kami menaiki bas ke pusat bandar Jeddah.Lega~ dapt juga kami keluar mengenali Jeddah.Di sepanjang jalan kelihatan banyak kereta2 tersadai kesan dari banjir teruk yang dialami Jeddah sebelum ini...Innalillah.... Ok,perjalanan kami merentas pelbagai travel agent dalam usaha mencari tiket termurah.Kebanyakan one way tiket affordable tapi kami masih ragu2.Jalan punya jalan,last2, xbeli juga tiket...Before going home kami dibawa ke shopping complex ala2 city star.Tapi kebanyakannya tutup kerana waktu tu solat zuhur.Kami balik semula dengan hati berkta: Kurang2 aku dpt berjalan juga di Jeddah ni.Syukur~

Lama punya lama menunggu,akhirnya ada juga announcement pasti, yang kami terpaksa dikeluarkan sedikit demi sedikit kerana capacity Madnatul Hujjaj dah tak mampu nak menampung sejumlah yang ramai,hinggakan ramai yang terpaksa tidur di stor2 yang panas.Giliran dipanggil berdsrkan filght Cairo-Jeddah.Tunggu punya tunggu, pukul 1 pgi kami dipanggil beratur.Dalam mamai2,saya bangun cari pasport.Hah~ tak de.Mana pasport ni.Terus bangun turun ke bwah mencri abg.Barisan manusia mula memanjang.Mata melilau2 mencari dan akhirnya nampak abg di depan.Abg senyum dan tunjukkan pasport kmi.Yeay,kami dpt giliran token 726,727..Alhamdulillah dari 9 ribu org ,kami dikira yang terawal juga.

Esoknya flight pertama memulakan perjalanan.Announcement mula memanggil no.Yang sedihnya,no yang diambil tidak mengikut giliran token.Lompat2...situasi sama berulang.No token dipanggil dan habis token nama tambahan mula muncul A bin DATO Y...M binti DATO J...Hati memberontak tapi apakan daya.Sudah begini adat dunia.

Penantian berakhir bilamana kami dijadualkan naik flight ke MAS 7hb/2.Alhamdulillah.Walaupun duduk di economy class dan bukan di 1st mahupun bussiness,hati melonjak syukur..Tiba di KLIA dan terus beli tiket on the spot (RM 294/person) ke Kelantan.Sambil2 menunggu flight,kami makan di food court  melihat gelagat mereka yang disambut dan menyambut.Ada ayah yang mengheret anak perempuan mahu dikenalkan kepada menteri.Yang si anak pula tunduk mencium tangan menteri seolah itu ayah yang halal disentuhnya.Tak kurang yang pom pang ckp berapi dengan tv2 menceritakan pengalaman yang kononnya gerun dan membahayakn mereka padahal mereka duduk di tempat yang langsung tiada kaitan.Kami yang duduk 5 min dari Tahrir yang sempat tengok demo depan mata,yang sempat berair mata kena gas hanya tersenyum sesama sendiri.Adat manusia mahu gah di kalangan sendiri.

Naik flight ke Kelantan.Peluk cium cik ayah dan adik2 meleraikan penantian yang panjang......

Cairo-Jeddah-Kuala Lumpur-Kelantan-Perlis (3)

Perjalanan ke ARMA nak kata biasa,tak biasa sangat.Kereta kebal berbaris di jalan ke Hussein menyebabkan teksi terpaksa membuat detour ikut jalan lain.A'la kulli hal,kami selamat sampai ke ARMA dan terus mendaftarkan diri mengikut tajaan.Abang dengan Mara dan saya dengan JPA.Habis daftar kami menerima taklimat dalam dewan.Dikatakan ARMA yang berkapasiti 300 akan memuatkan kami semua 800 orang.Asalnya saya terkejut.Eh,berita yang nak pindah2 ke negara2 jiran tu tak betul ke sebenarnya? Yang kami hanya akan duduk di ARMA hingga keadaan aman.Hati rasa sugul.Bagaimana kami nak duduk dalam keadaan sesak2 begini.Lebih baik kami duduk di rumah.Lebih selesa dan keselamatan pun tiada masalah kerana adanya jiran tetangga berkawal.Hati mula nak memberontak.Sepanjang taklimat tiada tanda2 yang kami akan dipindahkan seperti yang digembar gemburkan.Dengan pakaian sehelai dua kami terpaksa duduk di ARMA.

Pembahagian bilik bermula dan kami akan ditempatkan berkongsi dengan pemilik asal bilik,Saya alhamdulillah dapat bilik yang selesa.Yang sedih ada group yang seramai 21 orang ditempatkan dalam bilik yang hanya ada 6 tilam.Bayangkan how they're going to sleep.huhu.Bila bersesak2 begini,yang pertama jadi rebutan adalah tandas.Yang kedua,makanan.Cafe hanya mampu menyediakan makanan sebanyak kapasiti asal.Catuan makanan pula dilakukan di luar.Hu3.Tapi nasib baik ada abang yang selalu di bilik gerakan yang tak pernah abaikan makan minum walaupun kami terpisah.

