RSS
Daisypath Anniversary tickers

Anugerah DIA

Lilypie Pregnancy tickers

Cairo-Jeddah-Kuala Lumpur-Kelantan-Perlis (2)

Kami sambung aktiviti di rumah.Keadaan masih biasa.Jiran2 arab juga masih kekal dengan aktiviti biasa.Abg ke masjid pun tiada masalah.Sehinggalah masalah pertama muncul.Line internet dah mula kena block but line telefon masih normal.Kami jadi seperti katak bawah tempurung di dlm negeri sendiri.Langsung tak tahu apa perkembangan Mesir.Yang seronok,nak tahu apa perkembangan mesir kami keluar ke ahwah tepi rumah nk tgk aljazeera.

Hari sabtu yang selepas demo besar ba'da jum'ah tu,kami sempat berjalan kaki keluar ke balai polis dan balai bomba sayeeda yang hanya berdekatan dengan rumah kami.Habis tinggal debu dek kerana dibakar.Yang membimbangkan kami adalah tentang banduan yang telah terlepas lari dari lokap.Ada yang kata banduan2 ini sengaja dilepaskan untuk menekan rakyat yang berdemo.

Malamnya kami mula dengar kecoh bising di luar rumah.Abg berlari2 masuk ke rumah dan berkata arab nak bergaduh.Semua ada senjata masing2,parang,besi,jack tukar tayar dan segala macam senjata yang berbahaya.Tunggu punya tunggu tak pula bunyi gaduh2.Kami fikir mungkin mereka nak join demo yang sedang hangat di medan.Kami buka tingkap untuk melihat aksi2 mereka.Lama menunggu mereka tetap berkumpul di depan masjid tanpa ada tanda2 untuk bergerak ke medan.Hinggalah abg bertanya jiran apa sebenarnya mereka buat.Rupanya mereka adalah jiran tetangga yang mengambil giliran untuk menjaga kejiranan mereka dari jenayah yang mungkin dilakukan oleh banduan yang terlepas.Kekaguman pada semangat mereka mula saya rasai.

Nak diringkas kan cerita,line telefon pun kena block.Putus segala perhubungan sesama kami sendiri.Penyampaian maklumat dan peringatan lumpuh.Yang ada hanya ketukan dari rumah ke rumah.Kami mendapat arahan supaya jangan keluar dari rumah dan perintah berkurung telah bermula.Kami duduk di rumah tanpa mengetahui keadaan sebenar yang sedang berlaku.

Tak lama selepas itu line telefon tiba2 pulih dan abg mendapat call menyuruh kami mutazawwijin berpindah ke imarah 9 untuk menjaga keselamatan akhawat dan dijadikan pusat2 pengumpulan kalau2 ada proses evakuasi bakal dilakukan.Line internet ketika ini masih di block.Bermula saat inilah kami hidup dalam ketidakpastian.Sekejap berita ini sampai,tak lama selepas itu,lain pula berita yang kami dapat.

Dalam proses kami mengemas2 untuk berpindah, tiba2 kami dikhabarkan yang kami akan dikumpulkan di Malaysian Hall untuk terus di bawa ke 3 negara jiran,Arab Saudi,Libya dan Jordan.Kami mendapat arahan supaya hanya membawa barangan penting yang hanya dimuatkan dalam satu beg pack.Tanpa berlengah,kami ke Manial untuk membeli mangga2 untuk mengunci tingkap dan pintu2 rumah yang bakal ditinggalkan.

Dalam perjalanan ke Manial kami lihat tiada lagi polis2 di tepi jalan.Institusi polis telah runtuh.Kebangkitan rakyat berjaya melumpuhkan sistem diktator ini.Yang kelihatan hanya remaja2 arab yang mengawal trafik.Sekali lagi saya kagum dengan kesanggupan pemuda2 arab ini mengambil alih perjalanan harian rakyat Mesir.

Dah habis kami mengunci semua pintu dan tingkap,berbekalkan 2 beg pack,kami menahan teksi dan bergerak ke Malaysian Hall.Dalam fikiran,kami hanya ke sana untuk tick nama,terus naik bas ke destinasi terpilih......tapi semua tak sama dengan apa yang kami jangkakan.

0 comments:

Post a Comment