Lebih kurang 5 hari kami duduk di ARMA dengan pelbagai khabar angin kami dengar.Nak dipindahkan hari ini.esok.,lusa,malam nanti.Semua dalam ketidakpastian.Taklimat demi taklimat namun langsung tak menyebut pasal evakuasi yang kami nanti2kan hingga lah pada satu malam yang dingin pihak kedutaan mengeluarkan kenyataan yang kami akan dipindahkan ke Jeddah.Hoyyeh~

Dari situ bermula lagi ketidakpastian yang berterusan.Bila???? Senarai nama berkali2 dikeluarkan menyusun mengikut trip penerbangan,Bukan sekali atau 2 tapi 5kali! Kesian ajk yang bertungkus lumus di bilik gerakan.Bila dilistkan saya dalam trip ke 5,ya'ni trip last akhawat.Penghantaran akan dibuat dengan mengutamakan ibu2 mengandung,ada baby dan sebagainya.Saya redha menunggu.

Yang saya geram bila 1st trip dikatakan yang menjadi keutamaan adalah mereka yg mgndung,sakit,ada baby.Ok fine.semua setuju dengan pendekatan ini.Tetapi tiba2,dari kapasiti awal yang sepatutnya ramai tiba2 menjadi sedikit dan ada ibu2 yang bersama anak ini tercicir.Sebab APA?? anak2 dato' mula guna taring yang tersembunyi menghenyak orang2 yang menunggu dengan sabar beberapa hari ini.Dalam proses ini,tak bolehkan mereka meletakkan diri mereka sekejap bersama yang lain dan belajar sabar??? huh....nasib saya bukan anak dato' ke tan sri ke apa....

Penantian berkahir bila saya dan suami akhirnya menaiki MAS ke Jeddah bersama...Mendaftar di Jeddah sebagai keluarga saya ditempatkan di blok B tingkat 1 bersama keluarga2 lain.Bermula lagi episode penantian penuh kesabaran...

Cairo-Jeddah-Kuala Lumpur-Kelantan-Perlis (2)

Kami sambung aktiviti di rumah.Keadaan masih biasa.Jiran2 arab juga masih kekal dengan aktiviti biasa.Abg ke masjid pun tiada masalah.Sehinggalah masalah pertama muncul.Line internet dah mula kena block but line telefon masih normal.Kami jadi seperti katak bawah tempurung di dlm negeri sendiri.Langsung tak tahu apa perkembangan Mesir.Yang seronok,nak tahu apa perkembangan mesir kami keluar ke ahwah tepi rumah nk tgk aljazeera.

Hari sabtu yang selepas demo besar ba'da jum'ah tu,kami sempat berjalan kaki keluar ke balai polis dan balai bomba sayeeda yang hanya berdekatan dengan rumah kami.Habis tinggal debu dek kerana dibakar.Yang membimbangkan kami adalah tentang banduan yang telah terlepas lari dari lokap.Ada yang kata banduan2 ini sengaja dilepaskan untuk menekan rakyat yang berdemo.

Malamnya kami mula dengar kecoh bising di luar rumah.Abg berlari2 masuk ke rumah dan berkata arab nak bergaduh.Semua ada senjata masing2,parang,besi,jack tukar tayar dan segala macam senjata yang berbahaya.Tunggu punya tunggu tak pula bunyi gaduh2.Kami fikir mungkin mereka nak join demo yang sedang hangat di medan.Kami buka tingkap untuk melihat aksi2 mereka.Lama menunggu mereka tetap berkumpul di depan masjid tanpa ada tanda2 untuk bergerak ke medan.Hinggalah abg bertanya jiran apa sebenarnya mereka buat.Rupanya mereka adalah jiran tetangga yang mengambil giliran untuk menjaga kejiranan mereka dari jenayah yang mungkin dilakukan oleh banduan yang terlepas.Kekaguman pada semangat mereka mula saya rasai.

Nak diringkas kan cerita,line telefon pun kena block.Putus segala perhubungan sesama kami sendiri.Penyampaian maklumat dan peringatan lumpuh.Yang ada hanya ketukan dari rumah ke rumah.Kami mendapat arahan supaya jangan keluar dari rumah dan perintah berkurung telah bermula.Kami duduk di rumah tanpa mengetahui keadaan sebenar yang sedang berlaku.

Tak lama selepas itu line telefon tiba2 pulih dan abg mendapat call menyuruh kami mutazawwijin berpindah ke imarah 9 untuk menjaga keselamatan akhawat dan dijadikan pusat2 pengumpulan kalau2 ada proses evakuasi bakal dilakukan.Line internet ketika ini masih di block.Bermula saat inilah kami hidup dalam ketidakpastian.Sekejap berita ini sampai,tak lama selepas itu,lain pula berita yang kami dapat.

Dalam proses kami mengemas2 untuk berpindah, tiba2 kami dikhabarkan yang kami akan dikumpulkan di Malaysian Hall untuk terus di bawa ke 3 negara jiran,Arab Saudi,Libya dan Jordan.Kami mendapat arahan supaya hanya membawa barangan penting yang hanya dimuatkan dalam satu beg pack.Tanpa berlengah,kami ke Manial untuk membeli mangga2 untuk mengunci tingkap dan pintu2 rumah yang bakal ditinggalkan.

Dalam perjalanan ke Manial kami lihat tiada lagi polis2 di tepi jalan.Institusi polis telah runtuh.Kebangkitan rakyat berjaya melumpuhkan sistem diktator ini.Yang kelihatan hanya remaja2 arab yang mengawal trafik.Sekali lagi saya kagum dengan kesanggupan pemuda2 arab ini mengambil alih perjalanan harian rakyat Mesir.

Dah habis kami mengunci semua pintu dan tingkap,berbekalkan 2 beg pack,kami menahan teksi dan bergerak ke Malaysian Hall.Dalam fikiran,kami hanya ke sana untuk tick nama,terus naik bas ke destinasi terpilih......tapi semua tak sama dengan apa yang kami jangkakan.